Assalamualaikum!~
Setiap yang hidup pasti akan mati. Ketentuan telah ditakdirkan buat setiap makhluk bergelar manusia. Hanya amal ibadah yang menjadi pelindung pabila bertemu Maha Pencipta. Sesungguhnya, kita yang masih hidup masih dibekalkan masa & ilmu untuk memenuhi iman di dada. Jangan sia-siakan masa yang amat mencemburui kita. Rebutlah peluang mengerjakan ibadah agar bekalan ke sana tidak kehabisan.
Muhasabah: Allah tidak menarik ilmu yang ada pada setiap diri manusia, tetapi Allah akan menariknya dengan mematikan sebahagian ulama.
|
Allahyarham Dr. Muhammad Uthman El Muhammady (1943-2013) |
Dukacita dimaklumkan bahawa Dr Muhammad Uthman El Muhammady telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur. Semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan para Solihin. Amin.
Turut dimaklumkan juga bahawa, Almarhum ustaz Uthman ElMuhammady akan disolatkan di masjid UIA selepas solat Zohor (via Twitter @FedtriYahya ).
|
Almarhum Tuan Guru Haji Ali |
Tuan Guru Haji Ali Kedah : Mengajar Tasawuf (kitab Hikam ) di Masjid-masjid di Alor Setar. Akhlaknya indah. Murabbi selalu cerita mengenainya.
|
Almarhum Tuan Guru Haji Muhammad Abdullah |
Tuan guru Hj Muhammad Abdullah : Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah.
25 Mac 2013 menjadi tarikh dukacita buat pencinta-pencinta ulama kerana perginya ketiga-tiga ulama yang banyak berjasa mengembangkan dakwah & syiar Islam. Semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan para solihin.
Al-Fatihah. ALLAH.. Hasbi rabbi.
P/S: Antara tanda-tanda kiamat adalah kematian para ulama & pembesar agama.
No comments:
Post a Comment