Assalamualaikum!~
Anda (kaum lelaki) ada masalah mati pucuk? Anda pernah menggunakan ubat tradisional ''Sta-lions'' untuk merawat mati pucuk? SILA HENTIKAN penggunaannya. Why? Jom terjah!~
ubat mati pucuk - google |
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata Pihak Berkuasa Kawalan Dadah telah membatalkan pendaftaran produk itu pada 28 Mac setelah dikesan mengandungi racun yang boleh menyebabkan pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat berbahaya, strok dan serangan jantung.
Pemegang lesen bagi produk itu ialah Together Link Enterprise, Pulau Pinang dan pengilangnya DZ Trade (Malaysia) Sdn Bhd di Kedah, katanya dalam satu kenyataan. Katanya, tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk dan sebelum ini ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor.
Mereka yang mempunyai stok produk tersebut diminta menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta, katanya. Individu yang melanggar peraturan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.- BERNAMA
P/S: So, pada sesiapa yang memiliki atau masih menggunakan ubat "Sta-lions", anda dikehendaki menghentikan penggunaannya. Jangan menempah penyakit!
wohohoho...thanks 4 info
ReplyDeleteur welcome (^_^)
Deletebahaya tu..
ReplyDeletebetul tu...(^_^)
Delete