Assalamualaikum!~
Masa dapat tahu pregnant 1st child memang suke bebenor la melompat2 kan. Tapi, bila orang ceghita pasai sakit nak beranak, terkentut-kentut mendengarnya! muahahaha. 1st child dik non...tatottttt!
Memang banyak cara bagaimana nak memudahkan proses kelahiran ni. Nak bagi tak sakit langsung tu kind of impossible sebab sakit itu nikmat yang dikurnia Allah untuk wanita dan penghapus/ kafarah dosanya yang lalu. Sebab tu, kita jangan mengeluh sakit bila dekat2 nak melahirkan, sebaliknya basahilah lidahmu dengan bacaan zikir dan doa sebanyak-banyaknya kepada Allah. Hati akan jadi tenang...percayalah...
So, anyway proses mengandung memang sangat mengujakan. 3 trimester yang Kenit lalui alhamdulillah takda simptom atau alahan yang teruk. Seronok menggendong perut yang memboyot ke sana sini hehehe. Pergi keje seronok, pergi jenjalan seronok. Naik Putra, sokmo orang bagi tempat duduk heeee :).
Bila dah masuk 8 bulan, hati dah gabra jiwa dah senak perut dah tegang. Fikiran melayang2 apalah nasibku bila melahirkan. Adakah berjaya? Adakah ia mudah atau sebaliknya? So, diri ini mula mengagau menanya 'otai-otai' lama pasal bab ni. Fuh!
Mak kata.....
- Ringan tulang - mak kata rajin2lah buat kijer umah. Mengemas dan buat kerja2 yang terlarat oleh tubuhmu. Jangan dimanjakan sangat badan tu. Tengok orang2 dulu, semua kemudahan takda lagi, semua kijer dibuat manually, walaupun payah tapi bila masa nak beranak...sangat senang.
- Amalkan tidur yang sihat - Acaner tu? jangan amalkan tidur yang melampau-lampau lamanya. Mungkin ada ibu2 yang mengalami alahan2 teruk dan badan seperti lemah tak bermaya sepanjang pregnancy ni. Maka, anda perlu 'mind setting' dalam paler anda yang positif. Orang2 dulu kata 'jangan tidur banyak, nanti anak jadi pemalas' hehe.
akar fatimah -gambar hiasan- |
- Makan yang baik - makanan orang2 dulu tak semewah sekarang ni. Apa nak sumer boleh sumbat janji sedap kan. Mak kata, berhati2lah ngan apa yang kita makan. Paling bagus, amalkan makan kurma (sunnah nabi). Bukan takat nak bagi anak dalam perut tu besok jadi cerdik, soleh/solehah/cantik kulit dan sbgnya, tapi juga sebagai penambah tenaga untuk kita meneran nanti. Selain itu, boleh juga amalkan minum air zam-zam dan minum air rebusan akar fatimah. Kedua2 bahan ini boleh didapati di Mekah, so kalau time2 tu dekat ngan time raya haji bolehlah tolong saudara yang gi haji kirimkan. Satu lagi abah kata, ambil telur ayam kampung sebiji sehari/2 hari masa dekat2 nak sampai bulan tu, pecahkan dalam cawan dan telan terus!Gulp!
- Senaman - orang2 dulu pun ada senaman jugak. Tapi, bukan senaman pre-natal yang macam kita buat sekarang ni siap ada kelas bagai kan. Mak kata, kat umah pun boleh buat takyah susah2 nak buang duit daftar amik kelas huhu *garang omak den*. Mak kata, bila kandungan dah cukup kuat dalam umur 7 bulan ke atas cenggitu, bolehlah amalkan senaman 'squatting'. Alaa yang kita dok mencangkung tu, tapi kita squat bergantung pada kedua2 paha kita. Haaaaa, mak cakap ini untuk menguatkan otot2 pelvik kita, kira macam nak mudah bagi kembang otot tu. Tu pasal la, dulu mak Kenit kata, "Nim, kalu nak senang beranak pegi cuci bilik air ko tu. Berus lantai dinding tu. Sambil buat tu mencangkung, tapi tahan ngan paha". Dalam hati, 'whott?apa kes cuci lantai ngan senang beranak plak? dah la aku ni pemalas bab2 ni' muahahaha~ Now, i andersteng heeee (^_^)
- Solat dan Doa - ni jangan tinggal weh! kalau tak diamalkan dua elemen ni tersangatla rugi hidupmu. Pas solat mak kata, amalkan baca surah2 pilihan (ramai dah tahu ni). Baca juga doa untuk memudahkan kelahiran. Tak tinggal juga doa Nabi Yunus (Kisah Nabi Yunus dalam Ikan). Pengalaman Kenit, masa dalam labor room tu, doa ni banyak mengurangkan kesakitan yang Kenit alami. Pastu, mintalah doa banyak2 pada Allah agar dipermudahkan urusan kelahiran anak kita dan sbgnya.
