Assalamualaikum!~
Jumaat...Sabtu...Ahad...jangankan kata nak pegang, tengok pun aku ndak mau.
Walaupun rindu..tapiku tepis semua itu...demi tubuh yang satu...nyawa yang satu...aku takmo pikir pasal blog itu....sementara waktu.
Jumaat..Sabtu..Ahad...3 hari penuh kesakitan. Asal datang malam demam mengundang. Panasnya bagai menggigil minta diselimutkan. Anak-anak memanggil..."ibuuuu...ibuuuu" ku hanya memandang dan tangan mengusap kepala mereka kelemahan.
Jumaat..Sabtu..Ahad...kulari diri dari rumah! Membawa diri dan keluarga ke utara. Walau badan sakit terasa bisa, namun demi janjiku pada si dia, kukuatkan semangat dan teruskan jua.
Jumaat..Sabtu..Ahad..walaupun Allah kurnia sakitNya padaku, tapi Dia pelihara anak-anakku. Dan Dia melindungi perjalananku sehingga selamat sampai tempat berlindungku.
Ya Allah, andai malam ni aku demam lagi aku redha..
P/S: Nak gi jumpa doktor dah gi Isnin ari tu. Nak gi lagi? tak koserrrrrr...! Aku bukan takut jumpa doktor tapi malas nak hadap meja sini, meja sana, meja sinun, meja sinan...lasttttttttttttttt sekali baru meja doktor.
Kenapa tu wak.... demam berpanjangan? Macam mana? Dah pergi jumpa doctor?
ReplyDeletebukan demam berpanjangan. Tang siang ok, masuk maghrib je dia mula panas dah. dah gi dah isnin lepas ubat pun dok ada lagi. Terima kasih kerana bertanya :)
Deleteakak pergi mana? dah sihat lum?
ReplyDeletebalik kampung lari dari jerebu. Tak lagi Tedi, tengok malam ni camner....
Delete