Sekarang ni, semakin ramai aku tengok ibu-ibu mengandung. Seronok tengok orang preggy ni hehe. Teringat plak kisah aku masa mengandung dulu. Teringin pula aku nak kongsi pengalamanku disini.
Bermulanya perjalanan takdir anakku yang pertama, 3 bulan selepas aku dan abg (suami) diijabkabulkan, aku menerima berita yang sangat aku dambakan. Mengingati kembali peristiwa pertama kali test pregnancy, ketika itu aku ada kursus di HQ. Dalam perjalanan ke KL, aku dah dapat merasakan 'sesuatu' yang tak kena dengan tekakku. Tekak terasa loya seolah2 bersedia nak muntah!Dalam keadaan kelam kabut nak cari plastik maner la tau kot2 termuntah plak...!Tak pernah lagi sebelum ni aku rasa nak muntah biler naik bas...?So, what happened?
Hari2 kursus seperti biasa, masuk hari kedua aku dah mula rasa pelik sebab 'BULAN' tak timbul-timbul. Sebelum ni memang fixed, tak pernah miss even 1 day! Tapi, this time aku dah suspek something smell very fishy here hehehe. So, that night masa nak kuar gi beli makan aku singgah di Amcorp Mall dan beli satu pregnancy test kit.
Esoknyer, pagi2 sebelum mandi aku test dulu. Dan terbukti dua garisan jelas kelihatan di situ. Aku senyum mengucap syukur. Lepas bersiap,aku terus call abg yang berada di
Kuantan waktu tu, ternyata dia juga gembira dengan berita ini. Sekembalinya aku di Kuantan, abg membawaku pergi berjumpa doktor untuk mengesahkan kehamilan pertamaku.
Kehamilan
Kehamilan di peringkat trimester pertamaku tidak mendatangkan banyak masalah alhamdulillah. Tiada morning sickness, tiada muntah dan tiada pening-pening lalat. Cuma selera makan semakin bertambah. Pantang tengok makanan mesti nak makan hehehe. Beratku mula2 mengandung hanya 45kg.
Masuk trimester kedua..dan aku masih seperti orang yang tak mengandung. Sebabnyer, aku kurus waktu tu. Walaupun makan banyak, tapi perut masih belum 'nampak' keboyotannye heeee. Check-up seperti biasa di klinik. Tapi, aku runsing biler tiba masa check-up, test urine mesti 'kotor'. Sampai aku kene bawak tong urine balik umah dan try urinate dalam masa 24jam! Satu lagi yang buat aku tensi sekejap ialah kadar hemoglobin dalam darah yang tersangatttttla rendah! Tiap kali check pun mesti 10.5,10.4 @ 10.2. Tension lorrr, aku dah try makan kerang, makan bayam merah untuk tambah darah, makan ubat tambah darah lagi...sampai aku muntah balik ubat tu sebab rasa dan baunya yang meloyakan. Masa pregnant anak yang kedua pun aku kene camni jugak.
Biler tiba trimester ketiga, barulah perutku mula memboyot. Sumer baju kurung dan seluar jeans dah tak muat! Tapi, aku suker dengan keboyotanku itu hehehe. Segalanya baju kelawar..siang malam baju kelawar hahahaha! Baru rasa selesa nak buat keje umah kan. Berat badan jangan cakapla...memang naik mendadak! Sampaikan doktor tu suspek aku kencing manis..!haihhhhh....~ Tapi, aku takda plak menunjukkan simptom2 kencing manis. Still....doktor nak kepastian, maka aku disuruh minum air gula! Weh, bukan sekali...dua kali...tiga kali tu!hambik ko nim...! Tapi, alhamdulillah result menunjukkan aku tiada kencing manis. So, moral of the story kalu makan jangan melampau sangat..nanti berat naik mendadak korang kene minum air gula yang tak sodap tu!hehehehe.
Simptom-simptom yang aku alami sepanjang mengandung:
- selera makan bertambah
- biler aku try makan mushroom, aku muntah balik
- kerap kencing
- sembelit di awal pregnancy
- kerap gak kene 'mengkarung' (kaki cramp membengkok) terutama dalam trimester ketiga
- sakit pinggang
Selain dari tu, aku takda apa2 allergic teruk.
Due Date
15hb Mac 2007: Mengikut perkiraan dari buku pink aku tu, due date sepatutnya 15hb Mac 2007. Maka, biler tiba hari dan tarikhnya dan aku still tak merasa sakit walau sedikitpun! Maka, biler pergi check-up, doktor kuarkan surat rujuk hospital untuk tindakan selanjutnya di sana. Aku dah gabra dah..! Sepanjang aku mengandung dulu rajin juga aku membaca dan menggodek tentang info bersalin 'paksa' ni. Ader yang kata induce tu sangatttttttttttttttt sakit! Ader yang suggest kalu sakit sangat kiter boleh request pain killer atau oksigen hehehe.
