Assalamualaikum!~
Kenit biasa dengar orang diupah untuk menangis & meratap di majlis pengebumian orang mati. Terutama di kampung-kampung memang ada situasi begini. Pak Jelan pun biasa tengok situasi begini di kampung masa dia kecik dulu. Pernah dia bagitau, kalau ada kematian, ahli keluarga akan mengupah orang lain untuk berlakon 'menangis' dan 'meratap' di atas pemergian si mati.
gambar hiasan |
Sebelum upacara pengebumian, pelakon yang diupah ini diberi taklimat ringkas mengenai kehidupan si mati agar mereka dapat berbicara mengenainya dihadapan tetamu yang datang. Macam ni pun boleh ka???
Pekerjaan itu sangat popular hinggakan sebuah firma di Essex kini mempunyai 20 kakitangan yang boleh melakukan tugas itu.
“Kakitangan kami akan bertemu dengan pelanggan terlebih dulu untuk membolehkan kakitangan kami mengenali si mati secara profesional atau secara sosial. Mereka akan dimaklumkan mengenai latar belakang, pencapaian, kegagalan dan lain-lain mengenai si mati agar mereka dapat berbicara dengan hadirin lain yang datang dengan yakin. Syarikat itu mengiklankan di laman webnya: “Kami terdorong untuk membantu meramaikan upacara pengebumian yang mungkin kurang dihadiri. Ia mungkin perkhidmatan yang baru di kawasan atau di negara ini.”-agensi
# Satu yang aku terfikir... kalau salah seorang ahli keluarga mati, takkan sorang pun dalam keluarga tersebut tidak langsung merasa sedih atau menitiskan air mata?? Perlukah diupah sebegini hanya menampakkan upacara itu 'hidup'?hurm....
P/S: Ader tak saper-saper bercita-cita nak jadi ahli moirologi? hehe
kat Malaysia pn ada, especially Chinese :)
ReplyDeleteBaru saya tau yg omputih pun ada mcm ni.. klu upahnya berbaloi, nk juga saya jadi ahli mirologi tu.. hehee *gurau je* :D
ReplyDelete