Breaking

Friday, March 22, 2013

"Hak saya"...untuk seksi: BerHakkah Kita?

Assalamualaikum!~

Terpanggil Kenit untuk berkongsi nukilan dari page Wardina Saffiyah (OfficialPage) & Dr. Harlina Halizah Siraj tentang kebebasan 'ber-Hak' yang kebanyakan wanita (termasuk kiter kiter sumer) selalu laungkan. Dan, tanpa kiter sedari kiter sendiri telah menjadi hamba kepada 'HAK' tersebut.




sumber: fb Dr. Har

Berikut, Kak Wardina Saffiyah turut melontarkan pandangan & nasihat buat kiter (para wanita muslimah).....


sumber: fb 


Salaam buat pembaca, saya kongsikan surat dan pandangan ikhlas dari seorang wanita yang sangat saya hormati Dr Harlina Halizah Siraj kepada "sesiapa yang berkenaan"

Sebenarnya saya pernah berada di dalam situasi itu satu ketika dulu, kejahilan saya menutup dan mengaburi mata dan minda saya. Namun jangan mengeji kerana yang paling tidak baik di mata kita suatu hari nanti boleh berubah menjadi insan yang lebih baik, jauh lebih baik dari diri kita ini...

Para pembaca,

Kini saya faham bahawa apa yang saya lakukan satu ketika dulu itu sebenarnya mengecewakan ramai pihak. Sebenarnya....

Ini menunjukan ketidak pekaan sesetangah Muslim mengenai agama mereka sendiri. Kata-kata para artis ini boleh mempengaruhi minda anak-anak muda yang kini sudah ketandusan agama. Ada anak-anak muda kita berzina, membuang bayi dan melakukan maksiat sewenangnya, adakah kita boleh berdiam diri? Apatah lagi jika KITA menjadi agen mempromosikan nilai-nilai yang menggalakkan kepada maksiat?

Apabila saya sendiri terpaksa membantu ramai golongan seperti ini, yang akhirnya menangis dan mencari arah, timbul kesedaran akan tanggungjawab yang amat berat sekali untuk saya bersama, bergandingan memperbaiki akhlak para Muslim, remaja Melayu yang sudah hilang hala tuju kerana hidup dalam dunia fantasi ala Hollywood yang juga dipromosi besar-besaran oleh media dan sesetengah para artis. Indah, glamour dan gembira. Ini adalah realiti atau hakikat bagi para Ustaz, Ustazah, Ulama, Ilmuwan dan para Daie bahawa mesej sebenar Islam belum sampai ke hati penganutnya di Malaysia dan salah ini terletak di atas bahu kami semua.

Saya amat berharap tiada lagi kata-kata sebegini dilemparkan sewenangnya oleh mana-mana artis tempatan beragama Islam selepas ini.

Saya tidak menyalahkan mereka kerana saya dahulu seperti mereka ...mungkin tidak faham, tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu.

Namun saya meminta para artis/masyarakat faham bahawa sekiranya maksiat atau hukum agama dilanggar di tempat tertutup maka benarlah kita tidak perlu mengintip namun sekiranya kemungkaran dengan bangganya disebut dan dilakukan di tempat awam maka ianya hak orang awam untuk menegur dan ianya tidak boleh dibiarkan sama sekali. Tatkala berbincang dengan Dr Har satu ketika dulu mengenai kebebasan dan "freedom of rights" Kata Dr Har pada saya "Give you the RIGHT to do what? To do WRONG?"

Marilah kita membantu anak-anak kita dengan tauladan yang baik, janganlah lagi dirosakkan minda mereka. Kasihanilah dan sayangilah mereka :(

Teman yang disayangi, usahlah memberi komen yang akhirnya memakan diri dan menunjukan kejahilan diri kita sendiri. Ianya menggambarkan "kita" benar-benar tidak faham agama Islam yang begitu indah ini yang kita akui kita anuti.

Tubuh kita ini diperintahkan oleh Allah di dalam Al-Quran untuk ditutup sebagai lambang wanita beriman kerana itu lebih baik bagi kita. MasyaAllah, sekiranya setiap Muslim memahami hikmah menutup aurat yang indah ini, pasti kita akan melakukannya dengan rela hati, marilah para Muslimat, marilah cuba memahaminya. Sekurangnya cuba memahami dan paling penting MENGHORMATINYA bukan mempersendakan hukum Allah jika tidak mahu membaluti tubuh mu sekalipun. Tubuh kita ini bukan untuk dipertontonkan kepada orang awam seperti artis Barat apatah lagi berpelukan dengan golongan lelaki yang hanya akan membawa kepada maksiat yang lebih besar. Ini salah. Ianya terang-terangan salah sama sekali.

Sekiranya anda sensitif dengan teguran orang ramai, maka sensitiflah juga dengan kami yang masih mahu menjaga nilai-nilai suci agama Islam di negara ini. Please from the bottom of my heart I beg.

Ikhlas,
WS (sumber)

#Tiada satu pun yang aku tidak setuju mengenai kenyataan kak Wardina di atas. Memang, aku juga pernah membaca kenyataan hamba Allah (artis) itu dan memang, perasaanku 'terbakor' bila dia menyatakan begitu. Namun, seperti yang kak Wardina katakan, mungkin juga dia TIDAK FAHAM, mungkin juga dia TIDAK TAHU, atau mungkin juga dia TIDAK MAHU AMBIL TAHU.

Namun begitu, alasan sebegini tidak lagi relevan berbanding dengan peningkatan usianya. Even, little children pun tau batasan aurat seorang wanita muslimah. Ketahuilah, kecantikan fizikal adalah sementara buat kita. Semuanya, hanyalah pinjaman belaka yang akan ditarik Allah bila-bila masa. Maka, bersyukurlah dengan nikmatNya dengan cara yang diperintahNya..bukan dengan cara yang dilarangNya. Wallahualam.


sumber: fb Dr. Har

FROM DR HAR WITH LOVE
TEGURAN IKHLAS BUAT YANG BERKENAAN

Salam ukhuwah

Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.

Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘

Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!
Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘
Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini : Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?
Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaí) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.
Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.
Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!

Salam ukhuwah :
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)(sumber)



#Buat yang berkenaan, sesungguhnya kiter (manusia) tiada hak ke atas setiap inci tubuh kiter melainkan ianya hak mutlak Allah s.w.t. Maka, jangan bercakap tentang 'hak' jika hak Allah anda tidak penuhi. Semoga kiter (wanita muslimah) mendapat manfaat dari nukilan kedua-dua tokoh yang dihormati ini InsyaAllah. Setiap teguran tandanya sayang.....

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.