Breaking

Wednesday, February 06, 2013

Yang Terhandal Pun Boleh Mati.

Assalamualaikum sumer~

Haaaa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya mati di tanah juga.....errkk cam peliks jer bunyi perumpamaan ni hehehe. Takpela, maksudnyer lebih kurang sama jugak. Sesungguhnya, kemahiran manusia itu sangatla terbatas dari pelbagai sudut. Sehandal mana pun seseorang itu dalam bidang yang diceburinya, ingatlah ia hanya pinjaman sementara dari Yang Maha Esa.

Setiap manusia tidak boleh lari dari kelemahan. Seperti firman Allah yang bermaksud;

"Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah”
 (Surah al-Nisa’:ayat 28)

Maka, bila aku baca paper pagi ni pasai penembak terhandal @ SNIPER Amerika Syarikat,  telah MATI DITEMBAK, tiada apa yang perlu dihairankan. Sehandal mana pun skill menembak mereka, tapi yang menentukan hidup dan mati itu hanyalah Allah s.w.t dan tiada siapa yang boleh menafikan hak Allah.

Chris Kyle 
WASHINGTON - Penembak tepat paling merbahaya di Amerika Syarikat (AS) akhirnya maut ditembak, kelmarin

Bekas tentera elit AS, SEAL, Chris Kyle, 38, mati ditembak di pusat menembak di Texas.

Jurucakap polis berkata, siasatan mendapati terdapat kesan serangan terhadap mangsa selain tembakan.

“Seorang suspek ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kyle pernah berkhidmat di Iraq dan sepanjang berkhidmat beliau  pernah membunuh 160 orang sekali gus menjadikannya penembak tepat paling berbahaya dalam sejarah AS. - SH

Chris Kyle merupakan bekas tentera Navy yang pernah berkhidmat di Iraq sebagai penembak tepat dan pernah membunuh 160 orang sekali gus menjadikannya penembak tepat paling berbahaya dalam sejarah AS. Beliau juga merupakan penulis buku best-selling American Sniper.

Chris Kyle
Semakin terang dan jelas rakyat Amerika kini dibayangi oleh 'mimpi ngeri' apabila sniper terhandal mereka sendiri pun 'tewas' di tangan penembak lain. Di sebalik kontroversi yang melanda negara itu berikutan peristiwa tembakan rambang di sekolah, universiti malah di rumah sendiri juga sehingga ke pusat latihan menembak kini terus menghantui penduduknya.

Siapakah suspek yang terlibat menembak American sniper ni?
v
v
v
v
v
Eddie Ray Routh - suspek
Inilah suspek yang didakwa telah menembak Chris Kyle dan seorang lagi kawannya, Chad Littlefield. Bukan orang Iraq, bukan pejuang Hizbullah, bukan pejuang Hamas, bukan juga Briged al-Qassam. Tapi......orang mereka sendiri. 


P/S: Sentiasalah bermuhasabah diri dan jangan meninggi diri di atas  kebolehan dan kemahiran yang kita miliki, kerana setiap kelebihan dan nikmat yang diberi akan ada ujian yang menanti. 

6 comments:

  1. Replies
    1. Kira cam senjata 'makan' tuan balik la ni kan.

      Delete
  2. Manusia asal dr tanah. lama-2 akan balik ke tanah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah maknanya manusia itu sifatnya lemah. Kalu ada manusia yang perasan dia lebih hebat dari Allah...balik awal laaaa huhu.

      Delete
  3. tumpas juga...bgus! kurang penjenayah

    ReplyDelete
  4. Jenayah yang tiada penghujungnya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.