Sumer info tu sangat membantu aku dalam proses menghadapi sakit bersalin. Masing-masing kurang pengalaman serba serbi. Incik somi apatah lagi hehehe. Jadi, biler aku dah 'serap' segala info yang berguna tu maka senangla aku nak buat apa nanti. Dan yang paling penting kita kene tahu apa yang doktor akan buat pada kita...means prosedur sebelum bersalin tu. Ubat aper..berapa lama...option lain..komplikasi dan sebagainya. Takla nanti korang terlopong mulut terpinga2 tak faham aper doktor cakap hehehe.
22hb Mac 2007: Dah terlepas dari due date sepatutnya dan aku masih tak rasa sakit! Dan buntu dah ni..anak taknak kuar lagi ke nak? Sedap duk dalam perut ibu yer?
8.30 pagi: Dalam labor room tu, missy masukkan jarum kat tangan. Tak sakittttt, walaupun aku tengok jarum tu besar lidi satay! Masa tu tak kisah ape dah, sebab contraction aku makin menjadi2. Terasa kepala baby 'menghentam' dinding rahimku nak kuar huhu. Setiap satu jam...1cm.
4.30 petang: Petang tu, aku mula rasa sedikit tak selesa di bahagian perut. Orang kata contraction. Yer, aku contract tapi taklah teruk sangat. Di wad tu, ader pemeriksaan dilakukan kepada ibu2 mengandung untuk check 'jalan' atau 'bukaan' berapa sentimeter setiap jam. Biler kene turn aku, doktor kata masih 1cm lagi. Huh! lambat lagi la cenggini....huhu.
7.45 malam: Pas maghrib tu contraction aku datang lagi, tapi cam biasa jer aku leh tahan lagi. Biler doktor check lagi, baru 2 cm...mak aiii! lambat bobonar ekau nak bukak yo!hehehehe. Malam tu, aku dah mula tak selesa. Baring salah..duduk salah..berdiri salah..maka, aku pun berjalan la. Kakak-kakak kat situ cakap, kalu rasa sakit sangat, elok la berjalan kasi excersice kaki tu. Lagipun, boleh kurangkan sakit. Aku kan orang baru, diaorg plak dah berpengalaman, jadi aku ikutla perghtua mereka.
Bermula 9.00 malam: Asal sakit jer aku berjalan..mundar mandir aku berjalan kat wad tu. Yang lain relaks jer dok kat katil masing2 siap boleh tido lagi! Aku jer tak lena...mana nak lena perut dah memulas2 macam nak berak tapi takda 'poo poo'. Kira2 pukul 2 pagi dan aku still takleh tido! Perut dah semakin kerap contract, maka aku diperiksa sekali lagi. 3cm??! Ok...baru 3cm tapi contraction boleh tahan jugak sakitnyer yer heeee. Malam tu memang aku takleh tido, membawak sampai ke subuh. Pagi tu, pukul 5 aku masuk balik bilik check-up dan 'jalan' dah bukak 4cm...yessss! Doktor kata kalu dah capai 4cm, baru leh masuk labor room.
Tiba masanya
23hb Mac 2007, 8.00 pagi: Pagi tu aku diberi breakfast, roti dan air susu buat penambah tenaga nak meneran hehe. Sementara nak tunggu missy amik wheelchair untuk aku, aku call abg suruh datang hospital A.S.A.P pasal doktor nak suami berada di samping isteri biler bersalin nanti. Sebelum aku masuk labor room tu, sekali lagi doktor check 'bukaan' aku dan kasi sumbat ubat kapsul (untuk keluarkan segala najis) so nanti takdela kuar segala bau yang buat hidung doktor dan para missy tu 'sengal' haha. Baby kuar pun bersih jer.
10.25 pagi: So, dah 5cm bukak..baru 5cm. Aku ader 5cm lagi nak tempuh sebelum aku boleh meneran. Dan setiap kali contraction datang selang 15 minit, sakitnya tak boleh diungkap dengan kata2. Sebab tu kaum bapa digalakkan masuk bersama dalam labor room memberi semangat dan doa untuk para isteri. Kalula mereka diberi peluang untuk merasa kesakitan yang dialami oleh para ibu sewaktu bersalin, nescaya mereka akan lebih menghargai ibu kepada anak2 mereka selepas ini, kan?
10.40 pagi: Semasa dalam labor room tu, perutku diikat dengan CTG(Cardiotogram) untuk mengesan denyutan nadi baby dalam perut...stabil ke tak. Kalu graf CTG tu elok maka aku boleh bersalin normal, kata missy tu. Denyutan nadi baby mula 'berombak-ombak', kejap naik kejap turun. Aku dah gabra dah...!
Missy check CTG aku dan panggil doktor. Doktor cakap baby dah 'berak' dalam perut..hah??! Kenapa cepat sangat ko berak nak?? Nampaknya kiter dua2 sakit perut ye sayanggg...hehehe. Doktor kata, untuk mengelakkan baby lemas dan ter'makan' najis sendiri maka doktor kene zasssssssssssssssss perut aku (c-section)! REDHA je la....
