Breaking

Sunday, May 19, 2013

Pereka Fesyen Terkenal Masuk Islam.

Assalamualaikum!~

Subhanallah, Walhamdulillah, Allahuakhbar. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.

Di keheningan malam yang sunyi dan dingin selepas berhentinya hujan yang sekian lama merajukkan diri. 

Alhamdulillah dikesempatan ini, kita berpeluang melihat seorang lagi ikon terkenal dalam bidang fesyen yang telah mendapat hidayah dariNya. Syukur ya Allah, sempena bulan Rejab yang mulia ini, kehadiran seorang saudara baru sangat menyentuh perasaan ini.


Calvin Thoo
sumber: fb

Pereka fesyen terkenal yang dimaksudkan ialah Calvin Thoo.

Siapa Calvin Thoo?

  • Calvin Khoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, beliau sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan sebagainya.

Dato' Ismail Kamus bersama Calvin Thoo.
sumber:fb


  • Menurut facebook pengacara TvAlhijrah, Amin Idris, Calvin Thoo mengucap 2 kalimah Syahadah pada jam 3 petang tadi disaksikan oleh Ustaz Dato’ Ismail Kamus, Dato’ Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi.

sumber:fb

Mengapa beliau memilih Islam?

  • Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah. (Subhanallah! Allahuakbar)

Di majlis pengislaman pereka fesyen terkenal Calvin Thoo bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri dan Yb Us Solihin Mohkyi.
sumber


Maha benar firman Allah s.w.t yang bermaksud :


"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."

(Al-An’aam: 125)


Semoga Allah redha dan memberkati hidup beliau. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang sebegini, kerana apabila dia menerima Islam sebagai cara hidupnya maka, segala dosanya yang lalu diampunkan dan bersihlah ia dari menanggung sebarang dosa.

Umpama bayi yang dilahirkan bersih,...tanpa dosa.

P/S: Di saat orang kita yang mahu memboikot kaum tertentu kerana dendam yang tak sudah, alhamdulillah mereka (kaum lain) menerima Islam dengan hati yang terbuka. Malu tak kita sebagai orang Melayu Islam?? Semoga kita yang Islam ini dapat sama2 membimbing beliau dan saudara baru yang lain  ke jalan yang diredhai Allah.

Cina mau apa??.....Cina mau kebenaran...Cina mau ketulusan...Cina mau Islam (^_^).



4 comments:

  1. alhamdulillah bertambah umat Islam...apa ye nama islam dia..yelah dia pun byk involved dgn selebriti yg hebat mcm siti nurhaliza dll.dia dh biasa dgn environment client yg beragama islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni tak dapat dipastikan samada dia akan menggunakan nama asalnya atau menggunakan nama baru. Itu tidak menjadi soal, yang penting dia telah menjadi sebahagian dari keluarga besar kita.

      Tentunya kita kena pelihara dan jaga dia bersama2 kan kak lea (^_^).

      Delete
  2. alhamdulillah la saudara baru .. hehe..terkejut juga tadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..berkat bulan Rejab (^_^)

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.