Breaking

Monday, July 22, 2013

Diari Ramadhan - Strike Two!

Assalamualaikum!~

Actually, banyak yang aku ngidam nak makan dalam bulan puasa ni hehehe. Dalam bulan lain tak dapek, cuma dalam bulan puasa je dapek. Apa tu??? BUBUR LAMBUK KG. BARU...Fuh!

So, Pak Jelan call...


"Hani, orang ramai laaaa...panjang giler barisan ni!"

"Alaaa abg tunggu la kejap. Memang beratur panjang tapi dia bagi cepat. Tunggu ar kejappp"

"Nanti balik nak masak lagi...tak sempat ni. Abg balik dulu arrr"

"Alaaaa...dah sampai situ dah tunggu la kejapppp. Dia bagi cepat"

"Abg balik arr....lambat lagi ni, dah la ramai orang. Abg jauh kat belakang beratur ni. Abg balik la ekkk"

Dengan mood sebal....



"hurmmm balik arr..."

Rasa cam nak mogok je masak petang tu hehe. Takpalah...nak buat camne takda rezeki aku barangkali.

Dan, Pak Jelan balik dan muncul di muka pintu dengan muka sengih....sambil tunjuk beg plastik berisi 2 bungkus bubur lambuk Kg. Baru dan cakap...SURPRISEEEEEEEE!

Ohhhhh Pak Jelan 'prank' aku yeeeee...


Strikeeeeeeee two! Fresh from Kg. Baru...i loiikkeeee!
Sebungkus dapat free, sebungkus lagi Pak Jelan beli. Dia tahu dah kalu sebungkus memang tak cukup tuk tekak aku hehehe. Sedap lemak berkrim bubur lambuk ni. Dipenuhi dengan daging berketul-ketul dan yang paling penting...takda sayur! muahahaha. Ni beru betol bubur lambuk daginggggggggg.....

Kalau ujung minggu, tak bestla kalau tak masak kan. So, kami masak kuey tiow goreng. Aku tukang potong bahan dan tukang kacau, Pak Jelan tukang masak hehe. Tapi, akhirnya dia tak makan kuey tiow ni sebab kenyang makan murtabak! Aiyaaaaaaa....



Sila jangan terpedaya ngan daun kucai tu ye, sebagai hiasan je tu. Bila masuk pinggan memasing habis dikuit-kuit daun kucai tu ketepi. Ini family memang tak makan sayur punya olang!....kecuali aku...aku makan tau!

Air khatira

Lama dah aku carik air khatira ni. La ni baru jumpa. Memang feberet aku ni.

Murtabak Omar Kedah....kaya ngan daging.
Dah la harga murah...RM2.50 je. Orang lain jual sampai RM3, RM3.50 tapi rasa...cam haghammmmm! Murtabak Omar Kedah ni jugak yang sempoi. Kami kalu pi bazaar Ramadhan memang tak miss beli murtabak ni pasai Pak Jelan obses sungguh ngan murtabak, terutama yang sedap giler cam ni! hehehehe.


simple je menu kami
Punggung melayu, nak makan mesti nak kena duduk bersila di lantai haha. Habih meja blaja bebudak ni jadik mangsa kami. Bukan takda meja makan, tapi tak syokla kalau tak duduk makan bersila kat bawah...kan?

Tuk sahur Pak Jelan order Tom Yam udang....baik sultanku, patik menjunjung perintah.




Ni masak tomyam pesen orang 'malas'. Guna je perencah tomyam terus hehe.




Bebudak jangan harapla diaorg nak makan tomyam ni. Aku ngan Pak Jelan je yang melantak hehe. Kenyang..alhamdulillah.

6 comments:

  1. pergh dan pergh....pagi2 dah terliur tengok foto tu.fav tu he3..kak lea pun suka makan bubur lambuk,siap simpan sikit untuk sahur.itulah ingat nak beraturlah gi kg baru he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kita sekapal kak lea. Mesti nak simpan skit tuk sahur kan. Tak boleh lupa rempah ratus dan rasa lemak berkrimnya tu hehe :D

      Delete
  2. Replies
    1. air kaler ijau. Dalamnya ada biji selasih dan cincau. Sedap sangat hehe :D

      Delete
  3. Wah.. Meriahnya.. Thun x merasa lagi bubur lmbuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa je kak maria...baru tercapai hajat nak makan bubur lambuk ni hehehe :D

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.