Petua
Monday, April 29, 2013
Monday, April 29, 2013
Sunday, April 28, 2013
PRU13
Sunday, April 28, 2013
Kenapa Kena UBAH?
Assalamualaikum!~
Di waktu hujan lebat sebegini, hawa dingin yang menusuk ke tulang tidak dapat memadamkan bara kekecewaan terhadap sekelompok pemikir yang hanya bersandarkan kejahilan.
Rasa sesal menggunung dalam hati, pabila mereka yang terpimpin nyata 'bengkok' hati untuk menyelam keindahan agama Ilahi pelindung umat sekelian alam.
sumber: fb |
Parenting & Tips
Sunday, April 28, 2013
Paksa Anak Pakai Tudung?
Assalamualaikum!~
Acapkali Kenit terbaca komen2 di facebook mengatakan anak-anak perempuan kecil (sebelum baligh) tak perlu dipaksa pakai tudung kerana mereka masih kecil. Dan, Islam tidak mewajibkan anak-anak ini menutup aurat (sebelum baligh).
Memang dalam masyarakat kita, pemakaian tudung dari kecil amat digalakkan sebagai latihan apabila mereka besar nanti. Dan, Kenit juga tidak terkecuali dalam hal ini.
Wani masa umur 8 bulan di KL. |
Nuffnangers
Sunday, April 28, 2013
Rajuk si Nuffie : Glitterati to Non-Glitterati.
Assalamualaikum!~
Kenit dah agak...dah agak. Bila dapat tahu Nuffie di'madu'kan dengan KOMLI terus dia merajuk hehehe. Dah, ko punye rajuk je ko kire, Kenit punye rajuk ko tak kire yek! Sejak Kenit letak KOMLI kat Nukilan Kenit, status yang dahulunya berwarna keemasan kini telah bertukar ke warna hijau.
Saturday, April 27, 2013
Wanita
Saturday, April 27, 2013
UPDATE : Cerita Kak Wan - Citra Pesona Seorang Wanita.
Assalamualaikum!~
Kenit baru dapat makluman terbaru mengatakan buku Cerita Kak Wan karya Ustaz Zahiruddin Zabidi boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di PWTC yang sedang berlangsung sekarang sehingga 5 Mei 2013.
Bagi anda yang masih mencari dan berminat untuk mendapatkan naskhah terbaru dari Ustaz Zahiruddin Zabidin, Cerita Kak Wan - Citra Pesona Seorang Wanita bolehlah berkunjung ke booth Alam Raya Enterprise Sdn. Bhd, tingkat 2, depan Al-Hidayah Publisher Sdn. Bhd. & di booth Gerak Budaya Sdn. Bhd, belakang ITBM di tingkat 2 juga.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan senaskhah karya istimewa dari Ustaz Zahiruddin.
Selamat membaca (^_^)
Friday, April 26, 2013
Teknologi
Friday, April 26, 2013
Lif-lif Ini Paling Pelik Di Dunia!
Assalamualaikum!~
Kalau time lif rosak, memang 'bernanah' jiwa ni hehe. Nak 'mendaki' tangga sampai ke tingkat lapan cukup menyeksakan apatah lagi kalu tengah membawa barang! Tu kalau duduk tingkat 8, kalau duduk tingkat 17???
Lif rosak takpa lagi...tapi kalau KITA yang terperangkap dalam lif rosak tu acaner tu?
Tekan butang 8, lif naik smooth je, tetiba lif berhenti....pintu tak buka....tekan2 butang buka pintu tak buka2, lampu terpadam....jantung dap dup dap dup...oksigen tak cukup! What to do??? Aiyaaaa scary hoh?? Kenit dah kena..Kenit tau la hehe.
Informasi Dan Tips
Friday, April 26, 2013
Selamat Ke Tak Kita Ni?
Wanita
Friday, April 26, 2013
'I Felt Like A Piece of Meat'
Assalamualaikum!~
Kalau anda adalah peminat barangan Victoria Secret (VS), mungkin anda cukup kenal dengan semua model2nya kan. Adriana Lima, Miranda Kerr dan Alessandra Ambrosio bukan nama asing dalam dunia model VS.
Namun, Kenit bukan nak cakap pasal barangan mewah pakaian dalam VS atau pertunjukan fesyen oleh model2 seksinya. Tapi, Kenit tertarik dengan kata-kata dari seorang bekas modelnya, Kylie Bisutti.
Thursday, April 25, 2013
Cerita My Pearls
Thursday, April 25, 2013
She's Pelat In A Cute Way!
Cerita My Pearls
Thursday, April 25, 2013
Trip to Pusat Sains Negara.
Wednesday, April 24, 2013
KOMLI
Wednesday, April 24, 2013
KOMLI Pulak.....
PRU13
Wednesday, April 24, 2013
Apa Beza Undi Pos & Undi Awal?
Assalamualaikum!~
foto ihsan : milosuam |
Baru2 ni kecoh satu facebook tentang isu polis disuruh mengundi lebih awal dari tarikh yang ditetapkan oleh SPR. Dan, dari situ timbullah kekeliruan dalam proses pengundian pos dan pengundian awal. Kenit pun baru tahu hal ini. Rupanya, ada dua versi undi yang dibuat sebelum mengundi pada hari sebenar mengundi.
