Assalamualaikum!~
Biasa kalu Kenit tengok tudung yang cantik kerawang-kerawang gitu, mesti dalam hati berkata, 'cantik jugak ni..' Tapi, Kenit tak berkenan sungguh dengan tudung yang sarat marat dengan batu 'permata'...dia dok kat tepi..dia dok tengah..dia dok atas kepala Rasa macam ada 'batu' besar atas itu kepala!hehehehe~
So, satu aktiviti yang Kenit kira agak kerap jugakla biler tiba ari Sabtu & Ahad biler itu bhai (pakcik pakistan) datang jual tudung hehe. Pagi2 lagi dia dah menapak tercongok depan warung Cik Tonah dengan selonggok tudung+blouse+seluar panjang+tuala dan segala macam benda lagi la...!
Untuk 'merealisasikan' impian Kenit nak miliki tudung bawal rose yang Kenitcukup berkenan tu, maka Kenit gagahkan jugakla diri ini menapak kat tempat bhai tu hahaha. Dia menjual sampai kul 12tghari je ok, so Kenit kene cergas dan pantas. Opkos Kenit bawak sekali Wani & Mira, maner leh tinggal asokar2 kecik tu muahahaha~
Dah puas belek dah puas godek akhirnya dua helai jer Kenit berkenan. Satu perkara lagi naper Kenit suker shopping ngan bhai ni ialah, dia punyer harga manyaakkkkkkkk murah lor! See see see....?? Bawal Rose RM5 jer dik non! Ikan bawal betul pun lum tentu boleh dapat semurah ni tau hahahaha!
RM5 sehelai..wajib rembat!hehehe |
Tanya punyer tanya, ghuper2nya ini bhai kasi tau ini bawal rose REJECT punya..tu pasai dia jual RM5 je! Haahhhhhhhh???!@_@. REJECT punyer ko bagi kat aku bhai??? Nak kene bhai niiiiii.....! Jadi, selama ni sumer tudung bawal yang Kenit beli kat ko tu REJECT punyer la??? Nak kene lagi bhai niiiii...!
Patutla REJECT! |
Biler Kenit mintak lagi murah, taknak pulak dia kasi...DEMAND punyer bhai. Barang REJECT pun mau jual mahal lagi....Eeeeeeeeiiiiiiiiii! Tapi, mujurla dia bagitau kan..at least Kenit tak jadi la nak makan ati, jantung, limpa dan buah pinggang bhai tu errrkkkk..ni dah kes kannibal ni heeeee~
Pada Kenit, tak kira barang tu murah ke, REJECT ke, 2nd hand ke asalkan ko suke dan tak memudaratkan ye dop? Terus terang Kenit tak mampu nak beli tudung mahal2 sampai beratus-ratus dollar tu. Even kalu incik somi nak belikan pun Kenit kata TOKSAH! buang bogheh (beras) yo! Tapi kalu ajak gi beli baju yang cantik2 Kenit nak la miahahahahaha~
No comments:
Post a Comment