- Minta maaf - rajin2lah minta maaf ngan suamimu, kata mak. Tapi, jangan amalkan masa mengandung je tau! Luangkan suatu hari, suatu masa untuk korang berdua2an ngan suami dan genggamlah tangan suamimu sambil memohon ampun andai ada silap korang sepanjang mengandung ni. Biasala, hormon imbalance..kita tak perasan tapi tok laki kita terrrrkecik ati..manerlah tau kan. Mintak dia doakan semoga kita selamat melahirkan anak dia...kan romantik gitu? ihik~
- Tambahan - Masa Kenit nak melahirkan 1st child dulu, Kenit takda prepare apa sangat, segala jenis selusuh, kelapa dara atau jamu sumer takda. Pergi 'botak' camtu je huhu. Bila dh masuk 2nd child, abah preparekan air dan minyak selusuh untuk sapu dan minum. Tapi, minyak selusuh tu Kenit tak minum la...kang tekak rasa oily hehe. Kenit sapu air selusuh tu sambil baca selawat dari atas kepala hingga hingga ujung kaki.
Kaita hanya merancang tapi Allah jua menentukan. Takdirnya, walaupun Kenit terpaksa dibedah last minit tapi bukan kerana Kenit takleh teran tapi sebab baby dah berak dalam perut dulu ekekekeke. Doktor takut baby telan taik so zasssssss! Alhamdulillah, 2nd child Kenit dapat beranak normal, dapatlah merasa camner beranak c-zer camner beranak normal hehehe.
Tapi, jangan percaya 100% senang beranak tu disebabkan korang amalkan semua petua2 di atas. Kita hanya berdoa dan berusaha. Selebihnya, tertakluk kepada kuasa Allah. Sebab tu namanya perrghhhhtua...adios (^_^)~
P/S: Pada bakal2 ibu dan bakal menambah umat, selamat menimang cahaya mata. Semoga anak yang bakal dilahirkan bakal jadi mujahid/mujahidah yang soleh/solehah (^^,)
Nak tahu pengalaman Kenit melahirkan? Jom terjah ni:
P/S: Pada bakal2 ibu dan bakal menambah umat, selamat menimang cahaya mata. Semoga anak yang bakal dilahirkan bakal jadi mujahid/mujahidah yang soleh/solehah (^^,)
Nak tahu pengalaman Kenit melahirkan? Jom terjah ni:
wah berguna sungguh informasi ni...he he he... thanks for sharing... suka3x baca... *_^
ReplyDeleteyour welkam dear..pengalaman sendiri je ni heee (^^,)
DeleteAssalamualaikum kenit! thanks sharinggg. wahh sheila tak mengandung lagi pun rasa nervous baca mukadimah kenit. hihi ;p
ReplyDeleteWaalaikumussalam sheila...
Deleteyour welkam dear. Takper, ni mungkin dapat membantu sheila bila dah pregnant nanti...at least as a guidance kan heee (^^,)
nebess je..hahaha xD *khwin un belum lagi :p
ReplyDeletetakpe aisya..ini sebagai notes untuk masa hadapan aisya insyaAllah (^^,)
Deletealhamdulillah..nice sharing sis
ReplyDeleteinshaAllah klo yumida preg nnti nak refer entry sis ni
moga dimurahkan rezeki dlm mendptkn cahaya mata. aamiin
aaminn yarabbalalamin~
DeleteKita sama2 berdoa ye sis (^^,)
salam sis...lebih kurang sama je kita ni he3.kak lea pun takde masa nak malas2 baik masa preggy twin mahupun yang sorang tu.baik czer mahupun normal..lebih kurang jugak macam sis.
ReplyDeletebasuh toilet,panjat bersihkan kipas (bahaya sebenarnya sekali tu je buat sebab kena marah he3..)..banyak berjalan kaki masa pagi/petang ke taman atau kedai berdekatan.
huishhh tiba2 terasa nyeri lak teringat pengalaman bersalin normal ngeee..betul tu minta maaf dengan suami,banyakkan solat dan baca pelbagai surah.
waalaikumussalam sis...
Deletehehehe kebanyakan petua ni memang ada pada ramai ibu-ibu.
Tak banyak beza :)
Good sharing Kenit..sangat berguna petua nie.. ;p
ReplyDeletethank you dear :)
Deletesaya akan guna petua ni..inshaaAllah.. hehe :)
ReplyDeleteInsyaAllah (^<^)
DeleteTQ info ini sangat berguna...
ReplyDeletesy dah 37 week...doakan sy ye... ;)
alhamdulillah, semoga bermanfaat buat puan. Semoga urusan kelahiran puan berjalan lancar insyaAllah ...aaminn :))
DeleteAssalamualaikum.. Lebih kurang sama dengan saya. Alhamdulillah Allah permudahkan bersalin secara normal dengan 2-3x meneran je..
ReplyDeletePerkongsian yang sangat berguna buat bakal2 ibu yang nak melahirkan...
Assalamualaikum..baca petua ni, teringat pulak lahirkan 3 kids dulu..mula-mula memang rasa takut nak bersalin..tapi dah bersalin tu rasa nikmatnya menjadi ibu..lebih-lebih lagi bila menatap wajah baby yang comel.
ReplyDeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.
ReplyDelete