Komplikasi
11.15 pagi: So, biler doktor dah suggest kat aku untuk buat c-section, aku terus setuju. Sebab masa tu, aku hanya fikirkan keadaan baby dalam perut yang nak lemas! Maka, aku dibawa ke O.T (Operation Theatre) dan surat kebenaran aku tandatangan. Masa ni incik somi tak dibenarkan ikut sama, sebab prosedur pembedahan, memang kaum bapa tak dibenarkan masuk bersama. (tak tau la kalu hospital swasta)
Masa tu aku redha je la. Setiap nafasku penuhkan dengan doa Nabi Yunus dan kalimah syahadah. Contraction semakin kerap, sakit semakin hebat...
11.30 pagi : Sebelum bedah, aku disuruh duduk tegak sebab doktor nak inject ubat bius kat tulang belakang aku. Masa aku mengandung, aku dah baca banyak info mengenai suntikan ubat bius di tulang belakang ni. Ader yang kata ia akan efek tulang belakang dan menyebabkan kiter cepat osteoporosis. Macam2 lagi la efek kalu suntik ubat bius kat tulang belakang ni. Tapi, masa tu aku redha je la. Yang penting, baby aku kuar selamat tanpa sebarang komplikasi. Tentang aku, aku tak kisah kalu aku sakit di kemudian hari..sumernyer demi baby aku.
Doktor inject ubat bius tu separuh badan jer. So, bahagian bawah aku je 'lumpuh', yang atas aku boleh gerak dan sedar macam biasa. Ni la masanya aku nak tengok camner doktor toreh perut aku dan camner baby kuar hehehehe. Takut??? Mane ader....sebab aku tak rasa sakit sepatah haram pun! Masa tu relaks giler..cuma sejuk takleh tahan la dalam O.T tu!
Yang aku dapat tengok masa tu melalui pantulan cahaya dari lampu bedah tu ialah pisau bedah tu doktor toreh kat atas perut aku...smooth jer! Darah melimpah sikit2 la, opkos tak sakit pun.
12.13tghari: Maka, tepat pukul 12.13tghari 23hb Mac 2007(Jumaat), lahirlah My Precious yang pertama ke dunia melalui perut ibu yang ibu namakan NURUL HAZWANI yang bermaksud Cahaya Pemberianku.
Me with My Precious Pearl- Nurul Hazwani |
Aku pun berpeluang tengok, doktor seluk ke dalam perut dan tangkap bawak ketiak, tarik keluar baby! Masa tu, aku rasa perut aku bergoncang..!Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah!
Doktor pegang baby aku dari bawah ke atas (means dia pegang kaki, kepala baby ke bawah) untuk kasi baby nangis. Tapi, baby aku tak nangis..?? Rupenyer ader 'hingus' tersumbat dalam mulut dan hidung baby, so missy pun sedut guna penyedut dan....uwaaaaaaaaa!uwaaaaaaa!uwaaaaaaaa!Suara paling merdu pernah aku dengar seumur hidupku..saat tu jugak aku menitis airmata kesyukuran.
Missy pun balut baby dalam selimut yang aku berikan awal2 tadi, dan letakkan baby di atas dadaku sekejap supaya ada 'bonding' antara aku dan baby. Comel sangat...aku senyum jer tak mampu berkata apa2 masa tu. Kemudian, kami 'dipisahkan' buat sementara waktu. Baby dibawa ke tempat baby la...yang aku...kene stay lagi pasal perut dah 'terbarai' kan hahahaha. Kene jahit balikla..heeee.
Korang tau, proses nak menoreh perut ni amik masa sekejapan sangat! Toreh 3 lapis, seluk cari baby dan wallah! dah kuar....
Tapi, nak jahit balik, punyer la lama! Terketor-ketor aku menggigil kesejukan dalam O.T tu tau! Memang sejuk giler ok! Dekat dua jam doktor tu jahit perutku...!Ubat bius tu memang kuat..even masa duduk kat wad pun aku tak rasa sakit sangat. Setengah orang cakap, pas habis ubat bius tu, makin hebatlah sakitnyer. Cuma, pas jahit tu doktor cakap aku takleh angkat kepala selama 2 jam sebab aku akan pengsan kalu aku buat camtu jugak. Kalu angkat kepala pun takleh apatah lagi nak bangun ye dak hehehe. So, ikutlah nasihat doktor yer~
Heeeee panjang sangat ker coretanku ini? Lebih kurang begitulah panjangnya saat2 indah dalam hidupku. Harap2 korang tak bosan baca pengalamanku ini.(^_^)
Artikel berkaitan
Kronologi Pengalaman Bersalin : My 2nd Precious.
Artikel berkaitan
Kronologi Pengalaman Bersalin : My 2nd Precious.
bila lah dya akan merasa pengalaman ni kan.. :(
ReplyDeleteInsyaAllah...jangan putus doa dan usaha :)
ReplyDelete