Assalamualaikum!~
Masa umur korang 2 tahun, apa bakat korang yang bisa dilihat? Aku..? Time tu bakat aku ngan korang sama jer..tak lain tak bukan MAKAN, TIDO, BERAK, MAIN wahaha! Masa tu maner tau main benda besar-besar ni sumer. Paling kuat pun, anak patung tu je la heeeee.
Ahmad Adam Haziq, 2 tahun. (Kecik-kecik cili api) |
First respon yang dapat aku berikan....'Perrghhhhh! terernye budak ni!' Umur baru 2 tahun jagung dah boleh mengendalikan jentolak yang aku kira 100 kali besar dari saiznya! Fuh! terbaeekkkkkk hehehe. Siapakah gerangan 'super hero' kecik kiter ni? Jom kiter terjah!~
BALING- Dengan kuasa ALLAH Ahmad Adam Haziq, 2, boleh mengendalikan jentolak itu sejak dua minggu lalu kerana sering mengikuti ayahnya ke tapak kuari pasir di Sungai Ketil Becah Sawa.
Ayahnya, Amran Ahmad, 43, dari Kampung Becah Sawa berkata, anak kedua keduanya itu boleh menghidupkan jentolak, menggerakkan malah mengorek pasir seperti biasa.
Ayahnya, Amran Ahmad, 43, dari Kampung Becah Sawa berkata, anak kedua keduanya itu boleh menghidupkan jentolak, menggerakkan malah mengorek pasir seperti biasa.
“Dia (Adam) terus menangis, dan mendesak mahu mengendalikan jentolak itu, jadi saya membenarkannya dengan pemantauan saya.“Saya betul-betul terkejut kerana Adam memang boleh mengendalikan jentolak itu dengan baik seperti mereka yang telah berpengalaman,” katanya kepada Sinar Harian.
“Pekerja saya sering mengajarnya, saya pun tidak pernah ajar Adam bawa jentolak ini. Disebabkan itu, saya terkejut setelah melihat kemahirannya itu,” katanya.
Menurutnya, Adam seorang yang cenderung kepada aktiviti menukang malah pernah meleraikan beberapa komponen motosikalnya.
Adik Adam semasa mengendalikan jentolak. (Aku tengok adik Adam ni sangat kicikkkkkkk dalam jentolak tu hehe) |
“Adam pantang tengak kayu, kalau ada, pasti dia nak paku. Memang itu hobinya. Tetapi, saya sama sekali tidak menyangka dia mampu bawa jentolak.“Kini, setiap hari saya perlu membawa Adam ke sini agar dia dapat mengendalikan jentolak ini. Sekiranya tidak, dia akan menangis,” katanya.
Amran berkata, walaupun Adam mampu mengawal jentera itu dengan baik, dia tetap mengawasi anaknya itu agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak dingini.
“Di sini kawasan sungai, sebarang kejadian boleh berlaku. Adam hanya mengendalikan jentolak ini sekiranya ada pemantauan dari saya mahupun pekerja lain di sini,” katanya.
Tu diaaaaaa...mungkin adik kecik ni mempunyai bakat terpendam yang akan menonjol suatu hari nanti..maner tau kan? Walaupun aku rasa agak tidak patut budak sekecil itu dibenarkan menyentuh peralatan merbahaya, namun aku kagum dengan bakatnya itu.
No comments:
Post a Comment