Muhammad Ali |
Ali tak bercakap
“Abang sudah tidak dapat bercakap dan tidak mengenali saya. Dia dalam keadaan teruk. Dia amat sakit.
“Dia mungkin akan pergi beberapa bulan atau beberapa tahun. Mungkin juga sebelum musim panas kali ini berakhir. Nyawanya di tangan Tuhan. Kami harap dia dapat pergi dengan tenang,” katanya.
Capai semua
“Dia kata kepada saya sebelum dirinya teruk bahawa dia tidak sakit. Dia genggam tangan saya dan bisik, ‘Rah, saya sudah capai segala-galanya yang saya mahu. Jangan menangis, saya tidak berada dalam kesakitan.
“Adalah bagus jika dia pergi sekarang. Lebih lama dia dalam keadaan itu, dia akan terus menderita dan sengsara.
“Dia akan ke syurga, itu tidak syak lagi. Jika pengebumiannya esok, semua negarawan di dunia akan muncul. Dia disayangi semua, yang kaya atau miskin.
“Saya sayangkan abang berbanding orang lain kerana dia yang terbaik. Semua orang kenal Muhammad Ali.” -BH
Beliau merupakan antara ikon yang dihormati kawan dan lawan. Semoga Allah merahmati beliau dan memberkati hidup beliau..amin~
No comments:
Post a Comment