Breaking

Wednesday, February 13, 2013

Pope Benedict XVI Pecah Tradisi 600 Tahun Letak Jawatan.

Assalamualaikum sumer!~

Sapa ada tengok berita semalam? Kalu korang tengok mesti korang tau pasai ni nak. Dunia dikejutkan dengan berita Pope Benedict XVI yang mengumumkan akan meletakkan jawatannya sebagai ketua agama Kristian pada hujung bulan Februari ini (28 Februari). Secara tradisinya, atau lebih tepat lagi sejak 600 tahun lalu, tidak pernah seorang Pope pun yang melepaskan jawatannya, kecuali jika dia dah mati.

Menurut laporan dari guardian.co.uk, Pope yang telah berusia 85 tahun itu mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya kerana faktor usia yang kian lanjut di samping  kesihatan diri yang semakin tidak menentu. 


Dalam satu kenyataan, Pope berkata, "Selepas beberapa kali bermuhasabah dan meneliti naluri saya di hadapan Tuhan, saya telah membuat suatu ketetapan mengenai kekuatan dan keupayaan saya, yang disebabkan oleh faktor usia, tidak lagi berupaya untuk menjalankan kewajipan dan perlaksanaan yang baik untuk memenuhi keperluan Kementrian Petrine.

" Saya juga menyedari bahawa demi keharmonian kementerian ini,  bukan sahaja meletakkan rohani sebagai asas terpenting, dan bukan sahaja dengan perkataan dan perbuatan, tetapi tidak kurang dengan doa dan penderitaan.Walau bagaimanapun, dalam dunia hari ini, tertakluk kepada perubahan yang begitu pesat dan dikejutkan oleh persoalan yang berkaitan kepercayaaan, untuk mentadbir Saint Peter dan mengisytiharkan Injil (Gospel), kedua-dua kekuatan minda dan badan adalah perlu, kekuatan yang dalam beberapa bulan lepas, telah merosot dalam diri saya dan membuat keputusan untuk mengiktiraf ketidakupayaan saya dengan secukupnya bagi memenuhi kehendak kementerian yang diamanahkan kepada saya.

Cardinal Joseph Ratzinger mula menjawat jawatan pada tahun 2005 berikutan kematian Pope John Paul II dan sejak itu dia memegang gelaran Pope Benedict XVI.

Pope Benedict XVI dilantik ketika Gereja Katolik berhadapan dengan masalah dan pergolakan hebat yang antaranya, skandal gangguan seksual ke atas kanak-kanak oleh paderi.

P/S: Sempat jugak aku berseleroh ngan abah semalam, "manala tau kot-kot dia dapat hidayah Allah pas turun takhta ni kan?" (^_^)

2 comments:

  1. Jangan la buat andaian mengatakan dia mendapat hidayah Allah..dia dah menyatakan sebab perletakan jawatan beliau, kenapa nak berseloroh.(oleh faktor usia, tidak lagi berupaya untuk menjalankan kewajipan dan perlaksanaan yang baik untuk memenuhi keperluan Kementrian Petrine)terang2 dah ditulis disitu, tidak berupaya menjalankan kewajipan yg baik kerana faktor usia....POPE tu manusia biasa juga, ada kemampuan dan kelemahan. Cuma diberi kuasa untuk memimpin umatnya dengan pegangan agama mereka..Mcm Tun Mahathir, beliau pun letak jawatan bersebab kan..bukan nya beliau dapat hidayah Allah bila letak jawatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam, maaf ye saya bukan membuat sebarang andaian berkenaan isu dia meletak jawatan dengan mendapat hidayah Allah,tapi saya mendoakan SEKIRANYA BENAR Allah membukakan hatinya untuk Islam. Tak perlu diperbesarkan....ke guaner? Bukankah itu yang diimpikan kita umat Islam?

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.