Breaking

Friday, March 15, 2013

Kami Suka Kuey Tiow-ing!

Assalamualaikum!~

Tahukah korang kuey tiow merupakan makanan kegemaran aku? hahaha tak tau? sekarang aku dah habaq, hang pa dah tau la kan hehehe. Sejak aku pindah KL ni, susah bebenor nak jumpa char kuey tiow yang sodap! Tak macam kat Kuantan dulu, aku start kete, naik Batu 11 dah tercegat depan warung Penang Char Kuey Tiow...uuhhhhh terbayang-bayang kesedapan & kelazatan char kuey tiow pakcik tu.

Bila dah mai KL mula la meroyan cari char kuey tiow sedap!Ada tu memang ada, tapi yang ada jauh sangat la plak. Aku pernah makan char kuey tiow Sani kat Subang tu. Boleh tahan...tapi giler la kalu aku ni gi sana  hadap ari-ari! Eh, jangan tak tau...aku ni boleh dikategorikan sebagai GILA BAYANG kat char kuey tiow tau! Kalu dah sedap di tekak, hari-hari aku boleh makan benda yang sama! Makan la sampai muntah...! wahahaha~ 

So, semalam tekak aku ni tetiba mengidam nak makan char kuey tiow. Tak yah gi jauh-jauh, warung ni memey dekat ngan umah aku. Dia pun ada jual tauhu bakar gak. Balik keje kitaorg terus singgah kat warung tu. My Pearls pun dah pandai makan char kuey tiow * macam tu la anak-anak ibuuuuuu* huhu.


My Char Kuey Tiow - sllurrrpppppppp! mantopsssss!
CHAR KUEY TIOW yang aku order ni char kuey tiow biasa, lengkap sumenyer ada udang & kerang. Bayangkan kalu aku order special.. rasanya dah tentu sodap & menyengat! hehehe. Aku paling suka char kuey tiow yang dimasak menggunakan kuey tiow halus (orang panggil kuey tiow melayu). Kesedapannya memang berbeza berbanding guna kuey tiow besar yang biasa. Tak cayer? nanti korang try makan! (^_^)

Senyum lebar Mira dapat makan char kuey tiow

Inilah yang dinamakan kanak-kanak riang ribena hahahaha.
sedap katanya!
Kakak pun dah mula jadi cam aku, giler kat char kuey tiow! Boleh plak selera dia naik semalam, sampai 2 kali tambah char kuey tiow tu...TERBAEEKKKKKK! Nampaknya waris angau char kuey tiow sudah berjaya aku turunkan pada anak-anak hehehehe~

Itu cerita petang semalam, ni nak masuk citer malamnya pulak! Yooooo, malam yang sama la. Malam tu pulak Pak Jelan balik lewat. Dah tentu perut lapo kan. Mira plak teringin nak makan nasi. Aku plak malas nak masak nasi pasal dah malam sangat hehehe.

Ape lagi, start motor duduk berempat, kami pun singgah di warung sebelah warung char kuey tiow tadi. Makanan kat sini memang ok, kena la ngan tekak aku anak beranak hehehe.  Pak Jelan order nasi goreng pattaya, anak-anak plak aku orderkan nasi goreng cina. Aku plak tak selera nak hadap nasi....tapi tekak ni mula gatal nak makan....apalagi....KUEY TIOW KUNGFU! wachaaaa! wachaaaa!*ala-ala Bruce Lee*


Ini kuey tiow aku yang punyaaaaa!
Kuey tiow lagi???? hahahaha ape boleh buat...aku dah kata aku memang GILER kat kuey tiow. Kali ni aku pilih Kuey Tiow Kungfu *wachaaaaaa! wachaaaaa!* hehehe. Sebelum ni aku hanya hadap Char Kuey Tiow je, tapi biler sorang kawan di alam maya introduce aku pada kuey tiow kungfu ni...."eh, sodap jugak hok ni! nyummm nyummmm" Sejak dari itu, kalu aku tak jumpa char kuey tiow, aku akan pilih menu ni. Kalu kat warung ni...perggghhh! memang sedapla kuey tiow kungfu dia buat. Kuahnya pekat likat, ada sayur, udang, sotong, daging dan sedikit ayam. Fuh! kuey tiow yang digunakan jugak kuey tiow halus..dibalut dengan telur dan digoreng sekali..Perrghhh! lagila aku sedap melantak!hahaha. Memang terbaekkkk la kuey tiow kungfu ni...!

ini budak sambil makan sambil bercakap !~

berselera plak Mira makan nasi semalam. 
Sekarang, aku dah tak perlu kalut lagi nak cari char kuey tiow & kuey tiow kung fu lain pasal kat umah aku pun dah ada dua-dua menu ni. Next time aku nak makan, just start motor dan angkut anak beranak lepak kat warung ngeh3X~

1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.