Assalamualaikum!~
Kehangatan PRU13 makin terasa di kalangan rakyat Malaysia. Dan, kehangatan ini makin dirasai apabila BN mengumumkan manifestonya malam tadi secara langsung di televisyen. Oh, lupa plak...BN telah mengubah manifestonya kepada AkuJanji.
Kenit dah tengok manifesto BN, tapi belum berpeluang tengok manifesto PR. Rasanya, tak adil kan, kalau kita hanya beri peluang pada sebelah pihak saja untuk membentangkan manifesto mereka. Lagipun, rakyat nak tahu jugak apa manifesto yang dibawa oleh PR. So, hari ni Kenit nak 'bentang' kan MANIFESTO kedua-dua pihak di blog Kenit. Amacam....?hehehehe.
Dalam
Korang boleh tengok pada AkuJanji di atas dan huraikanla sendiri ok. Sekarang, Kenit tunjukkan pula manifesto oleh PR.
Manifesto oleh PR - sumber:fb |
Dari manifesto PR juga, terdapat 12 perkara yang menjadi 'pokok' utama kepada wadah perjuangan mereka bagi memenangi hati rakyat. Dari pemerhatian Kenit, terdapat persamaan di antara kedua2 manifesto BN & PR kali ini. Mungkin korang pun sedar, pengurangan harga kereta akan menjadi 'taruhan' paling besar kepada kedua-dua pesaing ini.
Seperti yang korang dan Kenit tau, kempen pengurangan harga kereta ini mula dibangkitkan oleh PR. Dan, bagi BN (sebelum AkuJanji) mengatakan bahawa adalah mustahil untuk mengurangkan harga kereta kerana itu akan menyebabkan negara muflis.
sumber: fb |
Walaupun apapun manifesto atau janjinya..walaupun siapa pun yang membangkitkannya..yang pasti rakyat ingin melihat hasilnya bukan sekadar janji tinggal janji andai sudah berjaya menakluki.
Kepada para pengundi yang sah (tidak termasuk yang dah mati, pengundi hantu, mat bangla, dan sebagainya) di luar sana, tunaikan tanggungjawab kita bukan saja sebagai rakyat Malaysia tetapi juga sebagai hamba Allah, kerana nanti di akhirat kita akan ditanya siapa yang kita pangkah. Mengundi merupakan salah satu kewajipan bagi umat Islam bagi membolehkan syiar Islam terus mekar di bumi Malaysia ini. InsyaAllah.....
Ye, betul tu. mengundi pangkah menggunakakan akal yg bijak.
ReplyDeletehehehe (^_^)
Deletehehe..tak sabar nak tggu keputusan PRU13....
ReplyDeleteamboi cepatnya..ngundi pun lum lagi ni hehe. Ketaq jari dah ni haha (^_^)
DeleteEntri yg sgt bagus.. seharusnya pihak media tidak tertumpu kpd sepihak sahaja dlm sebuah negara demokrasi ini. Rakyat seharusnya diberitahu dari semua perspektif agar rakyat dpt menentukan yg terbaik. Saya yakin rakyat kini lebih bijak memilih.. Usaha yg sgt murni, saya suka entri ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih kerana sudi singgah di entri ni. Semoga kita diberi petunjuk yang benar dan berada di pihak yang benar insyaAllah...(^_^)
Delete