Breaking

Sunday, March 17, 2013

Bebas Rokok Selamanya.

Assalamualaikum!~

Sudah hampir 2 minggu abah kuar hospital. Alhamdulillah perkembangan kesihatan abah semakin memberangsangkan. Mak pun alhamdulillah sihat. Sejak abah dimasukkan ke hospital bulan lepas, Kenit mula terasa bimbang dengan tabiat merokok abah. Abah dimasukkan ke hospital tu pun disebabkan tu la. At least, itu merupakan salah satu sebab BESAR yang RELEVAN. Tahu tak, bila Allah turunkan azab pada hamba-hambaNya,  pada masa itulah kita akan mula menghargai nikmat kesihatan yang Allah kurniakan pada kita. 



Kenit bukan nak membebel jauh sekali nak menasihati korang agar tinggalkan tabiat merokok. Pilihan di tangan masing-masing. Fatwa dah keluar, hukum dah tahu tinggal lagi nak ngan tak nak je kan. Kenit cuma nak berkongsi cerita & pengalaman abah Kenit  perokok tegar selama berpuluh-puluh tahun lamanya yang akhirnya menyedari bahawa bila diri mula 'terbeban' dengan kesakitan, barulah kesedaran timbul dalam diri.

Ceritanya....
3 tahun lepas......

"Banyak kali dah mak pesan kat abah ko nim...jangan selalu sangat merokok tu lang (panggilan mak kepada abah). Kiter ni bukan makin mude. Ton (mak bahasakan dirinya) sok, kalu alang sakit Ton senang jer, Ton antar gi spital tu sok." Begitulah tiap kali mak mengomel kat Kenit

Orang lelaki cam tu la...cakap bini takmo dengar. Bila diri dah sakit, pandai lak cari bini hehehe. Abah tak makan 'saman' kalu bab suruh berenti merokok ni. Kalau kita nasihat suruh tukar tabiat yang lain, insyaAllah dia akan buat dengan rela. Tapi, kalu bab yang satu ni..memang payah la nak dengar...ketegaq!hehehe.

Makin mak nasihatkan abah, makin ligat abah merokok. Sampaikan, sebelum abah dimasukkan ke hospital mak masih lagi pesan kat abah, "dah la tu langggg..janganla kerap sangat merokok. Nim, ko tengok tu nim. Abah ko ni merokok macam makan nasi! lepas sebatang...sebatang...! Orang lain 1 kotak sehari..abah ko 3 kotak sehari..! Maner mak tak marah nim. Dia(abah) tu dah tua dah la penakut nak gi spital. Kang kalu sakit, Ton senang jer Ton antar gi spital la!" Kenit hanya mampu geleng paler je la. Nak wat acaner kalu mak nasihat pun tak 'jalan'.. Kenit ni lagi la tak laku huhu. Tapi, Kenit kene try jugak cakap kat abah, kesian kat mak. Kenit kene support point mak tu. Kenit pun tak tahan tengok abah 'berasap' tiap 5 minit..! Betul....dia isap rokok macam makan nasik!

"Abah slow la bah merokok ni... naper kerap sangat ni bah? Paru-paru tu kalu rosak sok, takde orang nak bagi lagi bah. Jantung tu kalu tersumbat seksa tau bah." kena marah pun kena marahla, aku tak kisah. Ni memang kamikaze punyer ayat hahaha. Berani kerana sayang, takut kerana tak peduli. "Mak tu dah la takleh drive..bawak motor. Kang kalau abah sakit mak lagi susah. Nak mintak tolong saper? Kami (adik beradik ) jauh. Abah senyap....sepatah haram dia tak jawab. Fuh!selamat Kenit....hehehe.

Orang kampung pun tau abah memang kuat merokok. Kalu mengeteh kat warung pas solat di masjid mesti 'berasap' sambil pekena kopi. Kat umah, pas makan 'berasap' sekali..pas minum air nescafe 'berasap' sekali..nak kuar umah 'berasap' sekali..pas solat Jumaat 'berasap' sekali atas motor..rehat sekejap pas berkebun pun dia 'berasap' sekali! Dah berapa kali tu.....????!

