Breaking

Wednesday, May 29, 2013

Bila TV Dah Tak Laku...

Assalamualaikum!~

Lately, memang begitulah....terutama bila start cuti sekolah minggu lepas.

Minat my Pearls terhadap TV semakin berkurang...which is super good! Hanya kartun terpilih menjadi santapan mata di waktu petang setelah pulang dari taska...UPIN IPIN hehehe.

Sebelah malamnya, dihabiskan dengan aktiviti meriuhkan blok pangsapuri 4 tingkat ekekee. Kejap teriak, kejap ketawa, kejap gaduh kejap baik.

So, dua malam lepas Wani said,


"ibuuuu...boringlaaaaa jom la main ngan kakak ngan adik...."

"kat taska tak puas main ke?"

"nak main ngan ibuuuuuuu..."

Alahai, tak sampai ati nak cakap 'Taknak ahh', tapi tabiat menggelinjang di dalam rumah selepas isyak dikala semua orang perlukan kedamaian maksimum untuk berehat bersama family masing-masing adalah sangat menjengkelkan hehehehe.

So, Kenit switch aktiviti bermain itu dengan STUDY GROUP heeee. Bukan jenis study group serius giler-giler tu! Ni yang jenis santai...menulis, melukis, mewarna dan mengira. 



Mira try tulis nombor '8', but end up macam bentuk ulat
terbelit ekekeke.


Wani khusyuk dengan soklan mathnya, katanya nak pandai tengok jam
nanti boleh suruh ibu belikan jam tangan tuk dia. Amboiiiii kemain
lagi demand budak 6 tahun ni heeee.

Dah 13 tahun tinggalkan math Form 5, paler otak ni
karat siotttt! ekeke~

Haaaa gitulah gamaknya aktiviti kami  malam kelmarin ekekeke. Kenit pun tak ketinggalan menerai skill matematik Form 5 yang telah lamaaaaaaaaaaa Kenit tinggalkan. Karat siotttttt! Baru graf fungsi ponnnnnn! Haihhhh...

Wani tengok soklan math Kenit...


"Wooahhhhh! ibu punyer soklan susahhhhnyeeeeeee...."

Fuh! kembang semangkuk jap hidungku yang mancung ni ekekekeke. Tapi, bila hadap soklan graf fungsi no. 3 (gambar di atas), kembang kempis idung nak jawap ekekekeke. Apa-apa hal depan anak-anak kiter kena selalu control genius tau hahaha.

Seronok jugak wat math dengan anak-anak ni. Buku math Form 5 ni Kenit beli masa bawak anak gi main kat Tesco Ampang minggu sebelumnya. Dah puas main, singgah pulak kedai POPULAR tu. Jeles pulak tengok anak-anak pegang buku setiap sorang. Tu yang Kenit amik satu nak test market la kunun-kununnya.

So, malam tadi pun macam tu...my Pearls tak 'berselera' tengok TV. Jadi, this time Kenit buat spelling B.M untuk Wani...

Pak Jelan yang dari tadi dok tunggu bola (Pahang vs JDT) tak start-start lagi katanya. Sambil menunggu, Pak Jelan jadi 'cikgu' untuk Wani hehehe....

'Cikgu' Jelan siap bagi bintang lagi hehehe.
Spelling boleh dah...cuma tulisan kene bekki lagi ye Wani hehehe.

Melalui pemerhatian Kenit, anak-anak walaupun dah puas bermain dengan kawan-kawan di luar tapi akhirnya dia akan cari juga IBU AYAH jugak. Memang kita penat dengan stress di pejabat, balik keje terperangkap dalam trafik jam dan sebagainya. 

Tapi, keperluan anak-anak kita cuba untuk penuhi sedaya upaya. Kerana bagi mereka teman bermain yang terbaik adalah IBU AYAH. 

So, kalau anak nak spend time dengan kita, fikir dahulu sebelum berkata 'taknak' atau 'gi main sana', kerana anak akan belajar melalui pemerhatian dan membawa 'ajaran' ini bila dia sudah dewasa.

Dan, bila mereka sudah dewasa dan kita menjadi tua, bila kita minta anak-anak spend time dengan kita, anak pula akan berkata 'taknak'......masa tu hati terluka pun tak guna sebab kita dah tunjukkan contoh tak baik sejak mereka kecil.

Blessed to be mom (^_^)

16 comments:

  1. tanggungjawab parents tak boleh nak diabaikan kan..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak siti...tak boleh sama sekali.

      Kita tempat mereka 'bergantung' dan suatu hari nanti mereka pula tempat kita 'bergantung' (^_^).

      Delete
  2. Assalamualaikum kenit, bestnya jadi ibu... jadi mentor kepada anak2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sheila...

      insyaAllah, sedang menjadi sebaiknya untuk anak-anak...tidak semudah yang disangka (^_^)

      Delete
  3. Betul tue kenit..ibubapa la kena main peranan kalau nak anak2 berjaya kan.. so kena berkorban lebih sikit mcm kenit.. sanggup tue buat math form 5 utk tarik minat anak2 membaca jugak..bagus2.. saya pun otak tepu dah.. kalau bg soklan math tue confirm2 failed la..hehehe ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. maner tahan asyik ajak main je farah ekekeke. Penat kat opis tk ilang lagi, diajaknya kita menggelinjang kat umah. Last-last, ajak buat math je la senang citer...

      otak ni pun memey dah tepu dah, tu pun buat mana yang ingat je hehehe.

      Delete
  4. Soalan math tu - sy yg baru bape tahun tinggal sekolah tu pun dah garu kepala...

    ReplyDelete
  5. practice makes perfect...x lama lagi cantiklah tu tulisan...tulah jadi parents ni nak kena kreatif tarik perhatian anak2 untuk study kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hohoho betul tu farah, bukan saja kreatif malah kena lebih sabar...macam-macam pe'el diaorg ni heee (^_^)

      Delete
  6. wah,,, parents dia sporting,, best!! muja mmg fobia sangat ngan add maths,, :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sebab nak bagi anak rajin hadap buku hehe. Kenit pun suka ngan add maths, tapi ni maths pun kembang kempis idung nak jawap ekekeke (^_^)

      Delete
  7. Susahnya soalan math. Nak kena siapkan diri jugak bila nak kena tolong anak-anak bila diaorang dah besar..mak bapa pun silap silap kena masuk kelas balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu abg Raziff... memang kalau dah stuck kat graf fungsi ni jawabnya kene masuk kelas balik la ekekeke.

      Delete
  8. wah kak lea dulu pun suka buat macam ni.sekarang cuma dapat spent time masa diorang buat homework.gilir2 dengan hubby,dia ajr subjek bi dan maths.kak lea pukul rata,termasuk jawi n arab.arablah pening sikit sebab dah lama kot,tak ingat sangat dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun macam tu kak lea...bergilir ngan suami ajar anak. Tapi kebanyakan masa memang Kenit la jadi kaunter pertanyaan rasmi ekeke. Sebab tu kena persiapkan diri dgn jawapan (^_^)

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.