Assalamualaikum!~
Sesungguhnya perancangan Allah Maha Hebat! Sungguh tak sangka tatkala bila kita mendambakan sesuatu (yang baik) maka Allah segera memakbulkannya. Syukur alhamdulillah.....
Patutla kelmarin terasa ringan je tulang ni menyiapkan keje umah, gosok baju, kemas dapur dan kemas umah. Rupanya Allah nak bagi 'hadiah' bertemu dengan UAI. Dekat ngan umah plak tu! Memang Kenit takkan lupakan....
depan Mamak Bistro Kg. Pandan |
Masa ni lebih kurang pukul 9pm. Ramai dah orang berkumpul menantikan kehadiran calon mereka Ahmad Zamri dan juga ikon anak muda yang terkenal, Ustaz Azhar Idrus.
pentas utama |
Kehadiran orang yang terlampau ramai memang sesuatu yang sudah dijangka. Tapi, malam tu Kenit agak kagum melihat bukan saja orang Melayu, malah ada juga orang Cina & India turut sama menunjukkan minat untuk mendengar pesanan dan amanat ringkas dari UAI.
PAS sebelum ini memenangi kerusi bagi Parlimen Titiwangsa di bawah calon wanitanya Allahyarham Dr. Lo' Lo' Namun begitu, Allah lebih menyayangi beliau yang dijemput ke rahmatullah pada tahun Julai tahun 2011 akibat penyakit kanser....al-fatihah~
Sementara menunggu ketibaan saudara Ahmad Zamri & UAI, penganjur menceritakan sedikit tentang maksud perjuangan dalam Islam & kezaliman yang harus ditentang. Diselang seli pula dengan qasidah hanana & selawat.
konvoi motosikal UAI telah selamat sampat di Desa Pandan |
semua pakat amik gambo hehehe |
tekun mendengar pesanan & amanat dari UAI |
Belakang Kenit |
Kat Petron |
Kakak termenung....hehe |
Ini muka budak mengantuk. Last time Mira 'spoil' mood ibu dengar ceramah agama di Keramat. This time...no no no no. |
Disebabkan masa tu UAI belum sampai, dan anak2 dah mengantuk kesian pulak nak suruh diaorg tunggu lama lagi. So, diaorg balik dulu....
Malam itu, UAI tidak memberi ceramah agama, tazkirah mahu pun soal jawab bersama hadirin yang hadir. Walaupun saudara Ahmad Zamri tidak dibenarkan bercakap pada malam itu, tapi pesanan & amanat yang dibawa oleh UAI cukup ringkas tapi padat & penuh pengisian.
UAI memang sentiasa berjaya menambat hati anak-anak muda dengan lawak yang dibuat dalam peyampaiannya, tapi ia bukan lawak kosong sebaliknya sebagai iktibar & panduan untuk kita gunakan akal yang diberikan Allah.
See that uncle in tshirt belang hijau biru? tekun dia mendengar UAI berucap. |
Saudara Ahmad Zamri (kemeja hijau kopiah putih) ketika ditemubual oleh seorang reporter. |
Terkenang sejenak bagaimana perjuangan mereka selama ini tanpa 'bantuan' (media elektronik) dalam menyampaikan amanat dan maksud perjuangan mereka. Ditambah pula dengan segala sekatan dan peraturan 'senget' yang terpaksa dilayankan.
Tapi, melihatkan kepada semangat dan kesungguhan serta sambutan baik dari masyarakat Desa Pandan yang hadir malam semalam, membuktikan bahawa mereka tidak memerlukan 'bantuan' seumpamanya. Allah kan ada....
Selamat berjuang kepada calon2 BN & PAKATAN RAKYAT (^_^)
wah bestnya.kak lea teringin nak jumpa UAI,suka dgr kt youtube :)
ReplyDeletetgk foto tu rs mcm kak lea kat situ jugak...tqvm share foto2 tu tau...
best sangat kak lea. Inilah yang dipanggil rezeki. Kenit tak sangka sungguh malah tak tahu beliau nak dtg situ hehe. (^_^)
Deletelepas ni kena sellau la google kuliah UAI hehe..dulu pernah jumpa jga tapi tak sempat nak tngkap gambar..hehe..dgr ceramah dia pun dah kira untung
ReplyDelete