Assalamualaikum!~
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN DAJJAL [sambungan]
(Fitnahnya untuk mempengaruhi manusia)
6- Kebolehan menyuburkan tanah dan menurunkan hujan
An-Nuwas bin Sam'an berkata Rasulullah saw bersabda "Dajjal datang kepada semua kaum dan menyeru mereka, mereka pun menyambutnya. Dia menyuruh langit menurunkan hujan, maka hujan pun turun. Dan mengarahkan bumi menumbuhkan tanaman, ia menumbuhkannya sehingga mereka gembira kerana binatang2 peliharaan mereka kuat dan sihat, gemuk dan susunya banyak. Kemudian dajjal mendatangi kaum lain dan menyeru mereka. Namun mereka tidak mempedulikan kata-katanya, lalu dajjal pergi meninggalkan mereka. Apabila keesokan paginya, mereka tidak lagi menjumpai harta mereka"
[HR Muslim dalam Sahih Muslim, no 2937]
7- Meminta bantuan syaitan
Rasulullah saw bersabda "Sesungguhnya fitnahnya adalah kata-katanya kepada orang arab pedalaman, "Bagaimana jika aku membangkitkan kembali ibu dan ayahmu? Adakah kamu akan mengakui aku ini adalah tuhanmu?". Maka orang itu menjawab "Ya". Maka syaitan membantunya dengan menyerupai ayah dan ibu orang tersebut. Kedua-dua jelmaan ibu bapa si fulan berkata "Wahai anakku! Ikutilah dia (dajjal) kerana dia adalah tuhanmu".
[HR Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, dan Al-Hakim, dalam Sahih al-Jami' As-Saghir, no 7752]
8- Menahan matahari dari berfungsi kemudian membenarkan matahari berfungsi semula
Ibnu Mas'ud berkata Rasulullah saw bersabda dalam menceritakan tentang Dajjal "Aku (Dajjal) adalah Rabb (tuhan) seluruh alam ini dan matahari ini akan bergerak dengan perintahku. Adakah kalian ingin aku menahannya?". Mereka menjawab "Ya". Maka dia (dajjal) menahan matahari sehingga mengakibatkan satu hari seperti satu bulan, dan satu minggu seperti satu tahun. Dia (dajjal) berkata lagi "Adakah kalian ingin aku menggerakkannya?". Mereka menjawab "Ya". Maka dia menjadikan satu hari seperti satu jam.
[HR Al-Hakim dan Na'im bin Hamad dalam Al-Isya'ah Li Asyrati As-Sa'ah, 120]
9- Membunuh lelaki mukmin kemudian menghidupkannya semula di hadapan manusia
Abu Said Al-Khudri berkata Rasulullah saw bersabda "Dajjal datang dan dia diharamkan memasuki pintu2 Madinah. Kemudian dia menuju ke tanah tandus di luar Madinah. Seorang laki-laki dari sebaik-baik manusia atau manusia pilihan mendatanginya lalu berkata "Saya bersaksi bahawa engkau adalah Dajjal yang telah Rasulullah saw ceritakan kepada kami" Dajjal berkata kepada orang ramai "Bagaimana kalau aku membunuh lelaki ini kemudian aku menghidupkannya semula? Adakah kalian akan mengikuti perintahku?". Mereka menjawab "Tidak". kemudian Dajjal membunuhnya kemudian menghidupkannya semula. Lelaki itu dengan serta merta berkata "Demi Allah, sekarang aku lebih yakin siapakah dirimu yang sebenar!". Kemudian Dajjal ingin membunuhnya sekali lagi namun tidak berjaya.
[HR Al-Bukhari dalam Fathul Bari, XIII/101]Nantikan sambungannya (kalau berminat)..
Kitab "Kiamat Sudah Dekat; Tanda-tanda Kiamat Besar" oleh Syaikh Mahir Ahmad Ash-Shufi.
sumber
Artikel berkaitan:
wah yumida baru tahu jenis2 dajjal ni kak
ReplyDeletenice sharing
menyeramkan la dajjal ni
dah banyak artikel berkenaan dajjal ni dan harap2 Allah swt campakkan kefahaman utk kita mengamalkannya dan dijauhi dr ftnahnya.... apapun bagus kerana berusaha utk sebarkan dan juga mudah2an kita semua dpt kembali kepada fitrah sunnah Rasulullah SAW kerana itu sahaja jalan utk kita menghindari dari fitnah dajjal yg amat dahsyat ini....
ReplyDeletesubhanaallah ..:)
ReplyDeleteEntri menarik..singgah klik tabung
ReplyDeletememang hebat dajjal sampai manusia pun boleh terpengaruh..Iman kena kuat ni..
ReplyDeleteNice sharing..terima kasih!
ReplyDeleteAmalkan surah al-kahfi setiap mlm jumaat supaya kita terhindar dari fitnah dajjal ini..insyaAllah...
Jemput ke blog saya juga :)
http://naturally-vitamin.blogspot.com/2013/11/testimoni-berhenti-merokok-dengan-vivix.html
thanks for sharing ;)
ReplyDelete