Assalamualaikum!~
"naper Anim tinggi sangat mak?"
Mak berseloroh jawab...
"sebab mak bagi ko makan kacang panjang dulu..."
Dalam family, Kenit yang paling tinggi. Antara 3 beradik, Kenit yang paling tinggi. Sebab tu Kenit percaya idup-idup bila mak kata Kenit tinggi sebab makan banyak sangat 'kacang panjang'....haihhhh pandai omak pekono den!
Bila balik kampung, mak-mak sedara tegur....
"apo panjang bonar eh kau ni nim? makan apo?"
Aku........hanya mampu menyengih.
Masa zaman remaja, berat Kenit hanya 45kg dengan ketinggian 168cm. Kalu ikut skala BMI Kenit tergolong dalam kumpulan SUPER KURUS! Tapi masa tu...padahal? janji aku tinggi dari korang hehehe.
Bila difikirkan balik, berguna jugak jadik orang tinggi ni. Contohnya, time-time raya Kenit la paling banyak 'berjasa' heeeee. Tolong mak amik perkakas buat kuih di dalam almari atas kat dapur dah jadi semacam 'Sasaran Kerja Tahunan' buat Kenit ekekeke. Takyah guna kerusi, dengan tangan yang panjang Kenit just capai je barang dalam almari tu , terer tak? wakakakaka.
Bila dah masuk alam pekerjaan, Kenit still dengan berat 45kg pada ketinggian 170cm. Tinggi je bertambah, berat tang tuuuuu gak ekekeke. Orang pandang semacam je, sebab tak ramai wanita Melayu yang setinggi Kenit hehehe.
Yang syoknya.....
- Pernah sekali Kenit pi tengok mini-show Aaron Carter (adik Nick Carter of Backstreetboys) kat satu shopping mall dengan sorang kawan yang minat giler kentang kat dia! Tengah dok nyanyi, sumer budak pempuan pakat lompat-lompat semata2 nak tengok si Aaron tu menyanyi atas pentas. Kenit steady je berdiri kat tengah-tengah orang ramai tu sambil tengok mamat tu menyanyi tanpa perasaan ekekekeke.
- Senang betul la nak beli suar jeans! Disebabkan pinggang Kenit kecik 28cm, memang galaklah merembat sampai 2/3 helai sekali hehehe. Banyak pilihan, tak pandang dah ni saiz lain hehe. Saiz 28 paling banyak dalam kedai tu! Saiz 30 kalau pakai longgar giler kentang!
- Akak Kenit pernah cakap...
"Nim, ko ni tinggi sangat nanti ko kene kawen ngan omputih la Nim. Baru sepadan..."
Dalam hatiku...
'Best jugak kawen ngan omputih boleh aku speaking ari-ari.
Boleh aku dongak tengok muka dia'
wakakakakakakakakaka (gelak besar jap (^_^))
Tapi mak bangkang....
"Nim, jangan mengada nak kawen omputih ke orang Arab ke..mak taknak! Kang diaorg tak bagi ko balik sini dah jumpa mak. Kawen ngan orang kita je!"
"Alaaa mak maner nak cari yang tinggi dari Anim, makkkk?"
"Aahh pendek pun takpe janji orang kite..."
Masin mulut mak aku...betul-betul dapat sorang! (wakakakakakakaka takleh tahan la sambil taip pun tergelak ni)
Tapi, takdir Allah Maha Hebat! Dan, atas doa orang-orang disekeliling yang mengatakan kalau isteri lebih tinggi dari suami insyaAllah murah rezeki. Haaa tu yang nak dengar tu! Alhamdulillah...murah rezeki dengan kehadiran my Precious Pearls dan segala rezeki yang Allah kurniakan sehingga ke hari ini (^_^).
Yang tak berapa syok....
- Takleh pakai high-heels. Ader sekali Kenit try pakai high-heels pi keje masa keje kat Legal Firm di ibukota. Pi keje nek bas metro takda tempat duduk full-house. Kenit berdiri terpaksa kangkangkan sedikit kaki supaya kepala tak kena kat besi pemegang kat atas tu ekekekeke. Pastu, simpan terus kasut tu! Perabih duit aku ja!
- Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, Kenit duduk belakang dalam kelas. Dah la rabun masa tu, tulisan cikgu kecik-kecik jenuhlah nak baca apa cikgu tulis hehehe. Nak duduk depan takut kene baling kertas dari belakang pasai menghalang pemandangan ekekekeke. Kesudahannya, duduk belakang je la senang dapat gak terlelap kejap ekekekeke.
- Kata orang, kaki panjang ni baguih main bola jaring atau lumba lari. Dua-dua tu....Kenit fail! Kenit kalau lari 100m tangan dan kaki je hayun lebih tapi sampai lambat jugak wakakakaka. Kenit lagi suka main hoki kat sekolah dulu.
Jadi, samada tinggi atau rendah seseorang itu masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jangan hanya pandang tinggi itu nampak menawan dan sempurna. Dan, jangan pandang rendah itu seperti 'terbantut' atau hodoh.
Orang suka beri gelaran tak baik kepada orang tinggi dan orang rendah...
Orang tinggi digelarnya
- panjang/sekeping/galah panjang
Orang rendah digelarnya
- pendek/katik/budak/bantut
Kan tak manis panggilan sebegitu? Yang menggelar orang lain tu sempurna ke? Kesempurnaan/kecantikan bukan terletak tinggi atau rendahnya seseorang itu...so jangan gelar orang sebegitu.
Pada yang merasa dirinya tidak sempurna sehebat atau secantik orang lain, jangan pandang rendah pada diri anda sendiri. Setiap kejadian Allah itu adalah yang paling sempurna. Bukan kita manusia yang patut menentukan kesempurnaan orang lain mengikut pandangan mata manusia..terima seadanya diri anda kerana Allah memandang iman dan takwa, bukan ketinggian anda.
Kita semua tak sempurna. Allah jua Yang Maha Sempurna....
Kita semua tak sempurna. Allah jua Yang Maha Sempurna....
mesti kalau dalam perhimpunan da xboleh nak sorok2 lagi..hehe..xpelah..kurniaan Allah..
ReplyDeletehaha kiter budak baik dulu kak siti (^_^)
DeleteAssalamualaikum kenit. hehe takpe, yang penting kena redha. ada kelebihan dan kekurangan yang Allah dah berikan pada kita. insyallah, suatu hari nanti berguna sangat :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam sheila...
Deletebetul tu sheila, tak perlu ubah kesempurnaan ciptaan Allah yang telah diberikan pada kita. Peliharanya dan jangan salah gunakan kurniaan Allah..itu yang penting (^_^)
Sesungguhnya Allah dah ciptakan manusia tu sebaik- baik kejadian :)
ReplyDeleteJadi, kita kena bersyukur ^^
Orang yang mencaci tu adalah orang yang tidak pernah bersyukur..
betul tu Afiqah...
Deletekita sumer kena muhasabah diri selalu (^_^)
Bersyukur dengan kurniaan Tuhan kan kenit..Janji kita sentiasa sihat dan happy.. ;p
ReplyDeletesyukur alhamdulillah farah...
DeleteItulah doa dan harapan setiap insan bergelar manusia (^_^)
wah..tinggi gila kak..hehe..saya kurang berapa inci ja kak.. T_T..
ReplyDeletetapi bersyukur..hehe..baru nak ingat post entri pasal baik buruk tinggi..nanti la saya buat..haha
Haaa nanti akak singgah entri nana plak. Nak tau gak ni (^_^)
Deletebetul tu kak..tinggi ke, rendah ke, masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam satu2 masa. =)
ReplyDeletemacam saya ni pun, redha sangat2 dgn diri sndiri..hihii..
betul3x tu mimie (^_^)
Deletekau 170 je aku 187 rasa cam ganjil bila berdiri dgn abng aku 177, aku taklah kurus
ReplyDelete