Breaking

Wednesday, March 20, 2013

Anda Ketagih Internet?

Assalamualaikum!~

Adakah korang termasuk dalam kategori ketagih internet? Tak syak lagi...kita sumer warga blogger adalah orang yang ketagih internet! Kalau takda internet lagu mana nak update  blog ari-ari ye dop? Nak buka facebook & twitter? Nak baca online-news & yang paling disukai ramai...online-shopping??haha.

Ada yang ok je kalau takda internet sehari, ada gak yang 'meroyan' sampai nak baling modem/broadband ke dinding kalau internet buat hal/lembap ye dop? Tambah, kalau balik kampung..line internet langsung 'padam'! Haaa tu boleh membuatkan kiter bertukar jadi Godzilla tau!hehe. Tetapi, berapakah tahap ketagihan kiter? Setiap orang tak sama kan. Kenit terbaca mengenai beberapa tanda jika kiter ketagihan internet & cara mengukurnya. So, nak tengok Kenit ni penagih tegar atau tak? Jom check!~ huhu.



gambar: BH


20 Tanda Anda Mengalami Ketagihan Internet

1. Saya selalu melayari internet lebih lama daripada masa yang dirancang. (2)
(takde la lama sangat. Kadang2 Kenit plan nak 'online' setengah jam..maner cukup!? tambah lagi setengah jam la hehehe)

2. Saya selalu mengabaikan tugas dan tanggungjawab apabila 'online' terlalu lama. (1)
(takda istilah abaikan tugas. Keje umah tetap dibuat walaupun sambil ber'online'. Hey, sambil 'online' pun Kenit leh memasak tau huhu)

3. Kerana terlalu seronok 'online', saya selalu melupakan adik-beradik dan ibu bapa.(1)
(Idok benar tuuuu. Takde la sampai ke tahap camtu....GILO APO!)

4. Jika mendapat kenalan baru melalui internet, saya menjadi ghairah berhubung dengannya berterusan.(1)
(Takde keje Kenit nak ghairah! GILO APO!)

5. Saya kerap dimarahi ibu bapa di rumah kerana terlalu lama 'online'. (3)
(hahaha yang ni pernah gak kene marah ngan mak abah. Masa tu kan sibuk berYM, teruk Kenit kene bebel!

6. Pencapaian saya di sekolah/tempat kerja selalu merosot kerana terlalu lama 'online'. (2)
(Ishhhh idok le sampai begituuuuu. Teman (Kenit) guna tenet tuk buat keje sekolah je!(cerita separuh benar) hehehe. 

7. Selalu membuat sebarang kerja lain, saya mesti menyemak akaun e-mel saya dahulu. (2)
(Teman (Kenit) tak heran ngan emel...teman heran ngan blog je hehe)

8. Penglibatan saya dalam aktiviti persatuan dan sukan di sekolah merosot kerana banyak masa dihabiskan dengan melayari internet. (2)
(Teman (Kenit) takleh ponteng kalau ada persatuan di sekolah. Kan dulu kehadiran WAJIB! Kalau tak datang nanti report card kosong...kosong...kosonggggg (macam najwa latip)

9. Saya selalu cuba berahsia daripada pengetahuan orang lain apa yang saya lakukan di internet. (3)
(Mestilah rahsia! Takkan nak bagitau kot?? (Duh) Jangan busy body yek!hehehe)

10. Saya sedar, ketagihan internet ini mendatangkan masalah. Saya selalu cuba menyedapkan perasaan diri dengan menafikannya. (2)
(memang dah sedor pun! tapi, itu terpulang kepada cara penggunaan kiter plak ye dop? Kalau diguna untuk tujuan baik, maka takda la masalah)

11. Saya selalu merasa tanpa internet hidup jadi bosan, menjemukan dan kosong. (5)
(hohoho yang ni memang terasa betul! Dahla, sejak dua menjak ni tenet umah Kenit slow giler macam siput Gary (Spongebob)! Sengalllllllll)

12. Saya selalu rasa tidak cukup tidur kerana berjaga malam untuk internet. (4)
(dulu Kenit memang macam ni. Sibuk 'meniaga' kat Restaurant City & Cafe World sampai mata pun dah jadi mata panda! KETAGIH MELAMPAU. Menci! menci!)

