Assalamualaikum!~
Masih ingatkah kita pada saudara kita di Palestin? Tak banyak yang kita tahu kalau dengan hanya bergantung pada berita di media perdana sahaja. Masih banyak lagi info-info yang boleh kita perolehi melalui media alternatif.
Hakikatnya, saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan di negara2 yang sedang bergolak berjuang setiap hari demi mempertahankan tanahair mereka dari Zionis laknatullah. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada orang-orang Islam dan sesungguhnya jannah menanti para-para syuhada'.
Tahukah anda hari ini 15hb Mei adalah Hari Memperingati Nakbah Palestin? Kalau tak tahu, jom Kenit kongsikan ringkasan info mengenai Hari Nakbah ini.
Apakah Hari Nakbah?
- Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar, manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.
- 15 Mei 2013 ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 65. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).
- Hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.
- Kini setelah 65 tahun peristiwa ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin. Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apartheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak 65 tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.
Untuk sebarang info atau update berkenaan dengan saudara-saudara kita di Palestin, anda bolehlah LIKE facebook HALUAN Palestin dan Baarakna Haw Lahu.
Apa yang terjadi dalam kronologi Nakbah Palestin?
#pray4MH370
Titik hitam dlm sejarah Palestin & umat Islam seluruhnya, semoga menjadi iktibar & kesedaran utk kita semua. Agak lama saya tidak mmbaca entri2 di g+, hari ini dgn izin Allah swt, mmbaca entri ini menjadi peringatan & kesedaran. Entri peringatan yg sgt bagus, moga Allah swt memberkati.. amin. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih sudi baca (^_^) semoga entri ringkas ini dapat dapat memberi manfaat kepada yang membacanya insyaAllah...aaaminn~
Delete