Breaking

Wednesday, March 13, 2013

Buku Teks: Digital @ Konvensional?

Assalamualaikum!~

Sebelum muncul abad ke 20, kebanyakan pelajar seluruh dunia masih menggunakan buku teks sebagai rujukan maklumat di sekolah. Para pelajar terpaksa membawa buku-buku teks yang berat ke sekolah setiap hari walaupun terdapat jadual subjek yang disediakan. Buku-buku teks ini pula ada yang tebal & bersaiz besar, maka ia sedikit sebanyak memberikan 'tekanan' kepada para pelajar.

Namun, manusia ini ternyata memang cepat menginovasi sesuatu kaedah, termasukla kaedah pembelajaran yang praktikal & terbaik bagi generasi muda masa kini. Penggunaan buku teks tidak lagi dilihat sebagai medium saluran informasi yang praktikal di sekolah. Maka, para saintis menawarkan teknologi baru bagi menggantikan buku teks...iaitu iPad!

canggih wooooooo!

Kebanyakan sekolah kini menggunakan iPad sebagai cara untuk menarik minat pelajar dalam kelas, ganjaran terhadap pencapaian cemerlang mereka selain dapat mengurangkan kos. Hoi! memang la teramat teruja kalu dapat belajar guna iPad ni weh! hehehe. Sure fokus masa belajar ni hehehe!~


Ia dilengkapi sistem tanpa wayar,  perisian untuk guru memantau aktiviti setiap pelajar, menawarkan tinjauan segera dan menyediakan kuiz bagi menguji tahap kefahaman mereka. Dari satu sudut, aku merasakan keistimewaan yang dinikmati generasi-Y ini akan lebih mudah membantu mereka dalam kelas.

Samada pembelajaran menggunakan buku teks konvensional (kertas) atau buku teks digital (iPad), kedua-duanya mempunyai pro & kontra masing-masing,




Ini cuma point-point dari aku, banyak lagi yang boleh diisi di sini. Aperpun, negara jiran kita, Singapore juga telah menggunakan teknik pembelajaran digital menerusi iPad.


P/S: Mungkin sudah tiba masanya Malaysia juga mengguna pakai teknik pulak kan? Jangan kata 'TIDAK' sebelum mencuba!


Artikel berkaitan:

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.