Akhirnya, mak tak daya nak bebel mak senyapkan aje. Tapi, dalam hati dia susah saper tau...suami kan..takkan tak sayang. Dalam hari, mak berharap abah akan berenti merokok FOR GOOD! 

Lepas tu....

Masa cuti sempena Chinese New Year tu, aku antar anak-anak balik kampung disebabkan sekolah cuti seminggu. Mak kata, masa kami nak balik KL ujung minggu esoknya abah dah mula rasa tak sihat. Dia sangka mungkin demam biasa & batuk biasa. Maka, abah pegila ke Klinik Ayer Molek. Check punyer check, diaorg (missy) kata abah tak demam pun! But, badan abah memang panas masa tu! Dalam seminggu tu mak cakap, abah memang takleh tido malam. Sesak nafas menyerang terutama kul 3/4 pagi. Takleh tahan esoknya abah gi klinik swasta...

Bila check, doktor kata paru-paru abah rosak! Doktor tu tulis surat suruh gi spital check lagi kat sana. Abah dah cuak...serba salah. Takut kene cucuk jarum! Tapi, badan dah takleh tahan..nafas dah tak lancar. Kene pegi jugak.....

Aku Di Ofis

Pagi Khamis tu Kenit gi keje cam biasa. Buat keje cam biasa..memang ari tu kebizian melampau plak. Jam dah hampir 11 lebih. Tengah dok syok-syok ikat tali file, telefon berbunyi. Nama Abah tertera di skrin.


Kenit: "Assalamualaikum abah"

Abah: "Waalaikumussalam..nim ko keje ke? Sibuk ke?"

Kenit: "tak la sangat..naper bah?"

Abah: "Ni..abah pegi klinik tadi. Abah dapat surat doktor suruh gi spital."

Kenit: "surat ape?? abah sakit ke?" tone suara dah berubah dup dap dup dap

Abah: "Abah sesak nafas Nim..dah 2 malam abah takleh tido. Ni tadi abah gi check kat klinik tu..dia kata paru-paru abah rosak. Dia bagi surat suruh gi spital besar. Mak ko tak tau bawak kete.."

Kenit: "abah tunggu...anim balik sekarang. Anim balik sekarang..kiter gi spital terus nanti ok."

Abah: "ok..abah tunggu ko kat umah."

Kenit 'jammed' sekejap kat situ. Takleh gerak... takleh cakap... takleh fikir aper pun masa tu! Dalam hati rasa nak terbang balik kampung masa tu jugak! Hati dah berdebar..mata dah bergenang. Dalam keadaan seram sejuk, terketar-ketar jariku mendail nombor Pak Jelan. Ku tinggalkan sumer keje di atas meja dan meluru mencari pegawai nak mintak kebenaran Emergency Leave. Dah settle..Kenit terus gi sekolah anak-anak dan amik diaorg. Balik umah packing baju sementara tunggu Pak Jelan pulang.

Kami gerak tengahari tu jugak. Dalam kete, Kenit tak bercakap walau sepatah. Anak-anak panggil pun Kenit tak sahut. Betapa jantung aku berdegup kencang masa tu. Fikir yang bukan-bukan aje...air mata dah meleleh laju. Tapi, Kenit tahan...tak mo bagi anak-anak perasan. Pak Jelan pun tak kata ape seolah-olah mengerti kerisauan dihati ini. 

Sampai kat Melaka, kami terus pegi spital besar. Abah terpaksa pegi spital cepat sebab memang masa tu abah dah tercungap-cungap. Mujur ada sedara tolong hantarkan abah ke spital sementara tunggu Kenit sampai. Kenit terus meluru ke KECEMASAN bahagian asma. Di situ, Kenit lihat abah dipakaikan topeng pernafasan, duduk tersandar tak berdaya sambil menyedut gas. Ya Allah....selamatkanlah abahku ya Allah...!

