Breaking

Wednesday, February 06, 2013

Ujian Lulus, Lesen Tak Dapat.

Alahai mek...kesian ngan mek sorang ni. Ni baru 1st time aku baca pasal kes macam ni. 
Dah kuar duit, tenaga, masa dan bila dah lulus ujian...lesen tak dapat plak???
Ini boleh mendatangkan marah niiiiii....!
Jangan marah dulu...nanti kene jual baru tau!

Nurshazwani menunjukkan salinan dari JPJ
yang menyatakan dia hadir ujian berkomputer
dan lulus.
Menurut laporan dari sebuah artikel di akhbar, Nurshazwani telah lulus ketiga-tiga seksyen iaitu seksyen A, B, dan C lulus. Seksyen A  mendapat 15/15, seksyen B s markah 25/25 dan seksyen C  berjaya mendapat 8/10 dengan jumlah keseluruhan 48/50.

"Surat itu tertera perkataan ‘lulus’ namun selepas membuat semakan di MYEG, keputusan adalah sebaliknya.

"Nama saya ditulis tidak hadir untuk menduduki ujian itu dan tidak boleh meneruskan proses mengambil lesen memandu kereta dan motosikal,” katanya.


Aikkk acaner ni?? Weh, ingat senang ke nak dapat lesen? remeh keje tau! Nak hadap ujian rabun warna, ujian objektif, ujian memandu lagi....

Teringat masa aku mula-mula nak ambik lesen memandu. Dua minggu lepas exam SPM habis terus abah angkut aku daftar kelas kat Majestic tu..apekebendanya nama dia yek....aaaaaaaaaaaa...! Malayan Driving School ...lebih kureng gitula. Masa tu yuran belajar memandu masih ok lagi la RM600+ sekali lulus. Kalu gagal repeat bayo lagi RM200 huhu.

Aku takde experience langsung nak drive waktu tu. Takat tolong abah 'start'kan enjin kete sebelum gi keje ader la hahahaha. Tapi, tiap kali abah drive mesti mata aku tertumpu kat kaki abah...aku tengok dia tekan clutch, tukar gear, tekan break, tekan minyak, petik signal bla bla bla bla...tapi aku tak tanya, takut dia marah hehehe. I was a silent learner heeee...

Bile time driving class, ade la sorang uncle mai umah amik aku pagi-pagi. Mulut dia pun leh tahan jugak, tapi bese la nak ajar orang yang lum nak pandai driving ni jadi sampai pandai memang memerlukan ketegasan yang tinggi. Buatnyer aku gagal ujian nanti, aku cari balik uncle tu sampai lobang cacing hehehehe. Dengan seciput pengetahuan yang aku ada ditambah plak ngan ajaran uncle tu, maka sedikit-sedikit aku mula confident dengan skill aku...chewah! belum test dah sebut skill GEDIKS ko nim!

Dalam proses belajo driving tu plak, aku sempat 'balun' kete abah nak test power hahaha. Habih sumer divider aku sesah! wahahaha...ganazzzz ganazzzzz! Patutla anak sendiri pun cakap aku ganazzzzz hehehe. So, memang terkopak, tercabut dan tertanggal 'bumper' kete abah, kemek sana sini skit. Kene marah gak aku, tapi cam biasa la aku kan ganazzzzzz hehehe.

Tiba masa ujian rabun warna..aku lulus.*walaupun dah mula pakai spek waktu tu* Ujian objektif pun aku lulus jugak. Ujian memandu...hurmmm.... Aku kene ujian kat Pusat Ujian kat Hulu Langat nuuuuu. Bila turn aku, sorang pegawai JPJ masuk kete duk sebelah aku.
Aku ingat lagi...misai dia tebal pakai spek itam muke bengis! kat tangan dia ada kertas penilaian ujian memandu. Dia main tick tick jer ...dia tengok aku dia tick....dia tengok aku dia tick hehehehe~ Nebes GILER keras badan sekejap. Lebih-lebih lagi bila ujian naik bukit turun bukit. Haihhhhh....semput aku dibuatnya! Mujur passsssssssssssss!~

Tapi ramai yang tak lulus tang parking. Perrghhh! sikit jer ko langgar tiang kecik tu walaupun tak jatuh lagi hanya goyang-goyang...terus dia halau ko kuar! Tensi tau! Tapi aku tak la hehehe aku passsssssssssss~

Nak jadi pemandu cukup senang ye anak-anak, tapi nak jadi pemandu yang berakal, berhemah dan bertimbang rasa payah nak jumpa dah la ni. So, janganlah bila dah dapat lesen nanti korang salahgunakan plak yer.
Hargailah nyawa orang lain, jangan ikut sedap limpa jer bila duk atas jalan raya.
Peace!~

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.