Breaking

Friday, May 17, 2013

Misi Yong Tau Foo - Accomplished!

Assalamualaikum!~

Tahukah anda apa yang boleh menggembirakan anak-anak selain dari dapat hadiah dan gi jenjalan? 

MAKAN...! Yehhhh.....

Tahukah anda apakah cara yang boleh kita buat untuk celebrate kemenangan anak-anak kita setelah penat bersukaneka?

MAKAN ..... jugak! ekekeke.

They have been asking for it long before the PRU week. Tapi, belum nak jadi rezeki lagi. Dok tunggu..tunggu pas PRU pun tak bukak lagi. But, finally they are open..! hou yeaaa (^_^)


Untuk tidak menghampakan My Pearls yang mengidam yong tau foo sejak berminggu2 lamanya, Kenit gagahkan jugak menerjah kedai yong tau foo terkenal seantero Desa Pandan/Kg. Pandan hehe ...


Dalam ujan - Kalau bab makan, laju je diaorg jalan!

Dah sampai! inilah kedai yong tau foo (^_^)

Sejak Kenit kecil lagi, Kenit dah makan yong tau foo kat kedai ni. Dari zaman sekolah rendah, menengah, dah keje dan sekarang beranak dua, still yong tau foo kat sini tetap menjadi pojaan hatiku! ekekeke.

Takleh celen yong tau foo kedai lain.... (^_^)

Nama kedai ni seriously Kenit tak tahu hehe. Walaupun, Kenit membesar dengan makan yong tau foo kedai ni, tapi Kenit tak nampak lagi papan tanda kedai ni. Mungkin sebab kedai yong tau foo ni dah bertapak kat sini 20+ tahun, jadi semua orang pun dah tahu dan kenal. 

Kedai yong tau foo yang terkenal ini terletak di Jalan Thaver, Kg Pandan. Ala kalau dari Sekolah Agama Al-Watan tu, korang terusssss je sampai nampak pagar batu warna ungu ni. Kalau tak tahu sekolah agama tu, korang mesti tahu Restoran Kari Kepala Ikan Kg. Pandan kan? Haaa korang jalan terussss je sampai la korang jumpa kedai pagar batu warna ungu ni. Kalau tak jumpa jugak sila terjun pokok!*gurau je*



Instead of  apa yang diaorg cakap dalam suratkhabar....'orang yang post gambar makanan ada masalah mental'....Ado den kesah an? ekau tu yang ado mental problem~




Jangan tak tahu, kedai yong tau foo ni ghupernya pernah masuk dalam JJCM...tuuuuu ada plak JJCM lagi!





 Yong tau foo lai lai....


Sumer ada kecuali sayur ngan sotong kering. 

Kenit mintak sup sekali..sodap makan ngan
yong tau foo!

Milo ais untuk my Pearls.

Air durian belanda fresh from the fruit! Kenit tak miss
order ni tiap kali datang. Puas minum!

Gerai nasi lemak. Macam2 lauk ada.

Kat sini bukan takat ada yong tau foo je. Nasi lemak, mee rebus, mee sup, bihun sup pun ada. Boleh tahan sedap jugak. So, memang memenuhi citarasa selera semua orang.





















So, MAKAN memang boleh menceriakan hari anak-anak anda hehe. Selalula belanja diaorg makan (jangan over bajet plak).

Yang penting my Pearls happy....dan kenyang hehe. 

Sebelum balik, Kenit tapau mee rebus untuk Pak Jelan.


Sodap okey! kuah pekat likat, mee banyak kenyang makan sekali.
Terbaekkkkk!
Kedai yong tau foo ni dibuka pada pukul 10 pagi sehingga 9 malam. Ditutup pada hari Jumaat.

Mission Yong Tau Foo >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>ACCOMPLISHED.

9 comments:

  1. dah henpon ada kamera tangkap je le gambar apa kita suka ye dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi la en. fahmi oiii..kalau tangkap gambar lucah tu baru mental problem ye dop?ekekeke (^_^)

      Delete
  2. lepas ni bule ajak cousin yang duduk dekat sana p makan , hoho , lapar ah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ajak shafiq jangan tak ajak...seronok sekali sekala dapat makan yong tau foo ni...masyukkkk! (^_^)

      Delete
  3. comot mira makan..haha.. saya pun suka makan ni..saya kadang2 confuse antara tau fu fa dengan yong tau foo.. ==' hehe.. saya ska makan yg kuah kacang/pedas ..hehe.sup tak pernah try lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau fu fa pun kegemaran kenit gak.. Nana kena try makan ngan sup plak la pasni (^_^)

      Delete
  4. sedapnya...nak kena cari pulak la lepas nie..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari jangan tak cari...berbaloi2 sedap (^_^)

      Delete
  5. salam ukhuwah :)

    kalo kenit nak dapatkan stok yong tau foo frozen, boleh dapatkan di minishoppe sy di delek
    sy pun peminat tegar yong tau foo smp bukak kedai frozen pun jual set frozen yong tau foo hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.