Assalamualaikum!~
Allah tidak menarik ilmu yang ada pada setiap diri manusia, tetapi Allah akan menariknya dengan mematikan sebahagian ulama.
Tanggal 21hb Mac 2013 bersamaan dengan 9 Jamadilawal 1434, dunia telah dikejutkan dengan berita dukacita mengenai pemergian seorang tokoh ulama dari negeri yang dulu dikenali sebagai Syam (kini Syria), Syeikh Saeed Romadhon Al-Buthi Rahimahullah.
DAMSYIK: Serangan pengebom nekad di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria awal pagi tadi (waktu Malaysia) meragut 42 nyawa termasuk ulama terkenal Sunni negara itu, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti yang difahamkan cenderung kepada rejim pemerintah.
Serangan yang dilakukan pada sebelah petang itu menyaksikan pengebom nekad meletupkan dirinya sendiri ketika Mohamed al-Bouti sedang mengadakan ceramah agama untuk pelajarnya.
"Jumlah kematian susulan serangan pengganas ini meningkat kepada 42 di mana 84 mangsa lain mengalami kecederaan.
Kematian Mohamed al-Buti disifatkan satu tamparan hebat kepada Presiden Bashar al-Assad, di mana beliau sedang berusaha menamatkan ancaman pemberontak di negara itu.
Ucapan Terakhir Syeikh Saeed Romadhon Al-Buthi
Biografi Ringkas Dr Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti
Biografi Ringkas Dr Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti
Dr. Said Ramadhan Al-Buti dilahirkan pada 1929 di perkampungan JIlka, Turki. Apabila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau graduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam. Kini, beliau adalah pensyarah di Universiti Damascus dan bergiat aktif di dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa.
Sehingga kini, beliau telah menulis tidak kurang dari 40 buku dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat di Amman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia.-sumber
Antara kisah...
- Dua minggu lalu, salah seorang murid Dr. Said Ramadhan Al-Buti, Al-Habab Ali Al-Jufri berkata ”Saya telah menelefonnya, beliau memberitahu: Tidak tinggal lagi umur bagiku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku.”
- Beberapa sebelumnya, Dr. Said Ramadhan Al-Buti pernah membayangkan “Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad.” (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)
- Dalam sebuah rancangan TV, beliau pernah ditanya oleh pengacara, mengapakah beliau agak tegas melarangorang mengucup tangannya. Lalu beliau menjawab dengan nada yang penuh sayu,
"Demi Allah.. Yang Tiada Tuhan SelainNya.. Aku berasa malu dengan Allah apabila orang mencium tanganku.Kerana aku kenal diriku! Tuhanku bersifat Sittir.. Yang menutup (keburukan).. Aku tahu apa yg aku lalai..berapa kali aku telah lalai di sisi Tuhanku! Tapi Tuhanku tidak mahu (keadaan) orang terhadapku melainkansesuatu yg positif. Dia menutup perkara yg lain. Dia sembunyikannya antaraku dan antaraNya. Baiklah, jikaseorang manusia datang... melihat perihal zahirku dan tidak pernah ternyata perihal batinku, dia tidak tahu..tapi Allah tidak tahu?! .... Dan Allah 'azza wajalla melihat, (berkata) "Bukankah kamu buat begini, kamu buatbegitu?! ...." Inilah yg menyebabkan aku menghalang orang dari mengucup tanganku.."
sumber
Sabda Nabi S.A.W, "man lam yahzan bimautil a'lim fahuwa munafiq"
(Sesiapa yang tidak bersedih dengan kematian alim ulama' maka dia adalah munafik)
(Sesiapa yang tidak bersedih dengan kematian alim ulama' maka dia adalah munafik)
No comments:
Post a Comment