Tarik nafas dalam-dalam....hembusssssss. Jom kita belajar!~
UAI
Wednesday, April 24, 2013
Ustaz Azhar Idrus (UAI) Di Desa Pandan.
Assalamualaikum!~
Sesungguhnya perancangan Allah Maha Hebat! Sungguh tak sangka tatkala bila kita mendambakan sesuatu (yang baik) maka Allah segera memakbulkannya. Syukur alhamdulillah.....
Patutla kelmarin terasa ringan je tulang ni menyiapkan keje umah, gosok baju, kemas dapur dan kemas umah. Rupanya Allah nak bagi 'hadiah' bertemu dengan UAI. Dekat ngan umah plak tu! Memang Kenit takkan lupakan....
Tuesday, April 23, 2013
Kenit Review
Tuesday, April 23, 2013
Cendolicious!
Assalamualaikum!~
Citer makan lagi....haha. Kelmarin Kenit share pasal makan Nasi Lemak Mat Ganja yang sedap kat Kampung Melayu Subang. Kali ni kita pekena cendolssssssss...uiii sapa tak suka cendoi habaq mai kat chek!hehehe.
Gerai cendol yang Kenit singgah ni masih kat Subang jugak (Subang memang byk pilihan makanan yg sedap2). Tapi kali ni, Kenit singgah di Subang Perdana. Senang bangat nak cari lokasi gerai cendoi ni, dari jalan besar (lepas Subang Skypark) masuk susur kiri ke Sg.Buloh (jln lama). Sebelah kiri dan kanan ada kedai potong kereta, masuk kanan. Gerai cendoi ni ada duk bawah pokok tepi jalan.
Monday, April 22, 2013
Informasi Dan Tips
Monday, April 22, 2013
Senarai Simbol Yang Digunakan Calon Bebas PRU13.
Assalamualaikum!~
Umum dah tahu bendera dan lambang yang digunakan oleh calon dari parti-parti besar (PAS,BN, PKR, DAP, PSM dsbnya) untuk PRU13. Tapi, kita kena tahu jugak lambang yang digunakan oleh calon2 yang bertanding atas tiket bebas. Dimaklumkan seramai lebih 2000 calon bebas akan bertanding untuk PRU13 kali ini.
Kenit Review
Monday, April 22, 2013
Nasi Lemak Mat Ganja.
Assalamualaikum!~
Tak tahu nak pegi mana di pagi hujung minggu lepas. Pagi2 lagi kami dah terjah satu kedai makan kat Subang. Kedai ni memang ramai pengunjung terutama di hujung minggu. Restoran Selera Permai terletak di Kampung Melayu Subang. Tempat dia agak terpencil skit. Dan restoran ini rapat2 ngan kedai lain. Kalau tak cam betul2 memang tak jumpa ar.
Sunday, April 21, 2013
Burger Bakar Abg Burn
Sunday, April 21, 2013
Meatball Abg Burn Yang Tak.......
Video
Sunday, April 21, 2013
Street Compliments.
Assalamualaikum!~
Ever heard your family member gives you a compliment? Any compliment..like how they meant so much to you. That you are grateful to have such a nice friends/sister/brother like them. Of course you have..But, have you tried it in PUBLIC? Yeah, we need to watch this video instead of watching videos like 'that'.
Friday, April 19, 2013
Cerita My Pearls
Friday, April 19, 2013
Bila Berkaki Panjang....
Assalamualaikum!~
Memiliki sepasang kaki panjang memang diidamkan setiap wanita yang nak kelihatan seksi dan tinggi lampai. Kebanyakan wanita di China sanggup 'tanam' besi extra dalam tulang kaki mereka untuk menambah ketinggian sekaligus mahu dilihat sebagai cantik dan seksi kerana memiliki sepasang kaki yang panjang!
Pendaftaran Tahun 1 2014
Friday, April 19, 2013
Pendaftaran Tahun 1 2014 - Salah Sekolah La Pulak!
Assalamualaikum!~
Aaaaaa jauhnyeeee sekolah kakak! Nuuuu kat oldtown PJ nu! Memang salah ibu ayah la camni, tak cam betul2 alamat sekolah masa daftar online aritu.
Mujur gi daftar naik motor je, dah la traffic light 4 penjuru. Ni kalu time balik sekolah ni mau sessaakkkk nafas dibuatnya. Kenit cakap ngan Pak Jelan takleh jadi ni..kena tukar sekolah gaya camni. Pengsan la Kenit nak lalu sini pagi-pagi setiap hari.
Dengan berat hatinya, kami melangkah masuk ke perkarangan sekolah. Takpe takpe...kita gi daftar je dulu. 2 bulan pastu kita tukaq balik hehe.
Moral of the story : Google dulu location map, baru pilih!Haiyaaaaa....
Cerita My Pearls
Friday, April 19, 2013
Dunia Magika - Part 2
Video
Friday, April 19, 2013
Bayi Anda Boleh Berenang.
