Assalamualaikum!~
Serasa mahu saje aku cabut otakku ini dan basuh dengan air di sinki! It's their BIG day and you forgot about it? Homaihhh~
Although it wasn't my intention to forget they Report Card Day tapi alhamdulillah settle gak semuanya tghari tadi. Tengah dok sibuk ni bergelumang dengan nombor dan kod bagai... tetiba....
"Nim, camner kakak ngan adik...dah amik dah?"
Dahi berkerut...cuba nak 'tangkap' macam tangkap butterfly guna net tapi butterfly terlepasssss
"amik ape kak mah?"
"amik repot kad..arini kan ari repot kad diaorg"....
Errkkk....what theeeeeeeeee heck can i forgot todayyyyyyyy!
"laaaaa kak mah sy lupaaaaaa!"
Tersentap jantungku kerana kelupaanku sendiri! Eeeiiii acaner leh luper ni Nim!Urghhh nyanyuk!nyanyuk!nyanyuk ko nim!
Dengan langkah tergesa-gesa dan kalut aku pergi mengadap Encik Amin mintak borang pelepasan.
"Encik Amin...saya nak borang kuar jap. Nak kuar amik repot kad anak"
"Oh ni ada kat saya...nah"
"Terima kasih"
Encik Amin yang cool melayan kerjanya...cuma aku yg tak cool sekarang ni! Kalut mengisi borang. Capai je pen Encik Zainal tapi dia takda di mejanya. Dalam hati berkata, 'Encik Zainal, sy pinjam pen jap yek'
Berlari anak2 pulak aku ke bilik pegawai sempoi dan bersuara lembut Pn Farah. Dia yang selalu 'marah' aku pasal aku selalu panggil dia 'kakak'. Nak buat acaner dik, mulut akak ni dah setting awal2 kalau pegawai panggil kakak terusssss (nak panggil Puan rasa cam peliks) huhu. Dia suruh aku panggil Farah je tapi kengkadang aku tershashul jugak! Lalu dibantainya lenganku yang tak berapa nak berisi dengan manja...
"janganla panggil saya kakak, saya lagi muda dari kak Anim"
"oopsss sorry farah...hehehehe"
Ku pandang dia dengan muka menyengih sambil dalam kepala dok tekan butang 'Settings' dan pergi pada 'Change to Name' dan taip 'Farah'. Hopefully, next time tak tershashul lagi ngeeeeee~
Belum turun bawah lagi aku dah start enjin kete. Guna remote control start dari jauh. Alarm kete ni sangat menyenangkan aku terutama waktu nak balik kije. 5 minit lagi nak turun bawah aku dah tekan 'teeeeetttttttt' dari atas dan enjin kete di bawah berbunyi melepaskan habuk di ekzosnya. Terima kasih Pak Jelan kerana memendekkan masa menungguku memanas enjin kereta. Pak Jelan selalu pesan, kalau keta dah lama tak start berjam2 kena panaskan enjin dulu sebelum bergerak. Kalau tak cepat rosak enjin tu nanti. Hurmmm petua menjaga enjin dari suamiku gagah perkasa muahahahaha~
Keretaku laju memecut ke jalan besar. Dalam hati mula berdup-dap-dup-dap sambil berlagu dendang....
'Acanerla kakak adik kat sekolah ye? Kacau orang ke? Buat bising ke? Buli kawan ke?'
Hurmmm.... (wondering in excitement!)
Sampai depan sekolah anak-anak aku berhenti parking di tepi atas bonggol jalan. Ku texting Pak Jelan lagi suruh call balik. Tak jugak dia call! Buzy lettew. Takpe aku tunggu 5 minit lagi. Kete banyak dah parking depan sekolah. Mesti ramai parents menunggu ni hurmmm.
Dekat kul 11.00am, takleh tunggu lagi. Kalau Pak Jelan nak mari dari Subang pun dah terlambat, so nampaknya aku sorang je la yang mengadap cikgu arini.
Ramai jugak parents yang dah menunggu untuk amik repot kad anak masing-masing. See that little beautiful classic wooden chair?...teringat zaman aku sekolah tadika dulu-dulu huuuuu~ |
Seusai memberi salam pada tetamu dan cikgu yang menunggu di dalam, aku mengambil tempat dudukku paling belakang. Mudahlah nak snap sana nak snap sini kan then takdala orang pandang aku and 'betul ke tidak dia ni amik gambo dalam tadika..cam budak-budak!". Harapa takdela yang mengumpat aku tadi heeee~
Takde keje ni la dia! Lama ngat menunggu sampai snap gambo kaki sendiri. Nak bergambo ngan orang malu plak muahahaha~ |
Powerbank yang banyak berjasa tika diperlukan. Hidup biar sedap! |
Sementara menunggu giliran untuk dipanggil sempat lagi aku mengecas handphone yang sudah nyawa2 ikan dek kerana taksub snap sana snap sinun hehe. Sangatla berguna Powerbank Yoobao aku ni dan sangatla aku menyayanginya...siap dibelikan beg lagi! So, sambil snapping sambil charging, tak ke bahagia idup ni? ngeeeeeee (^^,)~
Segala macam jenis kaler pensel ader..patutla kakak galak sangat mengaler~ |
Yang atas untuk ketajaman minda, yang bawah untuk ketajaman emosi dan karakter |
Twinkle bigger stars |
Agak lama gak aku menunggu dengan parents yang makin ramai 'membanjiri' tempat duduk huhu. So, takde kije lain aku snap sana snap sini sambil goyang kaki huhu.
Setelah 40 minit menanti, nama anakku dipanggil. Langkah kususun penuh tertib masuk ke bilik Cikgu Ida (cikgu kepada adik). Bersalaman dan kami mula menyusun kata.
Selesai dengan adik, aku ke bilik Guru Besar pula. GURU BESAR hokkay! Ku sambut huluran salam Pn Fauziah yang tegas tapi penuh komitmen. Dan, kami mula berbicara tentang kakak.
Alhamdulillah, all settled...(^^,)
Sebelum pulang, aku bersalaman dan mengucap terima kasih kepada para guru yang banyak membantu anak2ku di sekolah. Dengan muka tebal dan tak tahu malu ku kuatkan semangat dan bertanya...
"Cikgu, boleh kiter bergambar kejap?"
Homaihhh!Terasa macam kepala ni kena hempap ngan bedozer bila pelawa cikgu tu muahahaha. Parents lain nengok pun cam pelikssss je kot muehss~
So, apa nak citer pasai repot kad??...........................
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
BERSAMBUNG (^^,)
hahahaha... hadoila... bersambung la pulak... terasa kepala Tedi macam dihempap bulldozer... arghhhhh... katakan ini hanya mimpi!!!
ReplyDeletehahaha sabo jela (^^,)
Deletehaha... mesti kecewa budak2 kalau parents langsung tak datang..sekurang2nya akak datang okay la..hehe.. siap bergambor..salute..! hehe
ReplyDeleteTu la mujur sempat ari tu hehe. Tebal muka ajak cikgu tu bergambar haha (^^,)
Delete