Assalamualaikum!~
Angin bayu bertiup beberapa bulan sebelum ni di FB mengatakan akan ada orang baru dalam keluarga UAI. Alhamdulillah, dengan izin Allah hari ini menjadi detik terindah buat UAI sekeluarga dengan kehadiran 'bunga' yang bakal mewarnakan lagi hidup berkeluarga UAI.
Siapa yang tak mahu dipimpin oleh ulama yang tersohor ini. Semoga Allah memberkati UAI dan isteri-isteri beliau. Di sebalik kata-kata sindiran dan sinis terhadap UAI yang memilih anak dara sebagai jodoh beliau, ketahuilah wahai yang berkenaan (yang menyindir), bahawa JODOH ITU MILIK ALLAH. Dia yang tentukan...bukan UAI.
Maka, sebagai hamba Allah s.w.t kita semua perlu redha dengan setiap qada' dan qadar yang telah ditentukan untuk kita. Harapan kami anak-anak murid UAI yang di kejauhan ini, agar UAI dapat meneruskan perjuangan beliau menyampaikan dakwah untuk anak-anak muda.
TAHNIAH USTAZ AZHAR IDRUS... SEMOGA ALLAH MEMBERKATIMU SELALU
(^_^)
UAI bersama isteri ke-3nya, Izyan di meja makan beradab. |
senyum molek ustak kiter hehe |
UAI dan isteri ke-3 diapit mesra oleh isteri pertama dan isteri kedua. Barakallah kalian (^_^) |
UAI di saat ijabkabul..tok imang neves lebih napok nim ekekeeke. |
VIDEO SEKITAR MAJLIS AKAD NIKAI UAI
Selamat pengantin baru buat Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru selamat diijabkabulkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak.
kredit foto : fb
Selamat pngtin baru ustaz.
ReplyDeleteAssalamualaikum kenit. sheila terkejut bila tengok dekat fb. apapepun barakallah buat kedua pasangan pengantin baru. UAI terbaiikkk boh :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam sheila....
Deletehehe memang ramai yang terkezut ni (^_^)