Assalamualaikum!~
Alololo cute je tengok baby di atas terapung2 di atas air kan? Cam relax je dia kan. Mak duduk kat tepi kolam dok perhati ja baby dia berenang keriangan dalam ayaq. Sikit pun takda rasa panik.
Cer bayangkan kalu baby kita plak yang terapung2 dalam kolam tu? haaaaaa konpom haru mak pak jerit mintak tolong, tak pun jadi bidan terjun dalam kolam pi selamatkan anak hehehe.
gambar hiasan - tapi cute kan? |
Thursday, April 18, 2013
Cerita My Pearls
Thursday, April 18, 2013
Dunia Magika - Part 1
Assalamualaikum!~
Terujanya anak dara sulungku menceritakan pengalaman pertamanya mengikuti rombongan sekolah ke Pusat Sains Negara semalam. Inilah kali pertama dia ikut rombongan sekolah buat lawatan. Dulu masa umur 5 tahun, sekolah tadika lama tu tak buat lawatan, tu yang dia ter'jakun' sesangat tu hehe...kesian anak ibu.
Punyelah excitednya dia cerita apa yang dia jumpa dan tengok kat sana.
Wanita
Thursday, April 18, 2013
Cerita Kak Wan - Citra Pesona Seorang Wanita Kini Dijual!
Assalamualaikum!~
Ingat lagi tak Kenit pernah tulis pasai penulisan buku Birografi Kak Wan (Datin Seri Wan Azizah) minggu lepas? Pada yang belum berkesempatan baca, bolehlah terjah SINI. Masa tu buku ini belum lagi available di mana-mana kedai atau secara online.
Cerita Kak Wan ditulis oleh Ustaz Zahiruddin Zabidin |
Nuffnangers
Thursday, April 18, 2013
Keyword Paling Popular Di Nukilan Kenit.
Informasi Dan Tips
Thursday, April 18, 2013
10 Corak Bendera Untuk Bendera Politik Malaysia.
Assalamualaikum!~
Sekarang ni kat mana2 pun 'perang' bendera dah semakin sengit Kenit tengok. Atas tembok, pagar, tebing, tiang letrik, bumbung flat, tangki air dan ampaian baju pun jadi 'mangsa' politik mereka! hahaha. Takpa takpa...semangat masing-masing ye dop?
Mungkinkah 10 corak bendera ini boleh juga digunakan untuk memeriahkan 'perang' bendera antara mereka? hehehe. Jom kita terjah!~
Wednesday, April 17, 2013
Jom Tambah Ilmu
Wednesday, April 17, 2013
Mengapa Kita Mengigau?
Assalamualaikum!~
Bila kali terakhir anda mengigau? hehe. Kenit jarang mengigau tapi mak cakap masa Kenit kecik2 dulu Kenit kerap gak mengigau. Tu pasal la tiap kali nak tido mak cakap, "Nim, nak tido gi basuh kaki tu dulu...kang mengigau kang". Dengan penuh kemalasan dek kemengantukan Kenit pun 'merangkak' la gi basuh kaki hehe. Tapi, kadang2.....alaaaaaaa ngantukkkkkk! gedebush krohhhh krohhhhh muahaha~
gambar hiasan |
So, mengigau ni banyak caranya kan. Ada yang bangun berjalan, mulut terkumat kamit, meracau-racau macam dikejar anjing, yang gelak ketawa dalam tido pun ada! Anak2 Kenit tidak terlepas dari fenomena mengigau ni haha. Walaupun dah basuh kaki, tangan dan muka, still diaorg mengigau. Bila dah diajar baca doa sebelum tido alhamdulillah kurangla sikit mengigaunya. Tapi, kadang2 kalau siangnya diaorg bantai main kaw-kaw punyer, malam mengigau pun kaw-kaw la hehehe.
Apa itu mengigau?
- Mengigau dikategorikan sebagai parasomnia yang bermaksud tingkah laku abnormal atau luar biasa, semasa tidur. Keadaan itu amat biasa berlaku dan tidak dianggap sebagai masalah perubatan. Punca orang mengigau biasanya dikaitkan dengan ubat-ubatan tertentu, emosi, tekanan, demam, gangguan kesihatan mental, dan penyalahgunaan zat.
Mengapa kita mengigau?
- mengigau adalah sebahagian daripada mimpi. Secara teori, mimpi adalah sesuatu yang dipendam dalam minda di bawah sedar. Kadang-kadang, apa yang dibicarakan sebelum tidur juga masuk ke dalam minda bawah sedar. Dalam keadaan bermimpi itulah, seseorang boleh tiba-tiba bercakap atau menggumam.
- tekanan dan trauma juga boleh menyebabkan kita mengigau. Terutama trauma yang berkait langsung dengan diri kita (macam baru kene samun dsbgnya). Secara tak langsung trauma yang kita alami itu akan dipindahkan ketika dalam tidur dan kita mengigau. Selain itu, demam yang tinggi, kurang tidur dan pengambilan kafein dan alkohol turut menyumbang kepada mengigau.
- mengigau tidak berbahaya kerana ia hanyalah mainan tidur. Setakat ini, belum ada cara untuk menghentikan kebiasaan itu. Tapi, bagi yang sudah biasa mengigau, mungkin ini akan memudaratkan anda sooner or later. Cuba bayangkan kalau anda mengigau berjalan di luar rumah waktu malam dengan kenderaan lalu lalang...sudah tentu ia akan mengundang bahaya kan.
