Breaking

Wednesday, June 12, 2013

Mari Mengenali Dajjal Al-Masih - Part 2

Assalamualaikum!~


WAKTU KEMUNCULAN DAJJAL



gambar hiasan

Dajjal muncul setelah penaklukan Konstantinopal dari tentera kafir, selepas peperangan Al-Malhamah al-Kubra iaitu di antara kemunculan Al-Mahdi dan Isa bin Maryam.

Muadz bin Jabal meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda "Kemakmuran Baitulmaqdis adalah saat kehancuran Madinah. Manakala saat kehancuran Madinah terjadinya Malhamah (peperangan terbesar antara umat Islam dan kafir) dan pada saat terjadinya Al-Malhamah dan penaklukan Konstantinopal, Dajjal pun keluar"
[HR Ahmad, Al-Hakim, dan Ibnu Abi Syuaibah]

Imam Abu Daud dalam sunannya meriwayatkan bahawa penaklukan Konstantinopal dilakukan setelah enam tahun dari peperangan besar kaum muslimin dan rom (kafir). Dajjal keluar tahun ketujuh.

Abdullah bin Busr berkata Rasulullah saw bersabda "Jarak antara Al-Malhamah dan penaklukan Konstantinopal adalah enam tahun dan Dajjal akan keluar pada tahun ketujuh"
[Abu Daud dalam Al-Malahim, no 4128]

TEMPAT KELUARNYA DAJJAL

Terdapat dua riwayat yang berbeza, pertama menyebut bahawa ia akan keluar dari Khurasan dan satu lagi menyebut dari Asfahan, Iran.

Rasulullah saw bersabda "Dajjal akan keluar dari bumi ini di bahagian timur yang bernama Khurasan"
[HR At-Tirmidzi dalam Majmu' Az-Zawaid, no 9945]

Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda "Dajjal akan keluar dari bangsa yahudi Asfahan yang akan diikuti tujuh puluh ribu orang dari golongan mereka"
[HR Muslim dalam Mukhtasar Muslim, no 2054]

Dan pendapat kedua lebih diterima ramai ulama.

MENGAPA DIGELAR AL-MASIH?

Ibnu Al-Atsir berkata : Dajjal dinamakan Al-Masih kerana salah satu matanya rata (yang buta tu), sedangkan maksud Al-Masih adalah orang yang mempunyai salah satu bahagian wajahnya rata dan tidak mempunyai mata dan keningnya

Ini adalah berbeza dengan Isa bin Maryam Al-Masih, kerana beliau mempunyai bentuk fa'il yang bermakna pelaku. Beliau diberi gelaran tersebut kerana bila beliau merawati orang sakit, akan menjadi sembuh dengan keizinan Allah.

TEMPOH DAJJAL DI ATAS MUKA BUMI

An-Nawas bin Sam'an meriwayatkan bahawa para sahabat bertanya pada Rasulullah saw tentang tempoh dajjal di bumi, dan nabi bersabda, "Empat puluh hari, dan satu harinya bersamaan dengan setahun, satu harinya seperti sebulan, satu harinya seperti seminggu, dan hari-hari berikutnya seperti hari-hari biasa." Kami bertanya "Berkaitan dengan satu hari seperti setahun itu, adakah cukup dengan kami solat seperti satu hari (lima kali sahaja)?", Baginda menjawab "Kiralah seperti waktu solat biasa" (Tolong jangan tanya pasal penerangan solat ni sebab saya kurang pasti macam mana penerangannya. boleh tanya pada ustaz2 anda)
[HR Muslim dalam kitab Al-Fitan, no 2137]

Jadi, lebih kurang satu tahun 3 bulan sahaja Dajjal berkuasa di atas muka bumi ini, namun mampu menyesatkan ramai manusia.

Nantikan sambungannya (kalau berminat)..

Kitab "Kiamat Sudah Dekat; Tanda-tanda Kiamat Besar" oleh Syaikh Mahir Ahmad Ash-Shufi.


sumber


Ikuti kisah Dajjal :

11 comments:

  1. Assalamualaikum.. subhanallah. takut sheila baca ni kenit.. Ya Allah, kuatkan iman kami Ya Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sheila...

      Sesungguhnya, Dajjal itu pasti akan keluar. Semoga kita termasuk dalam golongan orang2 yang sesat!

      Delete
  2. wah.. tempoh macam itu pun boleh ja dia nak sesat2kan kita..huhu.takutnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita tdk termasuk dlm golongan org2 yg sesat...aaminn~

      Delete
  3. mcm tu lah kita, apabila dengar kisah dajjal ni memang menakutkan tetapi ni semua perancangan yg telah di atur oleh iblis beserta kuncu2nya... dajjal telah wujud sejak zaman Nabi Musa AS lagi dan kini umurnya sudah hampir 2700 tahun.

    Beginilah cerita seperti firaun yg kita dengar akan kezalimannya tetapi seandainya kita berada di zaman firaun tidak mustahil kita juga akan sayang kepadanya. Begitu juga apabila dajjal muncul kelak secara terang2an, dia membawa syurga dan neraka di tangannya, syurga adalah dunia dan banyak orang yg tidak mempunyai pengetahuan tentangnya akan berasa senang dengan syurganya. Sedangkan nerakanya adalah bg orang2 mukmin, diseksa jika tidak mahu percaya kepadanya. Naudzubillah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.