Masa tu Kakak (Nurul Hazwani) baru berumur 1 tahun 3 bulan biler aku disahkan megandung lagi. Masa mula2 dapat tau tu gerun bercampur gembira, sebab c-section aku ni masih baru tetiba dah mengandung lagi. Tapi, aku tak kisah sebab luka c-section tu dah tak terasa, thanks to my mom yang sangat 'garang' sewaktu menjaga aku dalam pantang hehehe. So, aku tak la takut sangat kalu nanti perutku membesar dan meregang kat tempat bedah tu.
Biler aku disahkan mengandung di klinik kerajaan dan tiba nak buat buku pink tu, missy tu tanya,
Missy: anak pertama umur berapa?
Aku: 1 tahun 3 bulan
Missy: awal lagi niiiii...awak tak amik pil ker, IUD ker?
Aku: tak...saya dah stop 3 bulan lepas
Missy: pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet
Mula2 tu aku 'tadahkan' je la telinga kat missy tu, tapi pastu aku tanya balik, "dah tu, missy nak saya gugurkan ker?", terkedu missy tu. Tau plak tak bagi......!
Kehamilan
Seperti kehamilan aku yang pertama, kehamilan kedua ni tak banyak bezanya. Dalam trimester pertama ni, tiada morning sickness, tiada pening-pening lalat dan tiada muntah. Masa ni berat aku dah 50kg dah dan selera makan cam biasa la hahaha pantang jumpa makanan!
Dalam trimester kedua, cam biasala tiap kali check-up urine 'kotor' dan hemoglobin rendah! Memang aku dah tak tau nak buat aper dah! Habis sumer makanan yang menggalakkan pertambahan darah sumer aku bedal! Tetap jugak darah aku tak naik-naik. Tapi, takde plak aku alami pening kepala ker, rasa nak pitam ker. Agaknya memang dah semulajadi gitu kot.
Masuk trimester ketiga, berat aku naik sampai 72kg! hahahaha tu la terlebih makan, makan tak hengat perut! Biler dah lebih berat badan, aper lagi, 2nd time aku kene minum air gula......3 kali! Tak serik2 lagi ko ye nim...! Mujurla result kuar ok..padahal!heeee~
Simptom-simptom yang aku alami semasa mengandung sama jugak macam dulu. Nak tahu, rujuk SINI.
Due Date
Mengikut perkiraan dari buku pink aku, kali ni due date aku 22hb Mac 2009. Weh! Kakak lahir 23hb Mac sehari selepas tarikh tu! Walaweh! Kalu yang no.2 ni pun dapat tarikh yang sama kan bestttttt! Aperpun, yang penting baby kuar sihat kan kan kan.
9.00 malam 22hb Mac 2009: Perrghhh malam tu memang nikmat sungguh! Masa tu mak & abah dah ada kat Kuantan standby jaga kakak di rumah. So, malam tu mak belanja makan durian...oh durian! Ader 2 biji aku bedal malam tu. Aku dah cukup bulan waktu tu, so bolehlah melantak puas2 hehehe. Sesetengah orang tak tahan makan durian di awal pregnancy, jadi to be safe aku makan biler dah cukup bulan. Mujur tak kempunan...hehehe~
3.00 pagi, 23hb Mac 2009 : Tetiba aku rasa seperti tengah buang air kecil. Terdetik jugak waktu tu, 'aku ni mimpi ker atau betul2?'. Tapi, aku rasa air tu macam 'real' jer kuar hehehe. Biler aku buka mata dan masih terasa seperti air mengalir dan basah sudah bajuku, terus ku kejutkan abg dan check betul ker dah pecah ketubannya?
3.20 pagi: Biler abg dah konpem aku kuar 'air' terus bangun dan siap2 apa yang patut. Aku tak tukar baju pun masih sarung baju kelawar lagi hehehe. Sempat jugak mak sapukan air selusuh ke tubuhku sambil berselawat. Terus kucapai tudung dan masuk dalam kete. Kami racing betul malam tu! Laju giler abg bawak hehehe. Aku sempat cakap, "bang...perlahan-lahan jer bang. Hani ok lagi ni".
3.50 pagi: Aku check-in kat Low Risk kat Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA), tukar baju dan baring di katil sambil CTG dipasang di perutku. Lama gak aku baring kat situ. Contraction mild lagi waktu ni.
4.20 pagi: Contraction mula sedikit mendadak, tapi masih boleh dikawal. Doktor tu check 'jalan', masih 2cm.