Luluh hati tengok keadaan abah masa tu. Rasa nak peluk je abah! Keadaan abah sangat lemah..hanya bergantung pada gas. Kenit duduk disisi abah..dalam hati aku berdoa agar abah diberi kekuatan melawan kesakitan.

Abah Masuk Wad

Keadaan abah belum stabil lagi. Petang tu saje, 3 kali abah masuk gas! Lepas pemeriksaan & amik gambar X-Ray ,doktor amik keputusan untuk masukkan abah ke dalam wad untuk pemerhatian lanjut. Abah cuak...muka dah berubah. Nampak sangat takut nak masuk wad. Tahun lepas pun bermalam di wad tapi semalam je la. Kali ni tak tau berapa lama plak! Kenit kata no problem doktor! Biar abah dirawat betul-betul di spital sampai pulih. Masa tu abah pun takleh bangkang aku huhuhu! Abah kene gak duduk spital! (dalam hati berkata).

Seminggu lebih abah di wad, sudah mula nampak perubahannya. Mak pulak temankan abah di spital. Ubat antibiotik diberi ikut waktu. Waktu malam kalau abah takleh tido, abah akan baca selawat ke atas Nabi, surah Yaasin & surah al-Kahfi. Apek sebelah katil tu pun dah faham benor rutin abah hehehe.

Seminggu lebih tu jugak kami berulang balik tengok abah & mak di spital. Keje umah Kenit yang bereskan. Ayam mak Kenit bersihkan, bagi makan dan tukar alas. Kebun pun Kenit yang handle, siram tanaman & tebang daun pisang. Siram pokok bunga & sapu sampah pun aku settlekan setiap hari. Tengahari Kenit memasak & petang baru kami gi tengok abah & mak. 

Dua Berita Gembira

Pagi tu abah call, cakap abah dah boleh balik esok. Yeeehaaaaa! Alhamdulillah....! Abah pun berselera betul makan nasi & lauk spital ari tu huhu. Syukur alhamdulillah, abah dah sihat. Doktor kata jantung abah ok, paru-paru pun dah takda lendir. Pernafasan abah dah makin baik..tak lagi bergantung pada gas seperti sebelum ini. Tapi, yang peliknya, doktor pun tak tau macam mana abah boleh baik! Aikkkkk??? DOKTOR tak tau??? Tapi, abah bagitau dia sihat kerana berkat dari amalan berselawat ke atas Nabi & baca surah Yaasin & surah al-Kahfi setiap malam di spital. Allahuakbar!

Sempat jugak Kenit tanya abah nak merokok balik ke pasni? Dengan yakin & seriknya abah kata, "oh taknak dah aku merokok lagi. Aku nak berenti terus!" ALHAMDULILLAH! Bukan sahaja Allah kembalikan nikmat kesihatan kepada abah, malah Allah tutup terus 'nafsu' merokok abah! Terima kasih ya Allah...! Kami sekeluarga sangat gembira dengan kedua-dua berita gembira ini!

Sesungguhnya, disebalik musibah yang menimpa kita ternyata ada hikmah disebaliknya. Dan, musibah yang menimpa abah ini telah memberikannya peluang sekali lagi untuk menghargai nikmat sihat yang Allah beri.


Kesimpulan

Actually, nak berenti merokok kiter tak perlukan spesific tools @ drugs untuk bantu kiter. Sumernya datang dari 'dalam'. Mind setting memainkan peranan penting. Kalau amik ubat pencegah merokok, tapi dalam hati still ada nafsu nak merokok pun tak guna jugak. 

Kenit tak sangka perokok tegar macam abah Kenit  yang dah merokok lebih 40 tahun boleh nekad nak berenti merokok macam tu je! Bayangkan 'karat' yang terkumpul dalam paru-paru sebegitu lama & sebegitu tebal akhirnya berjaya jugak 'dikikis'. It took 40 years for him to quit smoking, but he quitted finally! It's never too late for others too! Tapi, janganla tunggu sampai 40 tahun lagi baru nak berenti smoking!hehehe.


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.