Breaking

Saturday, May 25, 2013

Anugerah Pilihan Pembaca 2013

Assalamualaikum!~


Membaca Amalan Mulia
Baca Untuk Undi, Undi Untuk Menang!

Bidang ilmiah dan akademik tidak terkecuali dari melalui proses modenisasi. Walaupun generasi muda sekarang prefer pada pembacaan melalui internet dan media elektronik lain, namun medium bacaan konvensional iaitu melalui buku masih mendapat perhatian di kalangan para pembaca yang setia.

Kejayaan penulis menghasilkan bahan bacaan yang baik bukan saja mampu menarik perhatian pembaca di luar sana, malah dalam masa yang sama berjaya mentarbiyah dan mendidik masyarakat agar sentiasa celik ilmu.



Sehubungan dengan itu, POPULAR-Berita Harian bersama BookFest @ Malaysia 2013 telah sama-sama menganjurkan Anugerah Pilihan Pembaca 2013 untuk memberi anda peluang memilih 3 buku yang paling anda gemari dari 10 karya hebat di atas.

Anda boleh membuat undian untuk karya yang anda rasa terbaik dan paling anda suka baca. Undian boleh dibuat di SINI. Borang undian juga boleh didapati di mana-mana cawangan kedai buku POPULAR berdekatan anda.

100 pembaca BERTUAH bakal berpeluang memenangi hadiah :
  • kad baucar bernilai RM50
  • keahlian POPULAR selama 1 tahun serta,
  • hamper buku bernilai RM100.

TARIKH TUTUP : 23 JUN 2013


10 senarai buku di atas ni merupakan karya top 10 terbaik. Kebanyakan penulis mempunyai latarbelakang akademik dan ilmu Islam yang tinggi dan Kenit kagumi. Ini merupakan tanda positif kepada kebangkitan karya-karya yang bersifat ilmiah dan motivasi.

Syabas dan tahniah kepada para penulis yang terlibat. Semoga Allah memberkati hasil usaha kalian dan memberi banyak lagi ilmu kepada kalian (penulis) untuk disampaikan kepada masyarakat.


P/S: Kalau boleh Kenit nak pilih kesemuanya dari senarai 10 di atas. Mantop-mantop kesemuanya! hehe. Kenit dah mengundi, anda bila lagi? (^_^)

4 comments:

  1. nak kena mengundi jugak ni..insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. undi tau kak rohaida..bagi support pada penulis berbakat seperti mereka (^_^)

      Delete
  2. hadiah utk 100 yg bertuah tu awesome la pula..huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.