Assalamualaikum sumer!~
Pernah tengok program Seekers di tv? Program yang merakamkan aktiviti paranormal ini sudah lama ditayangkan di ntv7. Aku pernah menjadi penonton setia rancangan ni dulu. Maklumla, masa tu teruja sangat nak tengok kelibat 'lembaga' dalam tv hehehe. Tapi, yang aku dapat tengok hanya pempuan menjerit, nangis-nangis. Kalau ada pun, mungkin hanya imbasan cahaya ganjil yang 'terbang' di situ (rumah kosong)
Aku rasa lebih sesuai menggunakan perkataan memburu ENTITI dari memburu HANTU kan? Sebab yang nak dicari ni bukan binatang, tapi ROH yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dan bukan mudah nak buru 'entiti' ni. Bukan macam buru binatang, letak perangkap dan umpan dan tunggu 'dia' datang.
Robb Demarest (dua dari kanan) bersama pihak produksi untuk rancangan Seekers di ntv7-mstar |
Oh sebelum tu, Robb Demarest ini ialah hos rancangan memburu 'hantu' yang popular di AS iaitu Ghost Hunters. Pernah tengok Ghost Hunters tak? kat ntv7 pun ada ditayangkan jugak (aku tak tengok, kawan bagitau hehehe)
"Hampir 20 tahun berada dalam bidang ini namun kedatangan saya ke Malaysia telah memberikan pengalaman baru buat diri saya.
"Beberapa peristiwa yang belum saya pernah alami sebelum ini dapat saya rasai ketika berada di sini. Ia menakjubkan, jelasnya ketika ditemui pada sidang media pelancaranSeekers musim ke sembilan di Sri Pentas di sini, Khamis.
Rancangan itu bakal bersiaran pada bulan Jun depan sebanyak 13 episod di ntv7.
Selain Robb, Seekers musim terbaharu itu juga turut menampilkan personaliti makanan Australia yang juga berasal dari Seremban, Negeri Sembilan iaitu Jackie M.-mstar
Personaliti makanan pun ader gak??? ada slot baru, Makan Bersama 'Hantu' ker?hehehehe...jangan mare banggggg gurau-gurau jer~(^_^)
Nak baca lebih lanjut..baca di SINI.
P/S: Dekat nak CNY ni pun ada banyak 'hantu' gak.....'Hantu Limau' hehehehehehe~
Pernah jugak tgk.. :D
ReplyDelete