Assalamualaikum!~
Menggeleng kepala Kenit membaca sebuah artikel dari paper berbahasa Melayu tentang ramalan fengshui yang mengatakan kemenangan buat BN. Apa dah jadi ni?? Kenit mengandaikan penulis ini mungkin seorang Melayu yang beragama Islam.
Bagi segelintir pembaca, mungkin penulisan sebegini dipandang biasa atau remeh. Tiada apa yang perlu dipertikaikan atau diragukan. Tidak banyak pula yang mempersoalkannya. Namun, bagi Kenit secara peribadi artikel sebegini boleh 'membinasakan'....
Kenit tak pasti mengapa artikel ini diterbitkan dalam suratkhabar berbahasa Melayu yang rata2 pembacanya juga berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kenit tak tahu apakah motif yang cuba nak disampaikan oleh penulis ini?Adakah penulis mahu pembaca mempercayai ramalan ini? Apakah ramalan fengshui ini lebih terbukti kebenarannya dari takdir Allah s.w.t?
Kenit andaikan mungkin penulis ini mengetahui bahawa hukum mempercayai sesuatu ramalan atau tukang tilik! Kenit tidak mengatakan bahawa penulis mempercayainya, tetapi artikel sebegini mungkin boleh menarik orang ramai untuk mempercayainya pula. Dalil dari Imam Ahmad:
مَنْ أَتَى عَرَّافًا اَوْ كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِما يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِما اُنْزِلَ عَلى مُحَمَّد
Maksudnya:
“Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum / bomoh / dukun lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad.”
Hukum mempercayai ramalan/tukang tilik/ahli nujum:
- Ibadah solatnya tidak diterima 40 hari
Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ يَوْمً
“Barangsiapa mendatangi peramal lalu mempercayai ucapannya, shalatnya selama empatpuluh hari tidak diterima.”
(HR. Musnad Ahmad)
- Kufur kepada agama Islam
Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Barangsiapa mendatangi seorang dukun atau peramal kemudian membenarkan apa yang ia katakan, maka ia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.”
(HR. Musnad Ahmad)
Sekiranya penulis tidak mempunyai apa2 tujuan atau motif tertentu maka, penulisan sebegini tidak patut timbul apatah lagi ia dibaca oleh pembaca yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kalau dalam suratkhabar Sin Chew Jit Poh , Nan Yang Siang Pau, The Sun dan sbgnya Kenit pasti faham kerana pembacanya lebih kepada non-muslim.
Tahukah anda jika sekiranya ada pembaca yang membaca artikel ini dan berkata, "tengok! dia pun kata BN akan menang", tahukah natijahnya pada pembaca tersebut? Mungkinkah cetusan hatinya juga mengiyakan ramalan ini? Nauzubillahiminzalik!
Kenit tidak mengetahui apa2 mengenai etika kewartawanan, tetapi apa yang Kenit tahu dan penulis patut tahu kita menulis berlandaskan kebenaran bukan ramalan semata-mata yang akhirnya hanya menjadikan pembacanya kufur (kerana mempercayai tukang tilik). Dan, tiada kebenaran yang nyata melainkan kebenaran dari Allah s.w.t.
Maha benar firman Allah s.w.t:
قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ
Katakanlah: “Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib,kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.
(QS. An-Naml : 65)
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًاإِلَّا مَنِ ارْتَضَى مِن رَّسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا
(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada rasul yang diredhaiNya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga(malaikat) di muka dan di belakangnya .
(QS. Al-Jin : 26-27)
Islam tidak pernah menghalalkan cara sebegini (mempercayai ramalan) hatta dalam politik sekalipun. Dan, kejahilan kitalah yang akan menjerumuskan diri kita dan orang lain ke dalam lembah kehancuran dek kurangnya ilmu agama di dada. Tentunya kita tidak mahu menghadap Allah s.w.t dalam keadaan kita syirik dan kufur kan.
Kenit menegur bukan kerana Kenit nak berlagak cerdik dan warak. Tetapi, bagi Kenit perkara sebegini tidak boleh dipandang enteng seolah2 kita membenarkan unsur-unsur 'tercemar' sebegini menyerap ke dalam minda dan hati anak-anak muda dan masyarakat kita.
Semoga teguran dan pandangan peribadi Kenit ini tidak mengguris hati sesiapa kerana Kenit menasihati dengan penuh keikhlasan tanpa apa2 apa niat untuk menyinggung perasaan anda. Anda juga tahu kebenarannya...jadi, terimalah teguran ini seadanya. Perbanyakkan istighfar dan pelajarilah lagi, apa yang boleh menyebabkan akidah kita rosak dan bagaimana untuk menjauhinya.
Selalulah berdoa dengan doa di bawah, yang diriwayatkan hadisnya oleh Imam Ahmad:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan kepadaMu, sedang aku mengetahuinya dan minta ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.”
Sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah s.w.t, dan yang buruk pastinya datang dari insan kenit (yang serba kekurangan) ini. Wassalam...
Ramalan pelik-pelik begini suah menjadi perkaa biasa pada PRU13. Kita tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas PRU13. Undilah dengan bijaksana.
ReplyDeleteperkara sebeginilah yang mencacatkan suasana PRU. InsyaAllah semoga diberi petunjuk untuk mengundi mana yang benar.
DeleteIni dah serupa ke arah syirik.. sesungguhnya Allah sentiasa mengampunkan dosa hambanya kecuali dosa2 syirik. Nauzubillah.. Jngn dipilih golongan yg spt ini sbb tempiasnya akan kena ke diri kita. Ya, pilihlah dgn bijak.
ReplyDeleteitulah yang kita nak elakkan, mati dalam keadaan syirik. Nauzubillahiminzalik.
Deleteha'ah.. kita baru baca.. thanks share berita nie..bila dah dekat pilihanraya macam2 benda jadi.. sekecil2 amalan kita akan dihitung..percya pada benda ni ..huhu.. apa la..
ReplyDeleteSama2. Tak ramai yg perasan benda gini tapi sikit2 ia akan 'membinasakan' anak cucu kita plak.
Delete