Assalamualaikum!~
Tak banyak yang Pak Jelan bawak balik dari LIMA Langkawi. 2 bungkus cekelat ape ntah dan sedikit cenderahati.
ekslusif dari LIMA ni! |
kipas tangan kot!...jadi la untuk anak-anak hehe |
Fuyoooo! Pak Jelan di sisi Rafale Multirole Combat Fighter. Pak Jelan sengaja tak mo pandang kamera...malu-malu tupai la tu hehe. |
- Rafale merupakan dwi-pesawat tempur perang yang berupaya menjalankan misi perang samada dalam jarak jauh atau dekat, termasuk serangan di daratan, lautan, peninjauan, serangan berketepatan tinggi dan pencegahan serangan nuklear.
- Pesawat ini dibangunkan untuk Tentera Udara Perancis & Tentera laut mereka. Tentera Udara Perancis menempah 180 buah ( 132 untuk tentera udara dan 48 buah untuk tentera laut), 100 buah pesawat ini telah diterima pada penghujung tahun 2010.-sumber
inilah ghuper Eurofighter Typhoon. Canggih bebenor yop! |
Inilah fighter yang disebut-sebut ingin dibeli oleh Kementerian Pertahanan Malaysia, namun belum dipastikan lagi. Fuh! Pak Jelan cakap, Typhoon ni kalau terbang berdesuppppppp dia pegi! hehe. Memang terbaekkkk di angkasaraya.
Info Typhoon
- Eurofighter Typhoon adalah pesawat tempur multi-role/swing-role paling canggih di dunia hari ini yang boleh didapati dalam pasaran. Antara negara yang berminat dengan Typhoon ialah UK, Jerman, Itali, Sepanyol, Austria, Saudi Arabia, Oman. Eurofighter Typhoon merupakan program kolaboratif ketenteraan terbesar dan mendahului segala teknologi, menguatkan persaingan dalam industri aeroangkasa dan pertahanan di peringkat antarabangsa.
- Eurofighter Typhoon adalah satu-satunya pesawat tempur yang menawarkan keupayaan operasi untuk jarak jauh, dalam masa yang sama menyampaikan keberkesanan armada yang tiada tandingan. -sumber
Gambar sisi Rafale Combat Fighter. |
Sukhoi Russia |
Super Hornet dari US - amboi omputih ni boleh bantai pakai suar pendek je. Pak Jelan amik ni...MOTIP? |
Skeldar 200 teknologi Sweden. Style Pak Jelan kalu bergambo mesti posing tak pandang kamera haha. |
Helikopter/Eurocopter ini adalah versi UAV (Unmanned Aerial Vehicle) meaning beroperasi tanpa pilot! Alaaa yang macam dalam citer Stealth tu. Tapi, depa pakai pesawat tempur Stealth. Hat ni macam Eurocopter.
Info Skeldar
- Skeldar merupakan sistem UAV dengan jarak sederhana, berupaya berlegar berjam-jam lamanya bagi memberikan informasi dengan masa sebenar kepada stesen kawalan atau terminal kawalan jauh.
- Ia automatik sepenuhnya, diarahkan oleh high-level command seperti, “Point and Fly” (Tuju dan Terbang) dan “Point and Look” (Tuju dan Lihat), dan direka untuk kegunaan di daratan, maritim dan aplikasi sivil.
- Tahap autonomi bagi pengurusan udara kenderaan / muatan dan antara muka pengguna grafik moden membuat SKELDAR mudah untuk beroperasi.
- Melancarkan dan pemulihan hanya memerlukanpenggunaan logistik yang minimum. Autonomi tinggi semasa berlepas, penerbangan dan pendaratan memerlukan keselamatan yang tinggi.-sumber
So, thats it pengembaraan Pak Jelan di bumi Langkawi sempena LIMA aritu. Pergi balik free sebab naik Charlie je. Tapi, yang tak tahan tu katanya, duk dalam Charlie tu dah rasa macam 'ikan kering' hahaha.
No comments:
Post a Comment