Assalamualaikum!~
Hohohoho pe citer ni? ce citer ce citer hehehe. Memang kalau orang dah busuk hati dia dengan senang hatinya akan menggertak orang lain. Di sebalik isu LAHAD DATU yang masih belum berkesudahan lagi, timbul pulak isu ugut mengugut! Hamboiiii...datang cari makan sini suke suki je ko nak ugut orang ye!
“Saya orang Sulu, suami saya orang Sulu, keluarga saya orang Sulu. Adakah puan tidak takut kepada saya?” Itulah ugutan yang diterima ibu mertua Zed Zaidi, malam kelmarin sebelum pembantunya bertindak lari dari rumah.
Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), dia sudah membuat laporan polis hari ini (semalam), selepas merasakan dirinya tertipu. “Sebaik dia berkata begitu kepada ibu mertua saya, ibu mertua saya berkata yang dia tidak takut kepadanya apatah lagi kini berada di negara sendiri. Sebaik kami bangun pagi tadi, dia sudah tiada di rumah.
“Ketika mula-mula diperkenalkan, dia beritahu namanya Fatimah dan dia boleh membaca Al-Fatihah. Tapi apabila dia mula bekerja, dia beritahu namanya lain dan jika sesuatu berlaku, dia lebih suka menyebut Jesus dan sering meminta cuti pada hari Ahad dengan alasan mahu bersembahyang.
“Namun, saya tidak pasti adakah benar dia orang Sulu atau sengaja mengambil kesempatan di atas konflik di Lahad Datu yang berlaku sekarang,” ujarnya.
“Sejak awal lagi, kami memang kurang berkenan dengan cara kerjanya. Namun, apabila difikirkan balik, saya bersyukur kerana dia tidak pernah mengapa-apakan anak saya,” katanya.
Ditanya mengenai keputusannya mengambil orang gaji warga Filipina, Zed berkata, dia tidak percaya kepada pembantu rumah dari negara lain kerana sudah beberapa kali ditipu.
Katanya, selepas ini dia berharap akan mendapat pembantu rumah dari Malaysia dan lebih senang mengaji rakyat Malaysia sendiri.-SH
Ditanya mengenai keputusannya mengambil orang gaji warga Filipina, Zed berkata, dia tidak percaya kepada pembantu rumah dari negara lain kerana sudah beberapa kali ditipu.
Katanya, selepas ini dia berharap akan mendapat pembantu rumah dari Malaysia dan lebih senang mengaji rakyat Malaysia sendiri.-SH
Hamboiiiii minah 'Sulu' ni sesuka hati nak ugut orang tua apahal! Cakap macam dia plak yang lebih berkuasa di dunia ni! Nampak gayanya, pembantu rumah warga asing ni MAJORITInya memang tak boleh pakai! Aku tak kata semua, tapi hanya MINORITI saje yang boleh dipercayai.
Dari kes curi harta majikan, lari dari tugas, lambung bayi dan kini dah sampai pulak ke ugut mengugut...ewahhhhh! banyak lemak ko ye!!! >.<
Hati-hati sikit pada yang berniat nak amik pembantu warga asing. Sekarang ni, sedara pun makan sedara, apatah lagi orang luar!
No comments:
Post a Comment