Breaking

Friday, February 01, 2013

Hanya Salah Faham?

Sahara di Astro prima
Beberapa hari ini, banyak kritikan pedas yang aku baca di FB dan di blog2 mengenai kontroversi yang tercetus dalam sebuah drama bercorak 'dakwah & islamik' yang disiarkan di Astro Prima. Bukan takat rakyat marhaen jer yang tak puas hati, ulama-ulama dan ustaz-ustaz juga turut melahirkan rasa kecewa di atas penyiaran drama sebegini. Jom kiter terjah dulu komen2 mereka:


                                  

Yang menegur ni bukan calang2 orang yer dik non! Sedangkan kami orang biasa yang masih cetek ilmu agama ni pun mempersoalkan ke'islamik'an cerita tersebut, inikan pula para ulama dan ustaz yang lebih dalam ilmu agamanya. Seperti yang kita maklum...matlamat tidak menghalalkan cara.

Bila pertama kali kontroversi ini tercetus, aku tak suker nak kritik lebih2 sebelum aku dengar hujah dan alasan pihak yang sebelah ni,(yg terlibat secara langsung atau tidak dengan drama ini) maka biler dah kuar artikel balas dari pihak sana, barulah boleh aku rangkumkan sumer sekali untuk menjadikan keadaan lebih terang dan jelas.

Ni artikel dari HMetro,
Kuala Lumpur: “Kontroversi adegan berpegang tangan seperti dipertontonkan hanyalah salah faham. Adegan sebenar menunjukkan watak wanita itu terjatuh sebelum disambut seorang lelaki,” kata Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi.
Menurutnya, adegan drama Sahara itu tidak sepatutnya dijadikan isu memandangkan banyak mesej positif yang ingin disampaikan. Drama bersiri 15 episod terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK) itu mencetuskan bualan hangat dalam kalangan penonton yang mengkritik, termasuk menerusi laman-laman blog.
Satu akaun di laman sosial Facebook, Hentikan Drama Sahara turut diwujudkan sehingga mencatat 7,811 ‘likes’.
“Secara keseluruhan, banyak mesej positif disampaikan yang membawa kisah cinta. Namun tidak mustahil kontroversi ini timbul angkara pihak ketiga yang memuat naik adegan itu tanpa merujuk keseluruhan cerita,” katanya, semalam.
Azlin berkata, pihaknya sentiasa memantau pandangan dan kritikan penonton serta kualiti drama lain yang akan ditayangkan. Drama Sahara disiarkan menerusi Astro Prima sejak 8 Januari lalu dan berakhir semalam.
Drama ini menjadi bualan hangat apabila watak Elena, seorang gadis bandar yang liar berubah dengan penampilan berpurdah selepas tinggal di sekolah pondok. Bagaimanapun terdapat satu babak yang dikatakan tidak sensitif apabila menunjukkan wanita berniqab berpegangan tangan dengan lelaki.
Adegan kontroversi itu turut menarik perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang menyatakan, sekalipun atas tujuan dakwah atau atas nama Islamik, tidak boleh berpegangan tangan lelaki dan perempuan. Malah, sesiapa saja yang tahu hendaklah menegur dengan niat mengubah kemungkaran.
Ketua Perniagaan dan Pemasaran, NSK, Sofiyant Rahman ketika dihubungi semalam, enggan memberi komen lanjut mengenai kontroversi yang berlaku. Beliau berkata, pihaknya akan memberikan kenyataan selepas mengadakan perbincangan dengan Astro.-HM

Yang ni pulak kenyataan FB dari pelakon Sahara, Reen Rahim:

Sumber: fb
Bagi aku, aku berpegang sama dengan kenyataan dari para ulama dan ustaz mengenai kontroversi di atas. Sebab, kiter tak boleh memandai-mandai nak beri alasan menggunakan logikal semata2 tanpa merujuk kesahihannya dengan orang-orang yang bertauliah dalam agama.

Mungkin benar niat cerita ini disampaikan untuk menyebarkan 'mesej' positif yang aku pun tak pasti aper yang positif tu. Tapi, macam aku cakap tadi matlamat tidak menghalalkan cara. Penonton sekarang ni pun dah cerdik pandai menilai sesebuah karya. Jadi, penerbit dan pengarah dan pelakon dan krew wajiblah mendalami ilmu agama sebelum mereka berkarya. Berkarya tak salah tapi jangan salahgunakan agama untuk melariskan karya kamu. Ketahuilah, Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.Peace~

P/S: Benda kalu kiter nampak tak betul, wajib kiter beri teguran sebab di akhirat nanti Allah akan tanya kiter naper tak tegur kat dunia? Ketar lutut nak jawab mende??

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.