Adakah mengigau akan memberi kesan buruk kepada kita?
- Ya, sekiranya ia tidak dicegah dan dirawat. Mengigau bukanlah suatu penyakit tetapi ia lebih kepada pola tidur yang tidak betul. Maka, sebelum tidur kita disarankan bertenang. Bagi yang mengalami igauan yang serius, mungkin anda ingin berjumpa doktor psikologi dan mendapatkan ubat.
- Mengigau bukan hanya terkesan kepada yang mengalaminya. Orang (suami/isteri) di sebelah juga akan mendapat kesannya. Mungkin ada yang tidak kisah dan lali namun, tak kurang juga yang merungut kerana tak lena tidur hehehe.
Bagaimana Untuk Elakkan Dari Mengigau?
Sesungguhnya Islam itu syumul dan penuh dengan adab disetiap perbuatannya, sampaikan nak tidur pun punya adab tersendiri yang boleh kita gunakan sebagai panduan. Apatah lagi ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.
- tidur awal dan mengambil wuduk
- bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud
- membaca doa sebelum tidur
- membaca ‘tiga qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas sebanyak tiga kali, kemudian dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan digosok ke seluruh badan sekadar yang mampu tercapai tangan
- tidur atas lambung sebelah kanan dan
- mengelak daripada tidur selepas Subuh dan Asar.
Jadi, pada sesiapa yang mengalami fenomena mengigau ni mungkin anda perlu mencari jalan untuk merawatnya. Bolehlah amalkan sunnah Rasulullah s.a.w seperti di atas, dan jangan lupa doa banyak2 kat Allah minta dijauhkan dari tabiat yang tak baik. Wallahualam~
P/S: Semoga malam ni jangan ada yang mengigau!
UAI
Wednesday, April 17, 2013
Ustaz Azhar Idrus Muncul Di Set Filem Terbaru Pierre Andre.
Assalamualaikum!~
MasyaAllah! bestnyaaaa......! Andai benar bagai dikata maka tentu penampilan sulung Ustaz Azhar Idrus ini akan menjadi penantian penuh pengharapan buat semua peminat2 UAI di luar sana. Bukan populariti yang dikejar kerana UAI memang sudah dikenali ramai sebelum ini. Kenit juga pernah menghadiri ceramah agama beliau bersama keluarga di SINI.
Ekstrim
Wednesday, April 17, 2013
'Mr. Cake' Beri Kek Letak Jawatan.
Assalamualaikum!~
Errkkk...cam konpius je bunyinye kan? Pekerja tipikal macam kita kalau nak letak jawatan biasanya tulis atas kertas kan? But, 'Mr. Cake' atau nama sebenarnya Chris Holmes mempunyai cara unik tersendiri untuk menyatakan hasratnya dengan membuat 'Kek Letak Jawatan' (Resignation Cake instead of Resignation Letter hehe) yang kreatif!
Lelaki
Wednesday, April 17, 2013
Hakim Denda Diri Sendiri!
Assalamualaikum!~
Very R.A.R.E kan? You'll never see this anywhere except here in Michigan, US. Seorang hakim menyaman dirinya sendiri...how's that? Yup, memang itulah kebenarannya. Biasanya, kita dengar Hakim yang suka dok saman orang kan. But, for a R.A.R.E good quality he has, this man deserves thousands of thumbs up! hehehe.
Judge Raymond Voet |
Tuesday, April 16, 2013
Jom Tambah Ilmu
Tuesday, April 16, 2013
What Is In Your Deodorant?
Assalamualaikum!~
Adakah kita sayangkan ketiak kita? Yes, opkos we do hehe. Kita basuh, kita cukur, kita semburkan pewangi and then......? Ketiak kita berpeluh and hey.....no sweat!
Namun begitu, amalan yang telah kita amalkan sejak teenagers lagi ni mungkin memerlukan pandangan dari sudut yang lain. Anda mungkin pernah membaca artikel mengenai bahaya yang mungkin ada dalam penyembur anti-deodoran atau penyembur anti-peluh, Adakah ia benar-benar membahayakan seperti yang didakwa? Wonder no more....
Let's read what the research says about what's actually in your anti-perspirants and deodorants.
Aluminum: Bahan logam ini (yang aktif dalam antiperspirants) menyekat kelenjar peluh dari mengeluarkan peluh dan sampai ke permukaan kulit. Beberapa kajian menemui kaitan antara aluminium dengan risiko kanser payudara dan Alzheimer's. Bolehkah penggunaan bahan berasaskan aluminium di bawah ketiak boleh menyebabkan kanser payudara oleh kerana kedudukannya yang berhampiran dengan payudara? Bolehkah bahan aluminium menyebabkan dementia (hilang ingatan) apabila ia memasuki otak? Jawapannya masih belum dapat dipastikan, di mana Institut Kanser Nasional (agensi luar negara) menyatakan aluminium tidak menyebabkan kanser payudara, tetapi mengakui bahawa kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan keputusan sebaliknya.