5.15 pagi: Ketuban pecah! Macam terjun laju jer dia turun..! Aku jerit, "doktor!doktor!air ketuban saya dah pecah..!". Doktor muda tu pun datang dan check lagi, "air ketuban puan dah pecah, boleh masuk wad dah ni". Dia tanggalkan CTG dan aku disuruh tunggu diluar sementara doktor siapkan surat masuk wad.
Tiba masanya
5.45 pagi, 23hb Mac 2009: Aku masuk wad, masa ni contraction kerap jugak setiap 20 minit. Biler sakit datang, aku mengeras. Aper doktor cakap pun aku tak dengar dah hehe. Masuk dalam bilik doktor periksa 'jalan' lagi...dah 3cm!
7.00 pagi: Breakfast roti dan air milo kosong. Sungguh aku tak berselera waktu ni dah! Tapi kutelan jugakla roti tu, buat penambah tenaga nanti. Contraction datang lagi, kali ni agak 'mencabar' huhu.
7.30 pagi: Doktor check lagi, dah 4cm! Yessss aku dah boleh masuk labor room. Lagi lama aku kat wad ni lagi risau aku dibuatnyer.
8.00 pagi: Baring dalam labor room, missy cucuk jarum untuk kasi ubat masuk. Contraction memang dah mula nak kerap setiap 15 minit. Sakit mula 'mencucuk-cucuk' seluruh tubuhku. Masa ni abg dah boleh masuk sekali, dia duduk di sebelah katil dan aku genggam tangannya tiap kali contraction.
10.45 pagi: Aku still di labor room, kejap datang sakit kejap dia 'tenang' balik. Mulut tak lekang mengucap syahadah dan baca doa Nabi Yunus. Dalam aku sakit-sakit tu, doktor datang boleh plak dia check 'jalan'...weh! sakit tau! Tapi, aku takdela jerit camtu hahaha..dalam hati je la.
12.45tghari: Dah 6 cm! Ader 4 cm lagi aku nak tempuh..! Masa ni contraction dah setiap 10 minit. Doktor kata aku takleh teran lagi sebab baru bukak 6cm. Kalu aku teran jugak nanti 'koyak' banyak. Huh! gerun aku dengar...aku tahan jugak la.
1.30 tghari: Semakin sakit, tangan abg kuat aku genggam. Itu saja caranya nak 'pindahkan' kesakitan yang aku rasa kepada genggaman kuat tu. Abg tak putus2 suruh aku berdoa dan beri kata2 semangat. Contraction pulak setiap 5 minit. Masa ni, aku tak dengar aper dah hehehe.
2.40 petang: Doktor datang check lagi, dah 8cm. Aku dah rasa nak terberak dah ni! Memang nak kuar sungguh dah baby ni doktor! Tapi, doktor kata, "jangan nim...jangan teran lagi. Luruskan kaki awak, belum 10cm lagi ni", alahaiiiii doktor masalahnyer budak nak kuar dah ni doktor, kalu aku tak teran dia menolak plak...!
3.15 petang: Contraction setiap 2 minit dan semakin sakit. Aku takleh tahan dah, memang rasa nak meneran je ni. Sakit bukan sikit-sikit ni. Betul la kata orang, nak beranak ni umpama badan terputus dua! Betul..aku rasa macam tu la!
3.30 petang: Doktor kata dah 10cm, "ok puan hanim, awak boleh teran sekarang", aper lagi aku pun teran la sekuat hati. Dengan 3 kali teran, maka tepat jam 3.33 petang 23hb Mac 2009, lahirlah preciousku yang kedua yang kuberi nama NURUL HAZMIRA yang bermaksud Cahaya Hazmira.
Nurul Hazmira |
Hah?? 23hb Mac? That means sama tarikh ngan kakak la hehehe. Alhamdulillah dapat kembar tarikh hehehe. Genap 2 tahun umur kakak, adik pun lahir. Memang hadiah terbaek kakak dapat tahun tu (^_^). So, dua2 kekdah pun aku dah merasa, c-section & normal birth. Tak kira apa kekdah sekali pun semasa melahirkan, yang penting ialah penjagaan semasa dalam pantang. Kalu betul jaga, maka badan korang takkan rasa sakit dan luka beranak pun takkan terasa. Tapi, kalu masa pantang pun korang langgar segala pantang larang, maka bersedialah untuk menanggung sakit seumur hidup. Ingat, yang 'rosak' nanti badan korang, bukan badan suami korang hehehe.
Artikel Berkaitan
oh..wani bedah ya mira normal. ^^ baru faham sikit..hoho..macam tak ada motif pulak kata 'faham' huhu..untung diaorang 23/3 lahir kan..memang dah rancangan Allah.. :)
ReplyDeleteHaha. Alhamdulillah (^_^)
Delete