13. Saya merasa produktiviti saya semakin mengurang kerana internet. (1)
(takla mane ader...produktiviti ok aper. Anak pun dah dua ni hahahahaha (aper Kenit merepek ni haaaaa))

14. Saya rasa kerap terganggu, tak selesa dan marah jika ada yang menyapa saya ketika sedang asyik 'online'.(2)
(anak-anak la paling teruk kene dulu (time kemaruk online-game). But, i won't repeat the same mistake again... i'm sorry My pearls) 

15. Meskipun saya 'offline', fikiran dan minda saya tetap berkhayal seolah-olah saya masih 'online'. (2)
(takde la...time makan makanla. Time tido tidola, time main main la.)

16. Semasa asyik 'online', saya akan beberapa minit saja lagi. (5)
(Kenit la tu...tak syak lagi dah! hehe)

17. Saya selalu mencuba untuk mengurangkan masa 'online', tapi gagal. (1)
(dah berjaya! Since line tenet sangat mendukacitakan. Kenit pun berjaya menahan 'kegersangan' untuk kerap 'online' muahaha.)

18. Saya selalu merahsiakan jumlah masa saya melayari internet dari pengetahuan orang lain. (1)
(takla! watper nak takut???hehehe)

19. Saya kerap memilih untuk terus 'online', berbanding makan atau keluar bersama keluarga. (1)
(walaupun Kenit ketagih tenet, tapi, Kenit lagi ketagih makan!haha. Maner leh lepas peluang ye dop?)

20. Saya selalu merasa murung, 'moody' atau gemuruh apabila tidak dapat 'online'. (3)
(Dululaaaa masa giler mengadap game masak-masak kat FB tu. Sampai ke tahap tension pun ader ko! Teruk tul Kenit waktu tu...)

Sumber:BH

Haaaa hamboiii naper banyak skor bawah dari 4...bajet baik sangat la ko ye nim!hehehe. Tapi, Kenit tak tipu maaaa...memang Kenit ketagih internet tau! So, campur gedebak gedebuk skor = 44!!!!Okla tu..orang cina cakap nombor 'SEI SEI' (MATI MATI) hahaha. Jom tengok plak Kenit kategori maner.....

Cuba Ukur Tahap Ketagihan Internet Anda

Dah jawab soalan-soalan di atas? Dah kumpul markah? So, sekarang jom kiter semak sejauh mana kiter ketagih pada internet!

1) 20-49 mata: Anda pengguna 'online' yang biasa. Anda mungkin melayari internet sedikit melebihi daripada apa yang perlu, namun begitu anda dapat mengawal diri sebaiknya. Ertinya, kemudahan internet ini benar-benar memberi manfaat kepada anda. Tahniah!
(Errkk! cam tak cayer je!hahaha. Tul ke Kenit kira ni??? Takkan Kenit sebaik ni? hahaha. Tadi tu Kenit salah kira ntah camner boleh lompat ke 80! Tapi, Kenit tak tipu tau! Tetiba je jadi innocent camni haha. Compare dulu dengan sekarang memang banyak beza dah. No more online-games thats for sure!hehe)

2) 50-79 mata: Anda sedang mengalami masalah yang disebabkan internet. Keadaan ini selalu berlaku ke atas diri anda. Anda perlu menyedari dan menyedari kesan buruknya ke atas diri anda. Jika tidak, pasti anda akan mengalami masalah yang berat nanti,

3) 80-100 mata: Cara anda menggunakan internet telah pun menjadikan hidup anda bermasalah. Anda perlu menilai kesannya terhadap kehidupan anda. Selesaikan segala masalah hidup yang anda hadapi disebabkan internet ini dengan segera.


Try la check korang punyer plak (^_^)

2 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.