Breaking

Thursday, February 07, 2013

Anak Syurgawi: Al-Fatihah Buat Adik Adam Syukri.

Assamualaikum sumer!~

Lama tak dengar khabar mengenai perkembangan terbaru adik Ahmad Adam Syukri. Terkejut aku bila baca twitter Fedtri Yahya di Facebook tadi. Dan bila aku baca di wall Ahmad Adam Syukri, banyak mesej yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga arwah adik Adam. 


Innalillahiwainnailaihiroji'un...Allahurobi~


Sumber: fb

Setelah lebih 10 bulan menderita dan berhadapan dengan pelbagai komplikasi kesihatan, ternyata Allah lebih menyayangi adik Ahmad Adam Syukri. Arwah Adik Adam meninggal dunia pada tenghari tadi di Hospital Kuala Lumpur . Harap rakan-rakan blog boleh meluangkan seminit dua membaca al-fatihah buat arwah adik Adam....al-fatihah~

Jenazah Arwah Adik Adam Syukri di pangkuan ibunya di institusi
Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. sumber-MHI TV3
Ciuman terakhir dari ibu.. Semoga adik adam bahagia di sana..
sumber:fb
Kisah mengenai arwah adik Ahmad Adam Syukri mendapat perhatian ramai apabila  arwah yang dilahirkan pada 4hb Mac 2012 telah mengalami Brain Damaged Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak. Kisah arwah turut dipaparkan dalam MHI TV3 tidak lama dulu.

"ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KeROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA. DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK.."-sumber:fb ahmad adam syukri

Bayangkan dalam lebih 10 bulan ini arwah diberi pelbagai dugaan dan mengalami turun naik kesihatan yang tak menentu. Cekal dan tabah sungguh ibubapa arwah...sesuatu yang bukan sumer orang ada. Aku juga tak pasti samada aku boleh menjadi setabah dan sekuat mereka.  


Semoga ibubapa arwah tabah
menghadapi dugaan ini.
Namun, Allah lebih menyayangi arwah dan Allah Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku ada hikmahnya bagi orang-orang yang bersabar dengan dugaanNya. Dan, arwah adik Adam adalah antara insan yang bertuah kerana perginya dia pada petang Jumaat yang penuh barokah. Sesungguhnya, anak kecil ini telah dijanjikan syurga oleh Penciptanya. Subhanallah...

Ramai yang mengucapkan takziah di atas pemergian arwah adik Adam, tapi ingin aku rakamkan di sini ucapan tahniah buat ibubapa arwah adik Adam kerana syurga Allah telah menjadi rumah baru baginya...bebas dari hisab dan seksaan azab. Namun, aku juga mendoakan agar keluarga arwah adik Adam kuat menghadapi ujian ini..aku tahu mereka kuat. 

Hayatilah firman Allah s.w.t yang bermaksud:


“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar.” 
(Surah al-Anfal, ayat 28).

5 comments:

  1. Al-fatihah..takziah untuk keluarga arwah

    ReplyDelete
  2. SALAM TAKZIAH .....IBARAT KAIN PUTIH IA DI LAHIRKAN BEGITU JUGA LA DIA PERGI.....BELUM ADA CORAK YANG MENCALARKAN KAIN PUTIH ITU.

    ReplyDelete
  3. ASSALAMMUALAIKUM..TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI..ADAM DH TENANG DISANA..TERIMA KASIH JUGA BUAT EMPUNYA BLOG KERAN SUDI SHARE PASAL ARWAH ADAM.SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.