Breaking

Thursday, March 07, 2013

18 Sebab Jin Merasuk Manusia.

Assalamualaikum sumer!~




Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

    "Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya".




Dari hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk ke dalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia hilang ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.

Jin lebih mudah merasuk kaum wanita disebabkan sifat wanita yang mudah digoda. Wanita gemar berhias diri (tabarruj) dan mendedahkan aurat serta suka bercakap tentang keburukan orang lain. Maka, tidak wanita menjadi sasaran utama jin!


18 sebab jin merasuk manusia:


1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.


Mengapa manusia dirasuk jin?


    1. " Saka Baka " - yang diwarisi @ diturunkan oleh nenek moyang kepada warisnya.
    2. kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.
    3. melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.
    4. Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.
    5. Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan Jin.


Di mana jin akan tinggal setelah masuk ke badan manusia?

  •  Mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata dengan orang lain.


  • Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang telah terasuk Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.

  • Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di masuki Jin amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.

  • Berada di hidung manusia, menyebabkan manusia suka menghidu benda-benda yang tidak elok dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.

  • Berada di ari-ari ( pusat ), menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.

  • Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia suka melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.

CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN 

  • Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.
  • Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya " Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"
  • Membaca Ayat2 Ruqyah :
    Surah Al-Fatihah, Surah Al-Baqarah (1-4), Surah Al-Baqarah (163-164), Surah Al-Imran (18), Surah Al-Hasyr (1-3), Surah Ash-Shaffat (1-10), Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas.

Langkah-langkah Bertahan/Defensif Berdo'a:

Surah Al-Mu'minun (97-98) :

"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku." 
Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur

Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang.

Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif 
Surat Fathir (6) :

" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." 

Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan Syaitan. 
  • Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah. 
  • Mencari penyebab gangguan Jin pada tubuh manusia

Manusia yang selamat dari ganguaan Jin , Iblis dan  Syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam Tauhid ( mengesakan ) Allah, melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah serta beramal dengan syariat Islam. Maka, hendaklah kita sentiasa menyampaikan diri kita zahir dan batin dalam keadaan tauhid kepada  Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati , iaitu selamat daripada gangguan para Jin, Iblis dan Syaitan atau seumpamanya. Wallahualam~

Sumber Sumber

2 comments:

  1. Assalamualaikum awak. terima kasih berkongsi ilmu. salam perkenalan daripada sheila :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam dan salam perkenalan..semoga bermanfaat :-)

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.