Phthalates: Kumpulan bahan kimia industri ini banyak ditemui dalam deodoran dan penyempur anti-peluh, mengaitkannya dengan pelbagai masalah kesihatan. Tahun lepas, contohnya suatu kajian dari sebuah hospital menunjukkan kaitan antara phthalates dalam produk penjagaan diri dan peningkatan risiko kencing manis di kalangan wanita. Data yang dikeluarkan oleh kerajaan menunjukkan bahawa wanita banyak terdedah kepada phthalates pada tahap melebihi piawaian keselamatan, dan bahan kimia ini boleh ditemui dalam pembalut plastik hingga ke racun serangga hingga ke syampu!
Triclosan: Digunakan secara meluas dalam produk penjagaan diri sebagai pengawet dan antibakteria, triclosan dan potensi risikonya telah menjadi bahan debat dalam komuniti kesihatan awam sejak bertahun lamanya. Johnson & Johnson sedang mengusahakan untuk mengeluarkan bahan triclosan dari produknya menjelang tahun 2015. Kenapa? Kajian menunjukkan bahawa ia boleh memudaratkan fungsi otot dan mengubah perjalanan hormon anda.
Propylene glycol: Merupakan suatu cecair sintetik, propylene glycol digunakan dalam produk kosmetik kerana kempampuannya untuk menyerap lebih air dan mengekalkan kelembapan. Ia juga digunakan untuk menghasilkan asap tiruan dari mesin kabus (fog machines) . Ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa, kekeringan, kemerahan dan kegatalan pada kulit. Masih banyak misteri yang membelenggu bahan kimia ini. Jika, deodoran anda memberikan kesan merah dan kegatalan yang tidak selesa, cubalah bertukar kepada deodoran yang tidak mengandungi bahan propylene glycol. Jika ada perubahan, maka anda mungkin sensitif terhadap bahan tersebut.
Video
Tuesday, April 16, 2013
'I'm Not A Spiderman...I'm A Spiderboy!'
Monday, April 15, 2013
Teknologi
Monday, April 15, 2013
Telefon Pintar Termahal Di Dunia - The Black Diamond.
Assalamualaikum!~
Sanggupkah anda berbelanja lebih untuk memiliki telefon pintar termahal di dunia ini? Untuk memiliki this piece of Black Diamond (nama iPhone ni), bukan saja anda perlu mempunyai minat dan obsesi yang tinggi, anda juga perlu ada sumber kewangan mantop dan teguh! hehehe.
The Black Diamond iPhone |
PRU13
Monday, April 15, 2013
Undi Pos.
Assalamualaikum!~
Sekarang ni kat tv dah kuar banyak iklan berbentuk nyanyian yang mengajak orang ramai untuk kuar mengundi 5 Mei nanti. Di mana-mana saja Kenit tengok 'kemeriahan' pacakan bendera parti-parti tertentu mengalahkan lampu tanglung ketupat yang biasa digantung bila menjelang hari raya hehe.
Wanita
Monday, April 15, 2013
Biografi Kak Wan (Datin Seri Wan Azizah)
Assalamualaikum!~
Kehangatan PRU13 kali ini bakal terserlah lagi dengan kemunculan buku biografi Kak Wan, Cerita Kak Wan - Citra Pesona Seorang Wanita bakal menemui anda di seluruh negara tidak lama lagi. Ini telah disahkan oleh penulisnya sendiri, Ustaz Zahiruddin Zabidi di halaman Facebooknya.
sumber: fb |
Teknologi
Monday, April 15, 2013
10 Laptop Paling Laris Di Dunia.
Assalamualaikum!~
Tak dinafikan laptop menjadi gajet pilihan untuk semua peringkat umur masa kini. Bentuknya yang menarik, portable dan dilengkapi dengan bateri yang mampu bertahan lama menjadikan ia gajet wajib dimiliki setiap orang yang ingin merasai kecanggihan teknologi perkomputeran.
Dari komputer di atas meja sehingga menjadi komputer riba (laptop), gajet pilihan ini telah melalui proses revolusinya yang tersendiri dan semakin berkembang setiap saat bagi memenuhi kehendak dan citarasa pengguna. Jom kiter terjah laptop mana paling laris! Mungkin laptop anda salah satu darinya...! Kita countdown yek!
Sunday, April 14, 2013
Makanan
Sunday, April 14, 2013
6 Jenis Bahan Makanan Yang Anda Tidak Sedar Ada Dalam Makanan Anda.
Assalamualaikum!~
Tahukah anda makanan yang anda makan sekarang mungkin mengandungi kandungan bahan yang terlarang tanpa anda sedari? Tekstur, bau dan rasanya yang sedap tidak langsung menimbulkan persoalan apa yang membuatkannya sedap dan tahan lama? Namun, realitinya bahan-bahan asing ini banyak terdapat dalam makanan kita seharian terutama makanan mentah yang diimport dari luar negara. Eeewwwww!
Ammonia
Anda mungkin pernah dengar "pink slime", bahan yang meragukan, dicampurkan bersama daging dan ammonia yang telah menjadi kebanggaan di setiap restoran dan pasaraya. Menu burger pasti menjadi pujaan ramai selama berdekad lamanya. Maklum balas mengenai penggunaan "slime" (lendir) - juga dikenali lemak daging lembu atau LFTB) awal tahun ini menyaksikan pemberhentian penghasilan produk daging oleh Beef Products Inc., salah satu pengeluar terbesar produk di US.
