Assalamualaikum!~
Baru-baru ini banyak pengongsian palsu kononnya Ikhwanul Muslimin di Mesir menawarkan perkahwinan kepada sesiapa yang ingin memperisterikan wanita-wanita Syria yang berlindung di sana dengan mas kahwin USD40 (RM120).
Berita palsu ini mendapat 'sambutan' begitu hebat dari kalangan kaum lelaki yang terpesona dengan tawaran diberi tanpa mempersoalkan kesahihan berita tersebut.
Palingkan pandangan bernafsumu dari mereka (wanita Syria) wahai insan bernama lelaki. Bersihkan hatimu dari jihad bertuhankan nafsu. Di mana jiwa semangat kentalmu merembes kebenaran terhadap penentangan kezaliman yg sedang berlaku???
Hanya bila disajikan gambar wanita bermata hijau, berkulit putih merah dengan status auta yang menggoncang imanmu...terus dikau merayu, mengharap dia kan jadi milikmu.
Wahai lelaki...kamu masih jauh dari bergelar mujahid. Takkan kamu setaraf mereka yang sedang berjihad bilamana kamu mudah terpesona dengan kecantikan sementara dan penipuan yang nyata.
Wahai lelaki....syiah dan yahudi sedang memerhatikanmu. Mereka juga sedang mentertawakan kebodohanmu. Dan, pasti mereka tidak perlu gusar kerana lelaki di Malaysia masih melayan nafsu. Astaghfirullahalazim.
Sudah-sudahlah isu kawen. Fokuslah pada matlamat asal kita iaitu untuk menyebarkan kebenaran dan mendidik masyarakat serta berdoa untuk kemenangan pejuang2 kita di Syria dan Palestin.
Nukilan Ikhlas,
Kenit Cinonet.
P/S: Nak kawen sangat? nak buat amal kebajikan? tu gadis-gadis somalia dan janda-janda somalia juga memerlukan bantuan anda.
makin bahaya isu fitnah ni dunia siber ni...
ReplyDeleteReaperz.net
kan somalia pun ramai hahaha
ReplyDeleteMacam tak percaya betapa senangnya kaum Adam ni terpengaruhkan..bawak bertenag ya kaum Adam...
ReplyDeleteConfirm ada kaum Adam yg frust menonggeng bila tahu hal nie palsu jer.hehehe
ReplyDeletetak jadilah aku nak kawin tahun ini haha
ReplyDelete