Breaking

Friday, March 08, 2013

Status Bebola Daging IKEA.

Assalamualaikum!~

IKEA ada jual bebola daging jugak ye? Naper aku selalu 'tertinggal kapal terbang'? Sebab aku naik 'kapal selam' yang tak timbul-timbul wahahaha! Selama ni aku ingat IKEA tu 'syurga' pelbagai barangan perabot yang cantik & trendy. Tengok katalog dia je sudah mampu membangkitkan 'nafsu' nak tukar perabot baru hehehe. Tapi, apakan daya kalu digodek-godek dompet pinky aku ni, banyak duit singgit je hahaha!

Berbalik kepada isu bebola daging IKEA, satu kenyataan telah dikeluarkan bahawa hasil keputusan DNA oleh sebuah makmal bebas tempatan mengesahkan bebola daging yang dijual di negara ini hanya mengandungi daging lembu.


"Bebola daging itu mempunyai sijil halal dan dikeluarkan di Malaysia.
"Keyakinan dan kepercayaan pelanggan amat penting untuk IKEA. Kami komited untuk menghidangkan dan menjual makanan yang selamat, sihat dan dihasilkan dengan menjaga kepentingan alam sekitar dan orang-orang yang menghasilkan," katanya. -mstar

Pengeluar Produk Ikea Meatball – MACFOOD SERVICES (M) SDN BHD
http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=directory&type=A&hits=OK

Sebelum ini, IKEA telah dikaitkan dengan skandal menggunakan daging kuda dalam produk bebola dagingnya. Korang boleh baca di SINI.  Dan bagi meraikannya, IKEA akan menjual bebola daging itu pada harga 20 sen sebiji esok (Jumaat). Korang boleh check lebih info di SINI. So, pada peminat IKEA khususnya yang suka makan bebola daging IKEA, korang boleh serbu IKEA arini weeeeee!~
Chicken Chop with Fries
Apple Cake







Selain bebola daging, restoran IKEA turut menjual Chicken Chop with Fries & Apple Cake.


Mencari yang HALAL itu FARDHU bagi setiap orang Islam.

2 comments:

  1. meat ball ikea mmg sdp, so x ragu2 dh pasni :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, pasni dah boleh p makan situ. hehe ruginya tak dapat pergi sana! hehehehhee

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.