Kelenjar Memerang (Beaver Glands)
Anda akan menemui castoreum, kelenjar kering perineal daripada memerang, digunakan sebagai perasa strawberry, raspberry atau vanilla dalam sesetengah gula-gula, gula-gula getah, gelatin dan puding.
Rambut manusia, bulu babi atau bulu itik
Apabila anda menemui perkataan L-Cysteine pada label kandungan roti atau bagels, ketahuilah ia adalah asid amino yang diperolehi dari rambut atau bulu.
Semburan Virus (Sprayed-on Viruses)
Untuk memerangi ancaman Listeria, Food and Drug Administration (FDA) membenarkan pengeluar makanan menyembur produk daging mereka dengan Bacteriophages, yang mana ia turut digunakan di hospital-hospital untuk membunuh kuman.
Anggota Serangga (Insect Parts)
Kumbang betina Lac memberikan bahan shellac - juga dipanggil sebagai "confectioner's glaze" - digunakan dalam pembuatan gula-gula dan buah-buahan (dan perabot ) berkilat. Carmine, biasa digunakan sebagai pewarna makanan (merah) untuk jus buah-buahan dan gula-gula, adalah diambil dari kulit kumbang padang pasir.
Pulpa Kayu (Wood Pulp)
Kepingan kecil serat tumbuh-tumbuhan dan kayu yang dipanggil tepung selulosa digunakan dalam pembuatan ice-cream lemak rendah yang penuh berkrim. Ia juga digunakan untuk mencegah pembungkusan materi pada keju yang dikisar.
Kesimpulannya, pastikan kita tahu barang yang hendak kita gunakan itu tidak mempunyai mana2 bahan-bahan seperti di atas. Pengguna perlu bijak memastikan bahawa tiada kandungan yang membahayakan atau menjijikkan pada produk tersebut sebelum diguna. Sila periksa label kandungan dalam produk terutama produk yang datang dari luar negara.
Friday, April 12, 2013
Islam Point Of View
Friday, April 12, 2013
Kufur Yang Membinasakan!
Assalamualaikum!~
Menggeleng kepala Kenit membaca sebuah artikel dari paper berbahasa Melayu tentang ramalan fengshui yang mengatakan kemenangan buat BN. Apa dah jadi ni?? Kenit mengandaikan penulis ini mungkin seorang Melayu yang beragama Islam.
Bagi segelintir pembaca, mungkin penulisan sebegini dipandang biasa atau remeh. Tiada apa yang perlu dipertikaikan atau diragukan. Tidak banyak pula yang mempersoalkannya. Namun, bagi Kenit secara peribadi artikel sebegini boleh 'membinasakan'....
Selangor
Friday, April 12, 2013
Pengumuman: Gangguan Bekalan Air Di Wilayah Gombak & Kuala Lumpur.
Assalamualaikum!~
Rumah Kenit turut terjejas dengan gangguan air ni. Start dari malam tadi dah takda air. Namun, notis gangguan air ni ramai yang tahu lagi kan? Bagi yang takda tangki air simpanan atau tempayan, bolehla sediakan lebih dari satu mulai sekarang sebab dijangkakan gangguan bekalan air ini akan berlarutan sehingga 4 atau 5 hari bermula hari ini.
Gangguan ini berlaku berikutan kejadian paip (jenis mild steel) dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves. Jom kita tengok kawasan mana yang terjejas.
Cerita My Pearls
Friday, April 12, 2013
My Pearls & Perfume.
Assalamualaikum!~
Don't know what to think, don't know how to describe but i guess the title says it all lol. Lately, Kenit tengok memang dua budak kicik ni suke melaram. Dulu mintak gincu, now dia mintak perfume. Eh, ada pulak sponsor yang generous pi bagi perfume kat diaorg pulakkkkkk (Pak Jelannnnnn.....). Dan, sekarang setiap pagi pas mandi pakai baju sekolah, mesti celet perfume kat baju...owhhhhh overrrrrrrrr!
Kenit pun tak macam ni masa kecik2 dulu (cerita benar tau). Jangankan kata perfume, gincu pun Kenit tak berani mintak ngan mak dulu. Maklumla, budak tengah lasak, pakai tshirt ngan suar pendek, pi panjat bukit pastu meluncur turun naik kotak! Apekejadahnya pulak Kenit nak pakai gincu kan? hehe. So gincu.....eeewwwwww!
Thursday, April 11, 2013
Video
Thursday, April 11, 2013
'Don't Run Daddy' (VIDEO)
Assalamualaikum!~
'Don't run daddy!'
Amazing..amazing little girl! Hope you enjoy watching this father-daughter moment! (^_^)
Petua
Thursday, April 11, 2013
Jerawat Tegar & Bawang Putih.
Assalamualaikum!~
Hari ni Kenit nak share satu petua tradisional yang berkesan untuk merawat jerawat. Bagi mereka yang suka gunakan bahan asli dari alam semulajadi, this might be the best traditional way you can follow hehe.
