Assalamualaikum!~
Tetiba petang tadi Pak Jelan dapat panggilan standby dari Kl. Apalagi kalu bukan pasal isu LD. Dalam kerisauan aku kelam kabut packing baju nak balik KL. Urusan abah & spital belum pun selesai timbul plak kecemasan.
Hajat di hati nak stay kat kampung nak settlekan hal spital tu, tapi nampaknya terpaksala aku tangguhkan ke hari Jumaat. Malam pertama abah di umah semalam alhamdulillah. Mak kata abah tido tak berdengkur & abah pun tak sesak nafas waktu tido. Kalu dulu...kul 3/4 pagi abah batuk teruk takleh nak tarik nafas.
Sepanjang abah di spital dan di umah abah amalkan bacaan yaasin & surah al-Kahfi di samping berselawat ke atas Nabi...dan dgn izin Allah abah lebih berasa sihat & pernafasan pun makin lancar. Takda lagi tercungap-cungap.....alhamdulillah. Dan sebagai orang Islam pun kita WAJIB mengamalkan & beriman dengan ayat-ayat suci al-Quran, apatah lagi bila berubat. Tak perlu guna BOMOH @ PAWANG bagai....itu sumer POYOOOO! hehehe~
No comments:
Post a Comment