Assalamualaikum!
Pernah dengar tentang Hari Hijab Sedunia? Sungguh ka ada Hari Hijab Sedunia? Bagaimana para muslimah seluruh dunia tidak mengetahui tentang Hari Hijab Sedunia ini? Tapi, sebelum tu bagi wanita-wanita Islam yang masih 'free-hair' di luar sana, anda wajib berasa malu dengan wanita-wanita non-muslim ini. Semoga anda beroleh hidayah suatu hari nanti.
Aku terjumpa satu laman web yang memaparkan artikel mengenai pemakaian hijab oleh wanita-wanita non-muslim di negara-negara Barat. I have to admit, it's a good start for non-muslims to know more about beautiful Islam.
Subhanallah! Rupa2nya Hari Hijab Sedunia ini benar-benar wujud terutama di negara-negara Barat. Diasaskan oleh saudari Nazma Khan dan disertai oleh beratus-ratus perempuan bukan Muslim memakai tudung, Hari Hijab Sedunia disambut pada 1 Februari lalu. “Saya tidak diajar menggunakan apa yang anda sebut sebagai tudung. Anda tinggal memasukkannya ke kepala anda. Tetapi saya mendapati bahawa kelebihannya sangat luas “
Itu yang dikatakan Jess Rhodes, 21 tahun, seorang mahasiswi dari Norwich di England. Dia sangat ingin untuk mencuba penutup kepala, tetapi sebagai seorang bukan islam dia tidak pernah berfikir bahawa itu merupakan sebuah pilihan.
Jadi ketika temannya memberikan peluang untuk memakai tudung, dia menerimanya.
“Dia meyakinkan saya bahawa saya tidak perlu menjadi Muslim, ini hanya soal kesopanan, walaupun dikaitkan dengan Islam. Jadi saya fikir, mengapa tidak? “
Rhodes merupakan salah seorang daripada beratus-ratus bukan Islam yang mengenakan jilbab dalam peringatan pertama Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.
Peringatan yang dianjurkan oleh seorang perempuan berasal dari New York, Nazma Khan, dan disebarkan melalui laman web jejaring sosial telah menarik perhatian Muslim dan bukan Muslim lebih dari 50 negara di seluruh dunia.
Bagi kebanyankan orang, hijab merupakan simbol penindasan dan perbezaan dan menjadi perdebatan di negara-negara Barat.
Hari Hijab Sedunia dirancang untuk meredakan kontroversi itu dan mendorong perempuan bukan Muslim (atau perempuan Muslim yang tidak mengenakannya) untuk menggunakan dan mengalami seperti apa memakai tudung, sebagai sebahagian daripada usaha untuk saling memahami.
“membesar di Bronx, di NYC, saya mengalami diskriminasi yang besar kerana hijab saya,” kata penganjur, Khan, yang pindah ke New York dari Bangladesh pada usia 11 tahun. Dia merupakan salah seorang pemakai tudung di sekolahnya.
“Di sekolah menengah saya merupakan ‘Batman’ atau ‘ninja,” kata dia.
“Ketika saya kuliah tidak lama selepas peristiwa 9/11 (11 September 2001), mereka memanggil saya Osama bin Laden atau ‘pengganas”. Itu sangat mengerikan, “kata beliau.
“Ketika saya kuliah tidak lama selepas peristiwa 9/11 (11 September 2001), mereka memanggil saya Osama bin Laden atau ‘pengganas”. Itu sangat mengerikan, “kata beliau.
“Saya berfikir satu-satunya cara untuk menamatkan diskriminasi adalah jika kita meminta rakan kita untuk merasakan sendiri pengalaman berhijab.”
Khan tidak menyangka akan mendapat sokongan dari seluruh dunia. Dia telah dihubungi oleh puluhan orang dari pelbagai negara, termasuk Britain, Australia, India, Pakistan, Perancis dan Jerman. Maklumat mengenai kumpulan ini telah diterjemahkan ke dalam 22 bahasa.
Melalui jejaring sosial ini, Jess Rhodes terlibat. Rakannya Widyan Al Ubudy tinggal di Australia dan meminta rakan Facebooknya untuk turut terlibat.
“Mereka khuatir saya akan diserang di jalanan kerana adanya jurang toleransi.”
Rhodes juga bimbang dengan reaksi ini, tetapi selepas lapan hari menggunakan tudung dia terkejut dengan situasi positif yang dialaminya.
“Saya tidak dapat menjelaskan tetapi ramai yang membantu, terutama di kedai-kedai,” kata dia.
Esther Dale, 28 tahun, yang tinggal di negara bahagian California AS, merupakan seorang perempuan bukan Muslim yang cuba memakai tudung pada hari tersebut.
Ibu dari tiga anak ini diberitahu oleh seorang rakannya yang merupakan seorang pemakai tudung.
Sebagai penganut Mormon, Dale faham pentingnya keyakinan dalam kehidupan sehari-hari, dan tuduhan yang diperolehi kerana pakaian yang dikenakan.
Dia mengetahui stigma terhadap penutup kepala dan berharap peluang ini boleh digunakan untuk memadamnya.
“Saya mengetahui mengenai kesantunan dalam perilaku, tidak hanya pakaian dan ini hanya merupakan andaian yang salah bahawa perempuan menggunakannya jika mereka dipaksa, terutama di AS,” ujarnya.
“Ini merupakan peluang yang baik untuk mendidik orang bahawa anda tidak dapat memberikan tuduhan yang tepat mengenai seseorang berdasarkan apa yang mereka kenakan,” kata Dale.-Source
Subhanallah! sedangkan non-muslim pun mengambil inisiatif untuk memahami Islam dan peraturannya supaya dapat saling memahami antara satu sama lain. Bagaimana pula dengan kita yang dilahirkan Islam? Subhanallah! ini merupakan satu permulaan yang baik bagi wanita-wanita non-muslim untuk lebih mendekati Islam.
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah jua. Namun, semangat beginilah yang kita mesti pupuk dalam diri dan masyarakat supaya Islam lebih mudah difahami dan diterima oleh masyarakat beragama lain.
Dan buat wanita-wanita non-muslim yang merasakan pemakaian hijab ini suatu pengalaman yang baik dan mesti diteruskan, aku doakan semoga kamu diberikan hidayahNya. Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment