Assalamualaikum!~
Kita semua memerlukan sesuatu/seseorang yang boleh dijadikan sebagai inspirasi. Mak, abah, adik beradik, best friend, sepupu, anak-anak, suami, isteri malah SEKUTU/SETERU juga boleh menjadi inspirasi untuk diri kita lebih maju kehadapan.
Tidak ketinggalan juga dalam merekebentuk rumah idaman. Ada yang menjadikan alam semulajadi sebagai inspirasi bukan sahaja supaya ia kelihatan menarik dan unik malah luar biasa bagi penggemarnya. Soal selesa atau tidak terpulang kepada mata yang memandangnya, yang pasti ada beberapa rekabentuk yang Kenit suka juga (^_^).
Jom terjah!~
Diinspirasikan dari bentuk cendawan dan cengkerang. - Nice though...(^_^) - |
Sekali tengok dah tahu rumah yang diberi nama Fallingwater ini diinspirasikan dari air terjun. - Gabungan semulajadi & arkitek = ohsemness! - |
Serupa apa ya?? AWAN! Yesss...cuma 'awan' ini mempunyai graviti. Rumah yang diinspirasikan dari awan ini kelihatan ringkas. - Agak-agak perlu berapa ratus meter kain langsir yek? - |
Bentuknya seperti cocoon (kepompong) -Ok, yang ni serius memang unik! - |
Mengambil bentuk seakan cengkerang di pantai. -bentuk spiral tu mesti tangganya kan?- |
Inspirasi dari bentuk cendawan. - quite lovely...sesuai untuk nature lover dan romantikas hehe- |
Direkabentuk mengambil kira bentuk wave (ombak) - cantik ira kayu pada dinding rumah. Tingkap hadapan dipasangkan kaca yang tebal,sesuai sangat kalau dapat menghadap ke arah matahari terbenam- |
Satu lagi bentuk rumah seperti cengkerang bulat. - macam futuristik pun ada kan?- |
Serupa apakah ini?? Yezzzzaaa....macam kelopak bunga. - lengkap dengan wind turbine, ground-source heat pump dan panel solar...apa lagi korang mau?hehe- |
Bentuk daun. Fuh! - bentuk bumbung yang seperti daun memerangkap udara sejuk di dalam rumah dan mengekalkan 'kesejukan' di dalamnya. Cantekkkkk!- |
Satu lagi rumah berbentuk daun -1st impression?? Macam reban ayam nak runtuh ekekeke. Sorry, i'm doing my best to be honest as i can be (^_^)- |
Bentuk bunga.....? -Sekali tengok macam UFO kan? Sebenarnya, rumah ini ikut bentuk bunga lili (lilypad). Tapi, jika ditambah lampu sejibik ikut UFO!- |
P/S: Rumahku Syurgaku.....
sumber
teringin nak ada rumah sndiri.. ermmm
ReplyDeleteSamala kiter...:-)
DeleteKalau dapat bina satu alangkah bestnya..
ReplyDeleteTapi kalu ada org sudi nk hadiahkan satu lagi sejuta rahmat kan? Heeee (^_^)
Deleteyang macam kpompong mcm bawang pun ada..hehe..semua cantik n smart..
ReplyDeletea'ah la nana hehe cam bawang pun ada yek (^_^)
DeleteKat malaysia tak penah ada lagi -_-
ReplyDeletekalau ader kang orang kata buang tebiat pulak eekekeke.
Delete