Arwah Yahya Sulong |
PETALING JAYA: Pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 6.45 petang Rabu.
Berita itu disahkan sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Datin Alisah Ali, 64, ketika dihubungi mStar Online malam Rabu.
Alisah berkata, suaminya dimasukkan ke HKL pada 11 Januari lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.
Yahya sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya itu termasuklah ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul.Sekumpulan wartawan (kiri) berada di luar rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Rabu malam untuk melihat jenazah Yahya Sulong.
Jenazah Allahyarham di jadual dikebumikan di kampungnya di Teluk Intan, Perak pada malam Rabu.-mstar
Telah perginya seorang lagi insan seni yang pernah menghiburkan kita dengan lawak jenakanya pada era 80an & 90an dulu. Masa tu aku kecik lagi, tapi wajah beliau sentiasa menghiasi filem-filem tempatan bersama artis-artis lain seperti AR Badul.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya dan bersemadi bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.....
Artikel berkaitan
Al Fatihah ~
ReplyDelete