So, most of the time kalu nak beli pencuci muka > pegi kat face products > cari face-cleaner section > grab one > and blah! haha. Don't even bother to take some time (like 5 minutes ke) to read at the back of the product...haiihhh! Balik umah bila time nak guna..baru la perasan.. 'For dry skin'! Aiyakkkkkkk! Ahhhh lantakla! hahaha.
Lama jugak la Kenit membiarkan kulit muka ini tidak berjaga sehingga berjaya menghasilkan minyak serba-tak-guna hehehe. Disebabkan Kenit tak pakai sebarang make-up lagi obviousla keminyakan di muka Kenit hehe. Kalau berminyak, Kenit basuh je...kalu berminyak jugak....lantaklah!
Islam Point Of View
Thursday, April 11, 2013
Dialogue Between Professor and Student about GOD.
Wednesday, April 10, 2013
Video
Wednesday, April 10, 2013
What You Give You Get Back (VIDEO)
Assalamualaikum!~
Everything you do in life, there are consequences for that. Whether it affects you or other people it depends on how you do good or bad. Judging someone before he/she gets the chance to explain or say sorry is something we do everyday in life (like habit or routine). What would you do/think if this (situation in the video) is you?
Pendaftaran Tahun 1 2014
Wednesday, April 10, 2013
Pendaftaran Tahun 1 2014 - Daftar Darjah 1 Online.
Assalamualaikum!~
Haihhh dah besar dah anak dara sulung aku ni. Pejam celik pejam celik nak darjah satu dah tahun depan. Disebabkan Kenit keje di negeri Selangor terchenta ini, maka anak2 pun kena ikut la sekolah di sini jugak.
Jenuh la Kenit kalau budak2 ni sekolah kat KL, dah la public holiday tak sama kang susah Kenit nak ulang alik amik diaorg. Kalau sekolah kat Selangor ni at least dekat sikit ngan Kenit. Senang Kenit nak pi sekolah kalau ada urusan dan amik diaorg.
Orang kata, kalau duk KL susah nak dapat sekolah kat Selangor ni. Priority akan diberi pada parents yang tinggal di Selangor je. Ye ke? Aiseh...ni yang kacau ni.
Takpe...Kenit cuba isi dulu permohonan. Apa yang penting....kitaaaa cuba!
Dah siap isi! Sekarang kena print surat ni dan pegi ke sekolah tu untuk dapatkan cop sekolah tu. Pastu tunggu la keputusan dari PPD Selangor samada lulus atau tak. Hurmmm harap2 lulus la....
Kalau korang nak daftar sekolah anak nanti bolehla isi permohonan secara online dulu kat address bawah ni...
Nuffnangers
Wednesday, April 10, 2013
Jom Daftar Nuffnang!~
Assalamualaikum!~
Sejak dua menjak ni Nuffie semakin pemurah dengan limpahan iklan di Nukilan Kenit. Terima kasih atas support korang yang sentiasa menerjah di blog Kenit ni hehe. Semoga bahan bacaan yang Kenit paparkan memberi (walau tidak banyak, sedikit sudah memadai) panduan buat korang di sana.
Kenit mengaku Kenit bukan 'cikgu' yang pakar dalam bab tutorial letak iklan ni hahaha. Sumer yang Kenit dapat ni pun hasil tunjuk ajar blogger-blogger otai kita! hehehe. Kenit ikut step-by-step, kalu tak jadi jugak, macam yang blogger-blogger otai kita cakap, 'try and error' je lah hehehe.
So, atas permintaan seorang sahabat blogger kita....
Tuesday, April 09, 2013
Flora & Fauna
Tuesday, April 09, 2013
Lendir Hagfish Pengganti Lycra?
Assalamualaikum!~
Cuba tengok pakaian kita, fabrik apa yang digunakan pada baju yang kita pakai? kapas? polimer? linen?sutera? Kesemua jenis fabrik tradisional ini telah lama digunakan dalam industri fesyen seluruh dunia, tul tak? Samada material itu dari bahan semulajadi atau sintetik, semuanya boleh menjadi kombinasi yang baik untuk menghasilkan kain atau baju melalui teknologi canggih.
Tapi, pernah tak anda terfikir untuk memakai baju dari bahan materialnya berasaskan lendir hagfish? First of all, mesti ramai yang tertanya2...WHAT IS HAGFISH? Apekejadahnya natang (binatang) tu? hehehehehe. Macam HACKFISH ke? Ikan kene hack ke? hehehe. Untuk pengetahuan korang, puas Kenit cari maksud HAGFISH dalam bahasa Melayu tapi hampa....! So, kita guna je lah terma HAGFISH ni ye. Kenit pun baru tau je istilah HAGFISH ni hehehe. Takpe, jom kita sama2 belajo yek!
