Assalamualaikum!~
Sebelum ini Kenit pernah berkongsi informasi mengenai kelebihan & hikmah menyimpan janggut. Pelbagai kebaikan dan manfaat yang kita dapat melalui salah satu amalan sunnah Nabi s.a.w ini. Di antara kebaikan yang dapat kita perolehi, termasuklah dalam konteks kesihatan. Ye....KESIHATAN. Simpan janggut sihat ke? Ye sayang, bukan takat sihat je tapi ia sebagai perlindungan kepada kita hehe. Ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik.
Di Eropah dan Amerika, saintis mereka berusaha mengkaji Islam dengan lebih mendalam, termasuk mengapa orang-orang Islam menyimpan janggut mereka. Kajian oleh saintis dari Boston University, Dr. Herbert Mescon menyatakan:
- Janggut dapat melindungi muka dari molekul-molekul yang berbahaya di dalam udara, yang boleh merosakan sel dan menigkatkan risiko kedutan dan kulit bermasalah. Jadi, menyimpan janggut boleh melindungi kulit anda dari elemen-elemen yang merosakkan, mengurangkan kedutan di wajah, penuaan dan kulit bermasalah.
- Janggut melindungi kulit, juga melindungi kelenjar sebum dari dijangkiti oleh bakteria jerawat, Vulgaris, sekaligus mencegah jerawat/bintik hitam!
- Memastikan wajah anda sentiasa hangat dan melindungi dagu anda dari bahaya (jatuh dan sebagainya)
- Mencegah dari mendapat risiko penyakit berkaitan tekak dan gusi.
- Kebanyakan masalah pernafasan dapat dicegah dengan memelihara janggut.
- Janggut berupaya meningkatkan kesuburan lelaki dengan cara menghasilkan hormon testosteron. Malah, untuk isteri-isteri di luar sana, rebutlah peluang ini dengan membelai dan menyentuh janggut suami anda (bukan suami orang ye) dengan penuh kasih sayang.
- Lebih panjang dan lebar janggut seseorang (lelaki) itu (opkos perlu dijaga rapi dan kemas), lebih bijak pemikiran dan pandangannya.
Even si James (non-muslim) ni yang simpan janggut pun nampak macho. Apatah lagi lelaki muslim..bukan saja dapat kebaikan, dapat PAHALA sunnah lagi...taknak ke? (^_^) |
Dari Abi Hurairah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Di antara fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan memelihara janggut, bahawasanya orang-orang Majusi (menyembah berhala) memelihara misai mereka dan memotong janggut mereka, maka janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu potong misai kamu dan peliharalah janggut kamu".
(Hadis Riwayat Ibn Habban.)
turned out that way yes, thank you the info
ReplyDeleteyour welcome (^_^)
Delete