Assalamualaikum!~
Arnab adalah seekor haiwan yang sangat comel dan mempunyai bulu yang super gebus! Arnab juga merupakan haiwan kedua terbijak selepas sang Kancil hehehe. Tetapi, arnab yang ini adalah yang pertama kali lain dari yang lain!
MANKATO, Minn - Video milik seorang pelajar kolej telah menggemparkan ratusan ribu warga internet apabila dia merakam seekor arnab yang mempunyai 'tumor' dibadannya dan menamakannya sebagai "Frankestein"
Gunnar Boettcher, 20, pelajar di Kolej Gustavus Adolphus di St. peter, dan adiknya mengambil gambar dan merakam video arnab unik ini, yang kelihatan seperti ada ketumbuhan membesar di atas kepalanya, pada 26 Jun yang lalu.
"Kami pernah terlihatnya sebelum ini merayau disekeliling rumah tetapi belum pernah berpeluang lihat dengan lebih dekat, "kata Boettcher. "Tetapi suatu hari kami cuba merapatinya dan dia juga tidak lari seperti biasa dibuatnya sebelum ini."
Dalam video tersebut, yang bertajuk "The World's Scariest Rabbit", Boettcher bercakap dalam dialek Australia seperti mendiang Steve Irwin.
Boettcher memuat turunnya di Facebook dan kawannya pula memuat turun di Reddit. Dalam masa 4 hari, lebih 200,000 orang telah menontonnya.
Sementara itu, Joe Stangel yang merupakan wakil dari Jabatan Sumber Asli berkata, arnab ini mungkin menghidapi virus papilloma, iaitu salah satu bentuk kanser. Namun, ia masih memerlukan laporan pengesahan dari doktor haiwan. Ia bukan sejenis penyakit yang luar biasa di kalangan arnab, Stangel berkata, tetapi dia tidak pernah melihatnya di atas kepala.
sumber : yahoo.com
mmng istimewa arnab mcm ni..ada jgk ye..=)
ReplyDeleteerkk.. nmpk menggelikan... huhuh
ReplyDeletekesiannya arnah ni..! sian dia.. T__T
ReplyDeletekesian tengok
ReplyDeleterabbit sememangnya comel..ala2 kucing gitu
yumida klik tabung sis ni :)