Assalamualaikum sumer!~
Apakah definisi CANTIK bagi korang?
Apakah definisi HODOH pula?
Title sebenar ialah 'Wanita Paling Hodoh Di Dunia Dikebumikan', tapi untuk blog aku ni aku gunakan title yang lebih bersopan dan berhemah, because u know why. U don't know why?? Because, no one deserved to be called HIDEOUS by any means!U don't judge them until you read the true story. Takper, kiter baca dulu berita di bawah...k
Julia Pastrana |
BANDAR RAYA MEXICO - Seorang wanita paling hodoh di dunia dikebumikan di kampung halamannya di utara Mexico kelmarin.
Rangka tulangnya dikebumikan selepas lebih 150 tahun kematiannya selepas dia dijadikan bahan pameran di kebanyakan negara.
Dilahirkan di Mexico pada tahun 1834, wanita itu, Julia Pastrana menghidap penyakit hypertrichosis dan hyperplasia.
Penyakit itu menyebabkan dia mempunyai banyak bulu dan mempunyai rahang yang tebal.
Wajahnya itu menyebabkan dia digelar sebagai wanita monyet dan beruang.
Dia yang setinggi 1.34 meter berkahwin dengan seorang penganjur persembahan, Theodore Lent dari Amerika Syarikat (AS).
Wanita itu menari dan menyanyi pada pertunjukan orang pelik di AS dan Eropah.
Pada tahun 1860, dia mati di Moscow, Rusia semasa melahirkan seorang anak lelaki Lent yang mewarisi kondisinya.
Anak lelakinya itu kemudian meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan.
Seorang promoter Norway berjaya memperoleh mumia Pastrana pada tahun 1921 dan dipamerkan pada pertunjukan orang pelik.
Mayatnya itu kemudian diserahkan kepada Universiti Oslo pada tahun 1996.
Pihak berkuasa Sinaloa de Lyva iaitu negeri kelahiran Pastrana di barat laut Mexico kemudian menuntut mayatnya itu untuk dikembalikan bagi tujuan pengebumian. - kosmo
Mungkin pada pandangan masyarakat kita, dia dilihat sebagai seorang yang pelik dan hodoh. Tapi, siapa kamu nak menentukan hodoh cantik seseorang tanpa mengenalinya terlebih dahulu? Cantik itu bukan hanya terbatas pada kulit dan paras rupa...tentu korang tau kan? Dan hodoh juga boleh 'melekat' pada orang yang secantik Ratu Dunia.
Kalu korang nak tahu more story pasai Julia Pastrana, boleh KLIK SINI
Sejarah & perjalanan hidup Julia amat menyedihkan dikellilingi oleh orang-orang yang 'hodoh' perangai dan cuba mengambil kesempatan meraih kekayaan di atas kekurangan dan kelainan yang ada pada Julia. Sekarang...sapa yang hodoh?Peace!~
cantik ke hodoh ke, semua tu kurniaan tuhan..
ReplyDeletetul tu mimie...jangan kita men'downgrade'kan orang lain yang kekurangan. Rupa yang cantik jangan sangka kentut bau limau kasturi hehe.
Delete