HAGFISH tinggal di dasar laut. |
Islam Point Of View
Tuesday, April 09, 2013
Between Allah s.w.t And The Kaabah (English Translation Available)
Nuffnangers
Tuesday, April 09, 2013
Nuffnang Bagi Lagi (^_^)
Assalamualaikum!~
Wowweeeeeeeee! seronok sakan Kenit bila Nuffnang bagi CPC lagi untuk penutup bulan Mac lepas. 'Toche' Nuffnang dan tak lupa juga terima kasih pada Colgate & Twisties hehe. Terima kasih juga pada korang yang sudi terjah Nukilan Kenit tak kira siang malam. Double thanks jugak pada sahabat2 regular yang selalu menyumbangkan klik korang pada iklan2 Kenit di atas, tepi dan di bawah hehehe. Takda paksaan wokeh!~
Monday, April 08, 2013
Sebarkan!
Monday, April 08, 2013
Pengumuman : Iklan Jawatan Kosong Di MOSTI.
Assalamualaikum!~
Adakah anda sedang mencari pekerjaan? Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang dalam proses membuat pengisian beberapa jawatan kosong di MOSTI serta jabatan-jabatan di bawahnya seperti berikut;
- Pemandu Kenderaan Gred R3 - 9 jawatan
- Pembantu Am Pejabat Gred N1 - 17 jawatan
- Pekerja Rendah Awam Khas Gred R3 - 1 jawatan
- Pekerja Rendah Awam Gred R1 - 4 jawatan
surat iklan jawatan dari MOSTI. Sorry, gambar blur plak hehe |
Sebarkan!
Monday, April 08, 2013
Pengumuman: Perkhidmatan myUSSD Bagi Projek myGov Mobile.
Assalamualaikum!~
Bagi anda yang sering berurusan dengan kerajaan, dan memerlukan maklum balas dengan segera, terdapat satu perkhidmatan myUSSD *158# melalui sms yang telah dibangunkan oleh MAMPU yang dilaksanakan di bawah projek myGOV Mobile. myUSSD *158# merupakan perkhidmatan interaktif berasaskan menu yang disediakan melalui telefon mudah alih.
Pengguna telefon mudah alih bagi tiga syarikat telekomunikasi utama di Malaysia iaitu Celcom, Maxis dan DiGi boleh mengakses perkhidmatan ini dengan membuat panggilan ke *158#. Antara perkhidmatan agensi yang Kerajaan yang disediakan melalui myUSSD *158# adalah,
Informasi Dan Tips
Monday, April 08, 2013
Bagaimana Memilih Kanta Yang Sesuai?
Assalamualaikum!~
Bagi orang macam Kenit (yang berkaca mata), kami memang amat memerlukan panduan untuk memilih cermin mata yang sesuai. Dan, kupasan itu telah pun Kenit kongsikan di dalam entri Bagaimana Memilih Cermin Mata Yang Sesuai? Kalau anda belum terjah lagi, bolehlah terjah sekarang hehe.
Arini, Kenit nak kongsi tentang bagaimana nak memilih kanta yang sesuai? Ini pun atas permintaan dari rakan kita yang nak tau pasal pemilihan kanta. Terima kasih kerana memberi Kenit peluang untuk berkongsi ilmu dengan korang hehe. Rasa cam tak layak je....
Seperti yang Kenit bagitau dalam entri lepas (di atas), pemilihan kanta cermin mata merupakan elemen terpenting bila kita nak beli cermin mata. Tambah-tambah lagi, kalau kita jenis yang rabun jauh/dekat/masalah penglihatan lain kan. Jadi, pemilihan perlulah sesuai dan membuatkan kita selesa nak melihat. Perkongsian maklumat ini pun Kenit tumpang ambil dari website yang khusus dalam kepakaran dalam bidang optamologi hehe. So, jom kita terjah!~
Sunday, April 07, 2013
PRU13
Sunday, April 07, 2013
M.A.N.I.F.E.S.T.O
Assalamualaikum!~
Kehangatan PRU13 makin terasa di kalangan rakyat Malaysia. Dan, kehangatan ini makin dirasai apabila BN mengumumkan manifestonya malam tadi secara langsung di televisyen. Oh, lupa plak...BN telah mengubah manifestonya kepada AkuJanji.
Kenit dah tengok manifesto BN, tapi belum berpeluang tengok manifesto PR. Rasanya, tak adil kan, kalau kita hanya beri peluang pada sebelah pihak saja untuk membentangkan manifesto mereka. Lagipun, rakyat nak tahu jugak apa manifesto yang dibawa oleh PR. So, hari ni Kenit nak 'bentang' kan MANIFESTO kedua-dua pihak di blog Kenit. Amacam....?hehehehe.
Friday, April 05, 2013
Parenting & Tips
Friday, April 05, 2013
Main Atau Belajar?
Assalamualaikum!~
Malam Sabtu begini memang dinantikan oleh My Pearls setelah 5 hari mereka berhempas pulas bergelumang dengan homework yang banyak di sekolah hehe. So, malam ni memang diaorg pulun habis la game dalam tab tu huhu.
Kenit akui memang Kenit tegas kalu bab games ni. Hari sekolah memang tak dibenarkan main games di tab dan tengok kartun di laptop. Lepas siapkan homework, Kenit benarkan mereka main cikgu2 ke, main masak2 ke, melukis, mewarna, membaca, spelling even ajar mereka doa dan solat! Begitulah setiap mereka lalui....5 hari kena kuarantin hehe.
Disclaimer
If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.