Breaking

Thursday, February 07, 2013

Jangan Sesekali Cakap F*** Pada Hakim! (Video)

Assalamualaikum sumer!~

Jangan korang sesekali cari pasal dengan orang yang mempunyai kuasa untuk membuatkan hidup korang menderita!hahahaha. Itu termasuklah HAKIM!


Dari kiri: Penelope Soto & Hakim Jorge Rodriguez-Chomat

Tu laaa gatai sangat pi ketawa kat hakim tu pasaipa. Hang ingat lucu sangat ka kes hang ni??. Dan, inilah akibatnya bila hang buat mahkamah macam kelab malam!heeeee. Kes ni terjadi di Miami, seorang remaja dihadapkan di mahkamah atas tuduhan memiliki dadah Xanax dan semasa dia menghadap hakim untuk kesnya diadili. Jom kiter terjah video ni!~



Meh sini aku story kang hang pa suma apa yang terjadi dalam video ni. Kot-kot kalu ada yang tak faham dan tak berapa dengar apa yang Judge tu cakap.

Seorang remaja perempuan dari Miami, Penelope Soto, 16, berhadapan dengan dakwaan memiliki dadah preskripsi, Xanax dan kesnya sedang diadili di hadapan Hakim Jorge Rodriguez-Chomat.

'Ketidakgembiraan' hakim itu terserlah apabila Penelope Soto, 16, ketawa ketika hakim Jorge Rodriguez-Chomat bertanyakan nilai barang kemas yang dimiliki oleh Soto. STRIKE ONE! Soto ketawa dan itu tidak menggembirakan hakim langsung!

"Ini bukan lawak, awak tahu, kita bukan di dalam kelab malam sekarang," kata Rodriguez-Chomat. "Kita bukan di dalam kelab malam. Jadi, bersikap serius dalam hal ni."

Soto membalas," Saya serius tentang ini, awak buat saya ketawa. Awak buat saya ketawa, saya minta maaf. Barang kemas itu sangat bernilai tinggi."

Hakim itu bertanya lagi, " setinggi mana?" Soto membandingkan barang kemasnya dengan artis rapper yang kaya. Dia berkata barang kemas "umpama Rick Ross. Ia sangat berbaloi."

Hakim itu kemudian samaada Soto mengambil dadah dalam 24 jam yang lepas, yang mana Soto menjawab, "Sebenarnya, tidak." Hakim itu kemudian menetapkan bon yang perlu dibayar Soto sebanyak $5,000 dan berkata, "Bye-bye." Soto ketawa kecil dan membalas, "Adios" STRIKE TWO!

Hakim Jorge memanggilnya kembali ke kamar mahkamah dan menaikkan nilai bon kepada $10,000 menyebabkan Soto terkejut besar memberikan reaksi mulut terlopong dan mata terjegil bulat seolah-olah tak percaya dengan apa yang dia dengar! 

"Adakah anda serius?" Soto bertanya. Well, hakim bukan pelawak so buat apa dia nak buat lawak bodoh begitu dalam mahkamah dia kan hehehe. "Saya serius," dia berkata. "Adios"

Tapi, Soto belum habis lagi dan di sinilah bermulanya hukuman berat buat Soto apabila dia melangkah keluar sambil menunjukkan jari tengah (tunjuk jari hantuuuuu) dan berkata, "F*** YOU." ........Yerp, dia sebut F WORD depan hakim tu hehe. Dan memang nak cari nahas la budak perempuan ni kan. And that is STRIKE THREE!
Soto dipanggil semula oleh hakim Jorge dan akhirnya dijatuhi hukuman penjara 30 hari di penjara negeri kerana menghina mahkamah. Haaaaaa...gitula story dia!

Dah...sapa suruh hang tergedik-gedik, tersengih-sengih, terlentok-lentok, terngada-ngada dalam mahkamah! Orang buat salah tunjuk muka bersalah..ni tak, dia buat muka sengih sumbang plak! Mau tak hangin hakim tu hehehehe. Boleh plak gelak-gelak macam gelak ngan kawan plak. Lagila la hangin hakim tu ye dok?hehehehe. 

Tapi, aku yang tengok ni memang gelak guling la lebih lagi masa mulut dia terlopong terkezut hakim tu letak sekali $10,000 bon dia!

So moral of the story:
  • jangan amik apa jua jenis dadah
  • jangan tergedik dalam mahkamah bila anda didapati bersalah
  • jangan cakap Adios pada hakim...hakim tak suka tu!
  • berdiri tegak dalam mahkamah, takyah nak belai sangat rambut rapunzel tu (kalu rambut panjang la)
Peace!~

1 comment:

  1. hahahhaa.. kononnya dia nak goda la tu... hahahaha... padan muke

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.